Tuesday, May 19, 2009

Fotoshoot

Bismillahhirrohmannirrohim..

Sementara tunggu gambar2 Wan, Lya & Ila siap diedit, aku kuarkan dulu gambar2 dorang bertiga. Kebetulan Wan datang JB, aku lak teringin nak cuba buat fotoshoot sekitar JB Waterfront yang terbengkalai tu, maka aku ofer la Lya & Ila untuk join sekali.
Ini pertama kali aku cuba angle ni, emm..apa pendapat korang ek? Nampak cam urban ke, nampak biasa2 je..?Sesekali buat cubaan gandingkan dua orang puteri iCon pun bukan kerje senang. Masing2 ada komitmen dengan kerja tapi berjaya jugak akhirnya. Patutnya Lin pun terlibat tapi Lin awal2 dah ke KL.Owh, untuk makluman korang, shoot kitorang pagi tu dibantu oleh encik Ali, housemate aku yang datang lepas habis tugas rasminye. Thanks Ali..

So, lepas ni insyaAllah aku akan uploadkan gambar2 Wan, Lya & Ila secara individu lak ye.

Thursday, May 14, 2009

Kalian: Adam-Shee-Adif

Bismillahhirrohmannirrohim..

Aku tak tau kenapa, kali ni aku berhenti lama, merenung membaca blog2 mereka. Aku bukak blog www.adamluba.blogspot.com dan aku rasakan kerinduan yang Adam lontarkan. Setiap satu gambar sentuhan Adam menerbitkan rasa sebak kat hati aku. Dan tulisannya tentang kerinduan buat aku makin sayu.
Bila aku jengah blog www.adifdas.blogspot.com, sekali lagi aku berhenti lama. Aku rasa kerisauan yang Adif rasa. Aku takde jawapan kenapa, tapi kerisauan Adif menyebabkan terlintas doa dihatiku semoga semuanya selamat.
Tak mungkin aku tinggalkan blog adik nakalku www.shasheera.blogspot.com. Ada sedikit keriangan yang mengubat kerinduan, kesayuan dan keresahan. Memang dia sentiasa riang seperti yang mataku lihat. Shee malaikat kecil yang tak nak tengok orang lain sedih.Korang: aku tak penah jumpa mereka semua. Aku tak pernah kenal hati budi mereka tapi aku takde jawapan kenapa aku sayang, aku suka malah aku rasa aku sebahagian dari mereka. Selain Adam, aku belum pernah lagi bercakap dengan Shee & Adif, cuma berchating sikit2, itu pun dlm komen2 blog ni ha.. Tapi aku rasa rapat sekali. Lalu aku simpulkan, itulah keikhlasan persahabatan dorang yang mengalir ke hati aku pulak.
Kalian: Abg tak pernah harap apa2 dari kalian. Persahabat dan persaudaraan yang kalian bagi pada abg sangat unik. Tak pernah disentuh tapi terasa. Abg bangga dapat kenal kalian semua. Teruskan la persaudaraan itu ek..
Djebat: Teruskan keje keras ko Jebat. Tahun ini tahun KEJAYAAN & KEKAYAAN.

Tuesday, May 12, 2009

iCon Model: Afiq

Bismillahhirrohmannirrohim.. Dengan ketinggian 183, aku tawarkan Afiq untuk wat fotoshoot. Berasal dari Sarawak, Afiq sedia menyahut cabaran iCon Model. Korang ratap la pic2 dia ni ek..
Setakat ni, Afiq antara talent iCon yang aktif terlibat dengan semua aktiviti.

