Monday, October 20, 2008

Abang - Imran Ajmain

Aku tak minat muzik, jadi aku tak tau ada lagu ni. Memang aku tak pernah dengar. Bila Kay nyanyikan kat aku lagi ni, aku rasa akan ada sesuatu yang akan menyentuh perasaan setiap orang bergelar Abang. Terima kasih kepada Imran Ajmain yang menyanyikan sebuah lagu untuk seorang abang dedikasikan kepada adik2nya.
Kalau korang belum pernah dengar, aku nasihatkan carilah & hayatilah lagu Abang - Imran Ajmain ini. Lirik untuk korang, terutama adik2 aku:
Aku bukan perwira,
Ku tak berkuasa
Untuk menyelamatkan dunia
Dari ancaman yang sedia ada
Tapi ku bercita-cita
Aku dulu pernah mengalami usia remaja
Aku juga pernah jatuh cinta dan terluka
Jadi janganlah bersedih abang selalu disisi
Ku hanya abang
Tapi kasih sayangku tak berbatas
Darah dan daging hadirmu kurniaan dari Atas
Kuingin berikan yang terbaik padamu sayang
Dan perananku pegang hanya abang
Ku bukan idola
Dan ku tak pernah terima anugerah
Pengorbanan ku ikhlas
dan ku tak minta sekali pun di balas
Aku dulu pernah gagal dan aku kecewa
Aku juga pernah jatuh dan bangun semula
Jadi janganlah bersedih
Abang selalu disisi
Kuhanya abang tapi kasih sayangku tak berbatas
Darah dan daging hadirmu kurniaan dari Atas,
Ooooooooohh..
Ku ingin berikan yang terbaik padamu sayang
dan perananku pegang hanya abang
Jadi janganlah kau lupa
Lima waktu sehari
Jadi janganlah kau lupa hormat menghormati
Jadi jika abang yang lupa
Engkau akan menjadi
Seseorang bertanggung jawab untuk mengingati
Ku hanya abg…
Darah dan daging…
Kuingin berikan yang terbaik padamu syg
dan perananku pegang hanya abang..
Engkaulah yang abang sayang..

Credit to Imran Ajmain.

BBE: Fotoshoot

18 Oktober 2008, FRIM Kepong.
Lokasi Pengambaran Kekasihku Seru
Hajat asal nak ke Hutan Komenwel tapi terdapat sedikit masalah teknikal so team BlueBiru Entertainment mengalih arah fotoshoot kali ini. Fotoshoot kali ni disertai oleh Mumu, Adik Karat, Kay, Shah Raja Lawak, Dikwan (BBE Racer) & Jay.
Ratap la gambar2 fotoshoot tersebut.
Shah Raja Lawak
Adik Karat
Kay

Tengok gambar ni aku tergelak sorang2. Cuba perhatikan gaya dorang,cam real2 je kan. Sebenarnya dorang cuba lari dari orang yang lalu lalang sebab rumah tu tak boleh masuk tapi sebab nak kan pose yang menarik, dorang panjat jugak la..hahahahaha
MumuDikwan (BlueBiru Racer)

Jangan ada yang berani2 nak scandal2 kan kitorang ek. Adik aku ni, mumu ni..

So sapa2 @ mana2 agensi @ syarikat yang memerlukan model2, artis2, pelawak, mc dan sebagainya bolehlah hubungi aku 0127597151 bila2 masa k.

Friday, October 17, 2008

Hujan

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.."
Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalauHujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :
"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ."
(Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empanganIni sikit sahaja senarai kebaikannya.
Ada banyak lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?"
Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?"

Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah"
(al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :
"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. "
(Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. "
(al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan."
(Surah Hud : 123)

So lepaih in bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...

Jawapan Untuk Faryal

Faryal Adzrin @ Al said...
hmm mmg harus kte bg peluang utk owg bg m'perbetulkan kslpn..tp klu owg 2 sndri xnk berubah???


