Wednesday, January 13, 2010

iCon JB Mencari DJ

Bismillahhirrohmannirrohim

iCon JB sedang mencari mereka yang berbakat & berpengalaman menjadi DJ. Kalau korang berminat, sila hubungi:

DJ Hafiz
0177355824
0137734006

Pencarian Bakat Baru iCon Muzik

Bismillahhirrohmannirrohim

Dengan bangganya aku nak umumkan pada korang, projek pertama iCon Muzik tahun 2010.
Korang yang berbakat & berminat untuk digilap sebagai residen artis iCon, sila datang beramai2, ajak kawan2 korang & sedara mara korang ke ujibakat yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 23 Januari 2010
Masa: 3 petang - 9 malam
Tempat: Restoran Mak Limah, Kg Melayu.
Hubungi: Wanshah - 0122220445 / 0197005939

p/s: Ini backdrop iCon. Sapa2 bermurah hati nak sponsor untuk mencetak backdrop ini, sila hubungi aku segera 0127597151.

Tuesday, January 12, 2010

Borang Akademi Fantasia

Bismillahhirrohmannirrohim

Ramai yang tanya aku mana nak dapat borang AF8. Kalau korang nak ambik borang tu kat The Zon, alamatnya korang tunggu sebelum subuh, sampai lepas isyak la korang masih beratur lagi. So untuk kemudahan korang, sila download borang AF8 kat sini je.

Kalau agak2 susah, korang amek je kat aku selagi stok masih ada. Ada beberapa perkara yang korang kena amek perhatian.

1. Pilih lagu yang sesuai & buat latihan berterusan, suruh kawan @ family korang jadi juri.
2. Pilih pakaian yang sesuai dengan lagu korang.
3. Aku syorkan korang datang pada 16 Januari (Sabtu). Mana tahu kalau 16 Januari tu korang tak dapat, boleh masuk pada 17 Januari pulak.
4. Jangan lupa bawak gambar saiz 4R paras pinggang.
5. Sebelum pergi ujibakat tu, buat ceklist apa yang perlu supaya tak tertinggal.

iConians InsyaAllah akan turun beramai2 memberi sokongan pada korang. Kami akan pakai baju iCon. Kalau ada duit lebih, insyaAlah ada la banner iCon untuk korang nanti. Ada apa lagi tak ek yang aku tertinggal..?

Pengumuman

Bismillahhirrohmannirrohim

Maaf korang, aku cuti Khamis sampai Ahad, tiba2 aku diserang demam & batok yang terok pada hari Isnin, so aku terpaksa bercuti.

Untuk makluman korang, design t-shirt pengenalan iCon tu sepatutnya ditukar pada hari Khamis. Design depan kita akan gunakan logo iCon berikut: Oleh sebab aku cuti & memang tak sempat online, maka aku tak sempat update pada korang. So sapa2 lagi yang nak tempah t-shirt pengenalan iCon untuk cetakan kedua, sila ikot arahan seperti di atas tu. Tarikh tutup tempahan 1 Februari k.Harap maklum.

Tuesday, January 5, 2010

T-Shirt Edisi Pengenalan

Bismillahhirrohmannirrohim(klik gambar utk lihat lebih jelas)
T-Shirt Edisi Pengenalan iCon oleh RedGuys Lab akan dikeluarkan.

iConians yang berminat boleh membuat tempahan dengan bankinkan RM30 ke dalam akaun
Maybank 154044680278
(Hairul Azhar Mohamad)
& smskan nama, saiz baju, tarikh serta masa bankin ke 0127597151.
Tarikh tutup tempahan ialah pada 10 Januari 2010