Monday, May 11, 2009

BERITA

Kerajaan PERAK kembali kepada Pakatan Rakyat
NIZAR MB YANG SAH
Ini keputusan dari Mahkamah Tinggi.
Nizar menteri besar sah Perak
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

K.i.S.S @ Legends Golf & Country Resort

Bismillahhirrohmannirrohim.. Tiba2 Kay bagitau aku Kechik nak turun JB sebab nak bincang pasal K.i.S.S. Dia kata lagi dah bagitau minggu lepas. Serius aku tak ingat, maybe aku tak perasan atau aku lupa, maka aku dah janji dengan mak nak balik Kota sebab 7 Mei birthday dia & 10 Mei hari ibu. Kalau aku tak celebrate dua2 dengan mak pun, jadi la dapat celebrate 10 Mei tu. Maka aku bagitau Kay & Kechik, aku kena jumpa mak dulu.

Ditakdirkan Allah kereta aku rosak. Kali ni makan ribu2 juga la kalau nak betulkan. Kerana tu, mak & adik2 aku datang nak tengok keadaan kereta tu. Maka dapat la jugak aku jumpa dorang & aku tak dapat balik Kota. Oleh sebab tu, dapat la jugak aku raikan mak & 2K aku..hahahaSebelum tu kitorang g umah Ila kat Jalan Perubatan 25, Taman Universiti. Ada kenduri katanya. Kami sampi dalam kul 4 lebih, makan2 & lepas bersalam2an kitorang terus gerak ke Legends Golf & Country Resort. Tak plan pun asalnya cuma disebabkan Faiez bersungguh2 ajak maka kitorang pun tak nak la menghampakan..Bukan main serius lagi korang ek..Hahaha.. Yang paling aku nak korang ratap ialah gambar kat bawah ni. Tengok style je korang boleh agak kan mana satu sifu snap, mana satu student dia snap..ahaaha..dah tentu la yang aku takde tu Kechik snap.. Jauh beza, cis..
Antara persetujuan yang dicapai dalam perjumpaan tu ialah tentang perkara2 berkaitan Kem, Yuran pendaftaran menganggotai K.i.S.S sebanyak RM150 seumur hidup, yuran tahunan RM50 sebagai pembaharuan keahlian, terma dan syarat dan beberapa perkara lagi yang perlu kepada pendetailan.

Lebih kurang kul 9 malam kitorang balik. Apa yang pasti Legends Golf & Country Resort 1 tempat yang best, sunyi, cantik dan mendamaikan. Aku rasa, mungkin 1 hari nanti, akan terjalin kerjasama antara K.i.S.S dengan resort ni. Sama2 tunggu ek.

Talk @ Poli JB

Bismillahhirrohmannirrohim..

Politeknik Johor Bahru
5 Mei 2009

Sebagai memenuhi jemputan adik2 student Poli JB, aku dapat pelepas untuk ke sana kul 8.30 pagi. Aku drive sampai Tesco Extra Plentong & janji dengan Syafix nak jumpa kat situ. Rupa2nya aku silap, Syafix cakap Tesco Seri Alam.
Syafix amek aku & kami terus ke Poli. Wah, jauh gile aku rasa sebab ni pertama kali aku ke situ. Korang ratap la gaya2 ceramah aku yang tak seberapa. Lama dah aku tinggalkan dunia ceramah ni..aduyai..
Bagaimana seni boleh menjadi sumber pendapatan. Isi yang aku bagi, ubah persepsi kita dan persepsi masyarakat, berfikir diluar kotak pemikiran.. & dorang pun serius mendengar..heheheKesimpulannye...Lepas tu sesi bergambar la pulak kan..hehehehe
Terima kasih kepada penganjur yang menjemput & sori sebab lambat buat n3 ni..biasa la, sibuk..ehehe
p/s: kredit kepada Syafix yang merakamkan gambar2 ni.