Djebat said...
Kita tau ke orang tu nak berubah ke tidak? yang tentukan adalah Allah, hati dia pada Allah, kita usahakan je & kena yakin la dengan kerja Allah.
Mungkin tidak hari ni, tapi siapa tau esok @ lusa dia akan berubah. Tapi kalau kita tak bagi dia peluang, camne? lalala

Cinta Yang Memperbodohkan Lelaki

*Bukan lelaki2 yang diperbodohkan
Perhatikan, lelaki sanggup diperbodohkan kerana cinta. Masa bercinta lelaki sanggup:
  1. Bercakap berjam2 ditalifon walau pun baru lepas jumpa.
  2. Jadi kaki klentong pada kawan2 & family.
  3. Bangun awal2 pagi untuk temankan aweknya jogging.
  4. Bawak handbeg aweknya walaupun berjalan ditempat yang ramai orang.
  5. Drive dari KL balik JB semata2 kerana aweknya kat JB call bagitau dia tersepak batu.
  6. Belanja awek makan pizza hut dihujung bulan walau pun dia cuma mampu makan maggi je kat rumah.
  7. Pinjam duit kawan untuk belanja awek tengok wayang.
  8. Tahan diri dari merokok kalau awek tak suka bau asap rokok.
  9. Duduk atas tanah asalkan awek duk atas riba.
  10. Ponteng kerja semata2 nak hantar awek balik kampung.
  11. Pakai smart kul 3 pagi semata2 nak buang lipas dalam tandas rumah aweknya.
  12. Buang semua no tepon kawan2 pompuan.
  13. Takde masa lagi melepak dengan kawan2 lelaki.
  14. Temankan awek gi tengok wayang citer cinta yang meleleh.
  15. Cancelkan game futsal semata2 nak ikut awek gi shopping.

Ha, korang tambah la lagi apa yang patut. Tapi wahai orang pompuan, cubalah hargai walaupun sedikit apa yang telah lelaki buat untuk anda. Ni kang ada la yang jawab ni..lalalalala

Sketsa Hidup

“Abang ni bagi muka sangat la kat dorang tu. Tengok, sekarang dorang dah pijak kepala abang dah tau..” dia sedikit mengeluh.
“Eh, kenapa cakap camtu lak?” keningku berkerut. Memang tak faham, bukan buat2 tak faham. Aku mengalih pandangan pada majalah yang sedang aku baca tu.
“Ye la, abang kalau marah dorang boleh ketawa2 lak lagi. Pastu kalau dorang tipu abang pun abang boleh buat tak tau je. Dorang dah banyak kali tipu abg tau” bebelnya lagi.
“Abang tau..”
“Abang tau? Abang tau dorang tipu abang kat belakang abang?”
“Abang tau. Depan2 abang pun dorang tipu gak”
“Dah tu?”
“Dah tu apa?”
“Abang ni…” dia menarik muka masam.
“Abang wat tak tau gak lagi? Apa la abang ni, baik sangat.” Sambungnya.
“Sayang, dorang tu tak pandai menipu la. Tiap kali dorang tipu, dorang mesti kantoi. Hehehe..” selamba. Dia masamkan muka lagi.
“Pelik la tengok abang ni. Kena tipu banyak kali pun sayang dorang lagi. Abang ni sabar betul dengan perangai dorang. Kagum..” Dia membetulkan duduknya. Petang tu redup. Aku senyum & gelengkan kepala. Kadang2 ketawa dalam hati tengok gelagat dia.
“Abang bayangkan ek, dorang tipu ang, kantoi, abang maafkan. Tipu lagi, kantoi lagi, abang maafkan lagi. Eh, tipu lagi tu..Sampai bila bang. Ajar la sikit dorang tu.”
“Sayang, dengar sini.” Aku tolak majalah tu ketepi. Aku pegang tangan dia & pandang matanya yang cantik tu.
“Apa yang sayang pelik & kagumkan tu sifat SEEKOR ANJING je.. Cuba tengok anjing, bila dipanggil dia datang, bila sampai dihalau pulak, dia pun pergi. Pastu panggil la lagi, anjing tu akan datang balik. Bila dia sampai, halau lagi, dia akan pergi semula. Jadi apa yang nak kita kagumkan sangat?”* dia masih buat muka tak puas hati.
“Sayang abang nak tanya.”
“Tanya la” acuh tak acuh.
“Berapa kali kita kena bagi peluang pada orang yang bersalah untuk sedar & menyesal? Sekali? 2 kali, 3 kali?”
“Kalau sayang,sayang bagi 3 kali je. Pastu, lantak dia la..” dia mula memandang mukaku.
“Kalau abang?” soalnya pulak.
“Selagi Tuhan tak tutup pintu peluangnya. Selagi tu la dia ada peluang memperbetulkan salah dia tu. Kalau Tuhan tak tutup peluang dia, kenapa kita yang sama taraf dengan dia ni nak tutup lak?” aku capai tin Coke, minum seteguk.
“Sebab tu la, abang sentiasa bagi peluang kat dorang. Buat la salah, abng marah & abang tegur, pastu abang maafkan. Dalam hati tetap berdoa supaya dorang belajar dari salah yang dorang buat tu.” Petang semakin gelap..