Siapa Cepat Dia Dapat

Laporan Mesyuarat NADI & iConians JB

BismillahhirrohmannirrohimAlhamdulillah, terima kasih, terima kasih, terima kasih. Itu je yang mampu aku ucapkan kat korang yang sudi luangkan masa untuk mesyuarat yang sangat penting untuk menentukan hala tuju iCon 2010. Seperti kebiasaan, seminggu sebelum mesyuarat aku dah war2kan dalam blog, myspace & aku dah sms kepada mereka yang berkenaan. Kalau kira2, sehari paling kurang 100 sms. Akhirnya malam 3 Januari 2010 tu, di Tasik Merdeka, iCon berjaya mengumpulkan kira2 35 orang iConians yang baru dan lama termasuk seorang NADI iaitu Lynn.
Sebab iCon 2010 bukan lagi macam 2009, aku dah mesej semua NADI & Pengarah iCon, kalau dorang tak dapat datang, sila bagitau aku. Kalau tak, aku terpaksa, aku tak mampu nak simpan mereka yang tak komited & tak bergerak2 walaupun dah 6 bulan pegang tanggungjawab. Mereka terpaksa digugurkan.

Ali memang dah lama mintak kat aku nak letak jawatan. Ais awal2 lagi dah maklumkan kepada aku kegagalan dia untuk hadir kerana masalah mendapatkan cuti. Fila lak, masa tengah mensyuarat maklumkan pada aku dia kemalangan & bila aku call, dia tak angkat. Risau gak kitorang. Jamal pun ada bagitau ketidakhadiran beliau. Memandangkan Jamal duduk Kota Tingi, aku faham. Selain dari tu, takde kabar berita. Maka aku terpaksa buat keputusan besar malam tu.
Kami membentangkan beberapa projek iCon 2010 antaranya:

1. Ujibakat iCon Muzik dengan kerjasama Kip Mart
2. Model XXL Search
3. iCon Dance Competition
4. Membuka gerai iCon di Larkin - projek ibu tunggal
5. iCon Nature membersihkan sungai
6. Pertandingan boling, futsal dll
7. Roadshow album iCon & iCon Raya
dan banyak lagi la yang berjaya dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Pengarah2 iCon memberi komitmen yang sangat membanggakan. Antara pengarah baru yang membawa idea segar dalam mesyuarat malam tu ialah Wanshah, pengarah iCon Muzik, DJ Hafiz, pengarah iCon Event & Enal, pengarah iCon Arts. Pengarah sedia ada seperti Aleph juga mencadangkan beberapa projek yang bakal dilaksanakan pada tahun 2010 ini.
Setiap pengarah juga telah membuka peluang kepada semua yang hadir dalam miting tersebut untuk menjadi AJK & tenaga penggerak kepada projek & aktiviti yang telah dirancang kerana kita tidak mahu lagi iConians hanya sekadar menjadi pengikut. Zaman ikut2an dah berlalu. Kalau selama ni iConians sering bertanya, kali ni kita nak iConians mempromosikan kepada orang ramai perkembangan iCon & secara tak langsung menjadi jurucakap rasmi iCon.

Selain Projek & aktiviti, iCon juga membentangkan perancangan perniagaan yang mula bergerak dalam iCon seperti Lensa iCon & RedGuys iCon Wear. iConians dilantik juga menjadi jurucakap & promoter kepada bisnes2 ini. Secara tak langsung membantu iCon mendapatkan pendapatan untuk menggerakkan aktviti iCon. Aku sebenarnya tengah usahakan supaya keahlian iCon masih terus percuma kepada korang sebagai tanda penghargaan.
Terakhir, agenda terpenting adalah rombakan NADI. Dengan perletakan jawatan Ali selaku presiden, ketiadaan Mai sebagai bendahari 2 sejak awal hingga sekarang membuatkan situasi menjadi mendesak untuk dilakukan rombakan. Jadi pada malam tu, kami buat perlantikan baru & keputusannya:

Presiden: Tiada perlantikan. Aku akan pangku jawatan tu sehingga ke tarikh yang sesuai untuk melantik Presiden baru.
Timbalan Presiden 1: Azlina Bte Salimin
Timbalan Presiden 2: Airin
Setiausaha 1: Hafilah Bte Hanafi
Setiausaha 2: Mohd Faizal Bin Abdullah Kidal
Bendahari 1: Mohd Faizatul
Bendahari 2: Siti Aishah maulad Md. Yasin

& barisan pengarah2 iCon 2010
Pengarah i-Foto: Jamal Bin Paidi
Pengarah i-Model: Siti Murni Bte Zulkafree
Pengarah i-Design: Affandi Bin Kamarolzaman
Pengarah i-Dance: Muhamad Nur Alif Fikry Bin Abdullah
Pengarah i-Event: Mohamaad Hafiz Bin Rahim
Pengarah i-Sports: Mohd Sallehudin
Pengarah i-Muzik: Wan Sharifuddin Bin Wan Hassan
Pengarah i-Arts: Zainal Hakim bin Kamaruddin

Dengan harapan setinggi gunung supaya barisan baru NADI & Pengarah iCon ini dapat membawa iCon mencapai matlamat & hala tujunya, aku bagi sepenuh kepercayaan dan kebebasan pada dorang untuk menggerakkan iCon masing2.

Syabas dan tahniah kepada korang yang dilantik & harapan aku, korang lebih bertanggungjawab memegang amanah yang diberi. Kepada NADI & Pengarah iCon 2009, jutaan terima kasih atas kesudian korang bersama menggerakkan iCon Selama ni & khidmat korang tetap diperlukan pada sepanjang masa. Pengalaman korang sangat2 berharga.

Laporan New Models Search

Bismillahhirrohmannirrohim

2 Januari 2010, buat pertama kalinya iCon menghantar beberapa bakat Model ke pertandingan New Models Search anjuran CT Studio & Channel dengan kerjasama Giant. Dalam saringan ini SEMUA model iCon telah terpilih ke semi final. Korang ratap la gambar antara peserta yang ada pada petang tu. Perlu diingatkan, kebanyakan model iCon PERTAMA kali beraksi dipentas jalan kucing (catwalk) dan tiada pengalaman..hehe
Dengan berbekalkan sekali bengkel grooming yang dibuat sebelum ni, aku rasa betul2 puas hati dengan prestasi dorang. Tanpa membandingkan dengan model profesional atau yang dah ada latar belakang catwalk sebelum ni, aku yakin, 2010 merupakan tahun untuk iCon mengeluarkan produk terbaiknya. Tahniah Pengarah iCon Model, Murni yang turut serta memberikan semangat & sokongan kepada model2 baru ni.
Inilah barisan model yang berjaya ke semi final. InsyaAlah, salah seorang dari model iCon pasti antara mereka yang terpilih antara top 5 kerana itu matlamatnya. Tahniah & syabas.

Ujibakat AF8 di The Zon Johor Bahru

Bismillahhirrohmannirrohim

Perkembangan terbaru yang aku terima dari kawan2 kat Astro. Terima kasih jugak pada Aishah maulad yang post info ni pada aku. So iConians, get ready k. Korang kena sediakan gambar potret sampai paras pusat saiz 4R. Sapa2 nak buat gambar tu, contact mana2 fotografer iCon k. tahun ni, kita pastikan seberapa ramai bakat2 iCon yang kita hantar untuk kita sokong k.