Selamat Hari Ibu

Bismillahhirrohmannirrohim..Maaf mak, orang tak dapat balik untuk raikan hari ibu..
Kereta rosak lagi, orang tau mak pening kepala..
aritu birthday mak pun orang tak dapat balik..
Maaf mak, bukan sengaja dan bukan dulukan yang lain,
mak tetap utama tapi ada masalah yang tak dapat dielakkan.
Mak, orang tau mak tak baca pun blog ni,
tapi orang nak mak tau,
orang sayang mak
& akan jaga mak sepanjang hayat.
Budi jasa bakti mak bukan sikit,
membesarkan orang dengan penuh kasih sayang,
& sekarang mak keseorangan menghabiskan sisa hidup.
Mak, orang mintak maaf,
hidup terlalu sukar untuk orang bahagiakan mak,
sepuluh ringgit sebulan pun susah nak bagi mak,
apa lagi nak hantar mak pergi Haji..
Ayah sampai meninggal pun, orang tak dapat tunaikan hasrat dia,
orang tau mak tak putus2 berdoa,
orang yakin mak, kalau bukan didunia ni,
diakhirat Allah akan kabulkan doa mak.
Mak, sempena hari ibu,
orang merafak sembah mohon ampun dan maaf,
kalau boleh sujud orang akan sujud dikaki mak.
Orang doakan mak bahagia dunia akhirat.
Selamat hari ibu mak.

Wednesday, May 6, 2009

Aktiviti KiSS

kay icon s2dio society [K I S S] akan membuat kem fotografi di Dusun Eco Resort,Pahang.selama 3 ari 2 mlm..pada 1,2 dan 3 Jun 2009..bayaran sebanyak RM 280 (bkn ahli) dan RM 250 (ahli)..bas disediakan..makan 5 kali sehari..mcm2 aktiviti akan dijalankan..FLYING FOX,JUNGLE TRACKING,NIGHT WALK N mcm2 la..cd,baju dan buku sume akan diberikan pada hari pendaftaran..kumpul la duit mulai SEKARANG!!jgn lepaskan peluang ini..terhad kepada 40 org terawal..40 org selepas itu dikenakan bayaran rm350..JANGAN BIARKAN BAKAT ANDA TERKUBUR BEGITU SAJA!!just comment or message me..

3 Mei 2009 : 1 Pencapaian, 1 Permulaan

Bismillahirrohmannirrohim..

Detik bersejarah tercipta. Kalau semalam hanya pertemuan untuk bersama2 dengan warga Kay-iCon, 3 Mei melakar satu persefahaman dan membentuk satu gandingan yang boleh dikatakan mantap. Aku nak korang baca betul2 n3 yang ni supaya korang faham dan menjiwai Kay-iCon Community yang selepas ini akan dijenamakan semula dan dikenali dengan 1 nama yang istimewa.
Ini Jebat..hahaha..intro cam skema la pulak. Aku, secara ringkas, mengasaskan iCon Community setelah aku berpindah ke Johor. Berbekalkan pengalaman yang banyak disumbangkan oleh Kay@angah, aku beranikan diri menggerakkan satu komuniti yang terdiri dari pelbagai cabang. iCon Community mengilhamkan iCon Foto, iCon Design, iCon Model, iCon Talent, iCon Dance, iCon Entertainment, iCon Advertising & iCon Publication. Walau bagaimana pun, hanya beberapa iCon sahaja yang dapat dilaksanakan sebagai permulaan.

Setelah berbincang dengan Kay secara ringkas, aku cadangkan kepada Kay supaya Kay Komuniti & iCon Community disatukan dengan nama Kay-iCon Community yang masih lagi mempunyai matlamat yang sama. Hanya kelebihannya ialah, gabungan kekuatan tenaga kerja dan keselarasan tindakan.
Kay pengasas Kay Komunity yang telah bergerak secara aktif di sekitar Lembah Kelang menjangkau ke Melaka. Selain aktiviti membekalkan bakat2 baru kepada Production House yang menerbitkan drama2 tempatan, Kay juga memegang beberapa peranan dalam cerita Kekasihku Seru misalnya. Seorang yang kaya dengan pelbagai perancangan yang menarik, usaha & kerja keras yang tak mengenal jemu, menghadapi pelbagai rintangan dalam hidup, Kay semakin matang.

