Tuesday, April 14, 2009

Lokman Hakim

Bismillahirrohmannirrohim..

Arini aku nak kenalkan kat korang, sorang model yang mungkin korang tak perasan kehadiran dia. Sebelum ni dia banyak keluar dalam majalah Remaja. Usaha Lokman tak berhenti setakat tu, dia kuatkan semangat untuk menempa nama dalam bidang ni. Gambar2 ni antara yang keluar dalam majalah Remaja. Aku buat n3 ni sebagai penghargaan aku kepada Lokman yang banyak bagi tunjuk ajar pada aku & jadi inspirasi aku sebab, aku nak jadikan anak2 didik iCon macam Lokman, ada semangat & kesungguhan macam Lokman.
Yang terbaru, Lokman akan terlibat dalam Akademik Polis musim ke5 siaran RTM2 yang akan memulakan shooting sepanjang bulan 6. Siri Akademik Polis tersebut diharap dapat menaikkan lagi nama Lokman. Usaha jangan putus asa Man. All the best.

Monday, April 13, 2009

A.K.U

Sampai bila aku harus HANYA mendengar?
Sampai bila aku harus HANYA melihat?
Kali ini aku akan bertindak.
Hidup di bumi Malaysia tapi TAK KAYA adalah 1000 malang.
AKU NAK KAYA!

Faiez @ Istana

Aku panggil Faiez, Lya dll untuk fotoshoot tengahari ni tapi yang dapat datang cuma Faiez je. So, ratap la gambar Faiez ni ye. Dengar2 kata, pengikut blog ni dikalangan kawan2 Faiez semakin bertambah. Jadi aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga Legend Golf & Country Resort Kulai..
Disamping kehenseman modelnya, aku cuba sedaya upaya menonjolkan keindahan senibina bangunan lama tersebut. Korang jangan la tengok Faiez je ek..hehehe
Aku tersalah angle sebenarnya. Tapi Faiez menyelamat keadaan.
Gambar sandar kat tiang ni paling aku suka.

Shafri @ Anak Wayang Astro

Ekspresi muka yang bersahaja kan. Ramai yang cakap muka dia ni elok wat camni je sebab kalau senyum tak nampak modelnye..heheheSetelah ditinggalkan Lya, Shafri pun buat la fotoshoot solo..Seperti biasa, tgk la pose dia, ada improvement kan.. Fotoshoot hari kedua belom sempat lagi aku nak edit. Keje banyak wei..

Negaraku Malaysia

AZILAH DAN SIRUL DIGANTUNG – ANTARA PERSOALAN
– harakah daily

Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya mengulas keputusan dua anggota UTK, Azilah dan Sirul yang dihukum gantung sampai mati dalam kes Altantuya Sharibuu iaitu :

1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.

2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?

4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?

5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ?

-dipetik dari http://tukartiub.blogspot.com/

ps: Sebagai rakyat Malaysia, tak ada siapa yang mampu menghalang diri kita untuk BERFIKIR.

Friday, April 10, 2009

Adam Luba

p/s: Teringat masa kecik-kecik dulu, aku selalu ditanya - "adam! bila adam dah besaq nanti, adam nak jadi apa?", soalan tu cukup payah untuk aku nak menjawab, sehinggalah umur aku 9 tahun. Masa tu aku bertekad nak menjadi pelukis komik kerana masa tu hanya melukis yang aku tahu.Pada masa tu, hari-hari aku melukis, tak kira di mana-mana pun, buku sekolah, buku teks, dinding umah, dan bila dah bosan semua tu, aku lukis di lengan dan kaki aku pula. Pernah di antara kawan-kawan yang nasihat aku, supaya jangan jadi pelukis, sebab kerja macam tu tak der masa depan katanya.

Adam, abg nak ko tau, statement ni buat ko jadi dekat sgt dgn abg.

Catatan Anak Wayang Astro di JB

Inilah tempatnya,yang aku snap guna biasan pada Hotel New York. Hotel Grand Paragon, JB.Antara yang amek bahagian. Masa aku snap2 gambar dorang ni, ada sorang cameraman Astro pandang aku semacam je. Jadi untuk menyedapkan hati brader tu wat keje, aku biarkan la dia teruskan usahanya tu. jadi, ni je la gambar2 yang dapat aku snap.Bila tak boleh amek gambar peserta, aku amek la gambar budak2 ni. korang ratap la.

Ni kira first shoot Faiez.Ni sesi berlatih di tepi kolam renang. Airin & Syazmi yang rajin wat lawak memeriahkan Ujibakat Anak Wayang Astro.Berlatih menghafal skrip. Korang tau kenapa peserta ujibakat semua jd camni? Mana taknye, cerita tentang aku dengan Daniel je la. Kami sampai jam 7.30 pagi, Daniel cuma diujibakat pada jam 5.30 petang. Jam 1 petang, baru peserta no 12..Bayangkan la berapa punya lama kitorang menunggu. Ha, ini la jadinya...Hehehe.. sori bro. Sorang kawan yang datang dari Batu Pahat. Tapikan yang aku rasa bangga, budak2 iCon ni pandai amek peluang & manfaatkan sebaik2nya..ratap la gambar dorang, hehehe
Dan yang paaaaaaaaaling tak boleh belah, Daniel sempat merakamkan kenangan bersama Seniman Agong Tan Sri P. Ramlee..hehehe
Itu la sedikit sebanyak coretan yang mampu aku buat sebagai kenangan Ujibakat Anak Wayang Astro.

Kabinet Najib

PERDANA MENTERI: Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN: Datuk Seri Najib Razak
MENTERI KEWANGAN II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan: 1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI: Tan Sri Bernard Dompok Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI: Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN: Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan: Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI: Datuk Mustapa Mohamed Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan: Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan: Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN: Datuk Ng Yen Yen
Timbalan: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan: Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan: 1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA: Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA: Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan: Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN: Datuk Kong Cho Ha
Timbalan: Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT: Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan: Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR: Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan: Datuk M.Saravanan

Thursday, April 9, 2009

Anak Wayang Astro @ Grand Paragon Hotel

orang memang suke posing. Bila tengok2 balik gambar2 ni aku rasa dah macam band baru lak kan. Apa komen korang? Belakang: Iqbal, Daniel, Faiez.
Depan: Airin, Lya
Aku suka gambar ni.. Walau pun dorang baru first time jumpa, bila suroh posing, tak nampak janggal langsung. Fadil (Mangga), bila nak wat fotoshoot dorang? Hehehe...
Orang kata Johor lubuk bakat2 baru. Rugi la aku kalau aku tak gunakan kesempatan ni. Aku dah kat JB, apa lagi yang aku nak tunggu?

Yeo's Hiap Seng

Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia. Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini. Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.....
Cuba lihat kat pic ini.
Cuba lihat dekat-dekat......
Apa kejadah ni? Dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di...... di negara yg dah mmg tersohor bubuh melamine dalam susu!!
Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.