* Riwayat kisah2 wali, jawapan seorang wali bila ditanya kenapa dia begitu sabar. Contohilah sifat rendah diri beliau.

Surat

Lama gile aku tak bukak peti surat rumah lama aku. So aritu 12 Oktober, aku bukak & terpandang 1 pos laju. Aku bukak & baca.. Aku termenung kejap. Aku ingat aku nak simpan isi surat ni dalam hati, tapi aku terbaca surat ni kat blog Kasih. Jadi sebagai menghargai & menjawab surat istimewa tu, aku pun post surat tu untuk korang baca.


KHAS BUAT YG TERSAYANG...
Assalamualaikum abg & akak yg diigati,
Ape khabar..adk hrp abg & akk sentiasa sihat alhamdulillah...
B4 datz adk nk menyuarakn kekesalan adk terhadap ape yg dh terjadi between of us..
Tujuan adk warkahkn letter ni adlh utk memohon seribu kemaafan drpd abg & akk krn telah menimbulkn pelbagai mslh kpd abg & akk...
Adk juz nk bgtau yg adk still lg tertnya2 sama ada abg & akk maafkn adk or x...
Dari sudut luaran adk nmpk gelak tawa,,kegembiraan abg & akk tp...
adk tau yg sbnrnye abg & akk so sad n dissapointed bila adk wat prngai yg abg & akk sndri xsuka...
Adk dh lenyapkn kpcyaan abg & akk berikn pd adk..
Adk tau selama ni pn adk xpenah nk jg ati n prsaan abg & akk..
apatah lg nk dgr ckp abg & akk kn...
Nak menyesal pn dh x guna...trust me, bkn niat adk nk malukn abg dgn akk..
I know im wrong..give me chance to learn from my mistakes..but plsss....
pls dont scold me..pls dont regard me as an enemy..pls try freternize with me...
If datz the case..adk terlalu ikotkn prsaan adk..
At the same times, I 4got bout the otherz,,i do it my way...
Adk tau ape yg adk wat abg & akk put up with...
Openly, adk nk ckp yg adk so proud dgn abg & akk...
Whenever I need abg & akk..u r alwayz there 4 me..through thick n thin u r alwayz happy n smilling..
U help me in many wayz..plg yg adk ingt time kt tambun..from kL until perak..u all jg adk dgn baik..so nice..
Abg & akk byk bg advise n strength pd adk so as to adk xpnh ptus asa dan bljar brdikari...
Those r words i will keep in my mind 4eva..
After diz, i try 2 be myself..what im going 2 do now..I can find it..
Adk promiz adk xkn sesekali ingkar pd kata2 abg & akk...
Adk akn respect abg & akk.. the most important is my family..
As we go along, I can find the answer..only then i hope i will undrstands...
I belive I can learn from my mistakes..
Thankz goodness u r here..!!!
Ape yg abg & akk miliki evrythingz seems so perfect...
Luvly..caring..
Actually,setiap ari adk xpnh mis tgk gmbr abg..akk n yg lain..
Hnya Tuhan je yg tau betapa syg nya adk pd abg & akk..xde sape pn leh take over tmpt abg & akk...
As I said b4, hnya gmbr pengubat rindu adk..
You all different from those yg lain..there is something about abg & akk..
I don t know..may itz there in ur eyes..
Abg & akk..u r the bez..u stand by me when im down...
U know how i feel n what I think...

~I LUV ABG & AKK SO MUCH~
ADK X SANGGUP KEHILANGAN ABG & AKK
I NEED UR LUV..GUIDANCE..MOTIVATION
DIZ IS MY FERVENT PRAYER.

turut boleh dibaca di:

Sirap

here....sape tak kenal air ni..hwahwa...xleh dipisahkan dgn kenduri kendara kat Malaysia ni...hehe...macam best gmbr ni sbb aku rase la kan...merah air tu hidup mcm nk bagi tau only sirap was red....aku suke...aku suke..heheh..

http://bojeng400d.blogspot.com/

Pesanan





Ketika orang lain meminta nyawa untuk hidup lebih lama, kau pula berusaha mempercepatkan pemergianmu meninggalkan dunia. Setiap sedutan memendekkan usia. Kasihanilah mereka yang kau sayang.

Puteri2ku

Setakat ini, inilah puteri2 dalam hidupku yang paling rapat. Yang memahami dan mengerti, yang saling mengenali & menyayangi.