Setelah setuju untuk menggabungkan Kay Komuniti dengan iCon Community, langkahnya semakin jauh. Dijangka bulan Jun akan dilancarkan single sulung beliau, Bisikan Hati. Kay bergiat cergas dan aktif dalam Karyawan dan pelbagai aktiviti seni.
Kechik ni pulak, kalau tengok track record dia aku jadi segan. Nak cite apa yang dia cite masa taklimat aritu pun aku takut dia tak izinkan. Jadi aku sentuh serba sedikit je tentang Kechik. Pada aku dia sifu aku. Tagline dia "belasah je" dah jadi tagline aku dalam fotografi ni. Pada umur 17 tahun telah menubuhkan S2dio Photography. (Aku, 33 baru tubuh iCon Community..huahuahua..). Pencapaian2nye sangat membanggakan. Korang baca je la profile dia kat dalam blog dia ek..hehehe

Pada 3 Mei 2009 sebagaimana yang dirancang, 3 pengasas kepada 3 entiti tersebut telah bertemu ditemani oleh rakan2. Perbincangan yang berkisar kepada program bersama, kerjasama memantapkan hubungan, akhirnya melarat kepada penggabungan 3 entiti menjadi 1. Kay-iCon Community yang baru saja digabungkan, kini akan digabungkan pula dengan sebuah persatuan besar, S2dio Photography.
Persetujuan dicapai untuk menamakan gabungan Kay-iCon Community dan S2dio Photography ini dengan nama Kay-iCon Studio Society yang akan didaftarkan dalam sedikit masa lagi. Aku nak tarik perhatian korang, iCon kini dikenali dengan nama:
Kay-iCon S2dio Society
K.i.S.S
Alhamdulillah.. Gambar ni bukan diambil selepas persetujuan tu, tapi kitorang dah nyanyi sama2 lagu yang sama sebelum persetujuan tu lagi. Aku bangga, at least ini pencapaian terbaik iCon setakat ni dan inilah permulaan kepada satu perkembangan yang lebih bermakna dalam industri seni. Tunggu je la..
Antara perancangan terdekat yang bakal dilaksanakan ialah Talent Camp. Maklumat lanjut aku akan masukkan tak lama lagi k.

Kay-iCon @ DIVA

Bismillahirrohmannirrohim..
Akhirnya aku jejakkan kaki jugak ke Diva ni. Selalu tu dengar nama je. Itu pun Ali yang drive dipandu oleh Ila yang baju purple tu. Kalau nak harap aku jalan sendiri, hampeh..
Berposing2 sebelum masuk Diva. Tak tau kecik dah tunggu kat dalam tu. Rupa2nya dorang guna jalan dalam. Yang kitorang ni dok redah jem..huhuhu
Dorang ni dah macam 3 musketeer la pulak. Pantang jumpa, memang 1 kepala. Tak sangka lak aku dalam Kay-iCon dorang boleh ngam. Mungkin sebab minat yang sama kot.
Kitorang sampai dalam bilik Awie, tak nampak pun Kechik. Korang boleh tolong cari di mana Kechik?
Hahaha.. bila hampir semua sampai dan mengambil tempat masing2, maka bermula la sesi taklimat tentang Kay-iCon Community dan S2dio Photography. Isi kandungan tu, dapatkan teks ucapan dari sapa2 yang simpan. Tak larat lak aku nak taip. Hahahaha..Ha, yang penting hala tuju, mana nak pegi, apa nak buat lepas ni, apa sumbangan aku pada Kay-iCon Community? Emm..jangan lupa,
motto: Keinginan, Disiplin, Komited. Sekian..
Habis je sesi taklimat yang tak sampai 2 jam tu, apa lagi, masing2 capai mikrofon & pilih lagu. Sesi karaoke bermulaaaaaaaaaaaa...
Sesi karaoke tu, sebab semua tengah syok, lupa nak amek gambar untuk ratapan korang. maaf la ye, kalau nak tau, next gathering kene join. Tak gitu? Gitu, gitu..hehehe