Sesi ujibakat bagi mencari juara baru akan diadakan di tempat-tempat berikut:


1. Kuala Lumpur - Stadium Nasional Bukit Jalil (9 & 10 Jan 2010)
2. Johor - The Zon, Johor Bahru (16 & 17 Jan 2010)
3. Pulau Pinang - Redbox Gurney, Plaza Gurney (16 & 17 Jan 2010)
4. Sabah - Hotel Promenade, Kota Kinabalu (22 – 24 Jan 2010)
5. Sarawak - Hotel Merdeka Palace, Kuching (23 & 24 Jan 2010)

Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan. Mereka yang berminat perlu berumur di antara 18 – 45 tahun (pada 9 Janauari 2010) dan membawa salinan kad pengenalan serta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) serta menyanyi secara acapella lagu-lagu pilihan seperti berikut:

Lagu-lagu pilihan untuk peserta wanita:

1. Gagap – Stacy (Pop)
2. Jika Kau Ubah Fikiran – Mila (Rock)
3. Tak Mungkin Kerana Sayang – Alyah ( Ballad)
4. Dan Sebenarnya – Yuna (Ballad)
5. Di Taman Teman – Siti Nurhaliza (Irama Malaysia)
6. When You’re Gone – Avril Lavigne (Rock)

Lagu-lagu pilihan untuk peserta lelaki:

1. Situasi – Bunkface (Pop)
2. Hujan – Sudirman (Ballad)
3. Ada Untukmu – Nubhan (Ballad)
4. Berdendang Dalam Tangisan – Jamal Abdillah (Irama Malaysia)
5. Fikirlah – Aizat (Pop)
6. I’m Yours – Jason Mraz (Ballad)

Di peringkat ujibakat, para peserta harus melepasi tiga pusingan saringan sebelum disenarai pendek. Juri-juri yang akan bergilir-gilir terlibat semasa sesi ujibakat ini ialah mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing seperti Lah VE, Deja Moss, Fairus Hussin dan guru vokal yang berpengalaman dalam membentuk pelajar AF iaitu Syafizawati Shariff atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi. Dua orang pakar motivasi juga telah dijemput bagi membantu pihak produksi untuk mengenali perwatakan pelajar. Mereka ialah Ahmad Fadzli Yaakob atau lebih popular dengan nama Dr Fazley di kalangan para pelajar AF4 serta Azahari bin Othman yang lebih dikenali sebagai Dr. Luv di kalangan para pelajar AF5.

Sebuah persembahan pentas istimewa akan diadakan untuk menghangatkan lagi sesi ujibakat di negeri Johor pada 16 & 17 Januari 2010. Artis-artis yang akan terlibat dalam persembahan ini ialah seperti Mawi, Hafiz, Aishah, Yazid dan Isma. Sila layari laman web rasmi www.astro.com.my/akademifantasia untuk maklumat lanjut.

Para peserta digalakkan untuk membuat pra-pendaftaran di laman web yang tertera bagi mendapatkan keistimewaan `laluan pantas’ semasa pendaftaran pada hari ujibakat.

Monday, January 4, 2010

Mintak Ampuuuuuuuuuunn..

Bismillahhirrohmannirrohim

Hari ni sangat la sibuknya..Aku terpaksa uruskan beberapa perkara yang dimesyuaratkan semalam sampai tak sempat nak wat n3. Ada beberapa perkara yang aku rasa patut korang tau sepanjang 2 hari ni iaitu New Models Search dan juga Mesyuarat NADI & iConians JB. Tapi aku harap korang dapat tunggu sampai aku betul2 free. Boleh kan..?

Sebagaimana yang aku maklumkan sebelum ni, bermula malam ni kami akan memulakan perniagaan kecil2an yang insyaAllah dapat membantu kewangan iCon. Doa2kan ye.

Friday, January 1, 2010

New Models Search

Bismillahhirrohmannirrohim

Sekali lagi aku nak ingatkan korang yang berminat untuk jadi wakil iCon join saringan New Models Search yang akan dibuat kat Giant Tampoi esok, berikut maklumat untuk korang k.

Tarikh: 2 Januari 2010 (Sabtu)
Masa: 3 petang (berkumpul di Angsana)
Pakaian: Sendirian Berhad (pakai la ala2 model)


Kita akan berkumpul dulu kat Angsana sebab ada beberapa perkara yang akan kita bincangkan, beberapa tips yang akan diberi & kalau ada rezki korang, kita buat make over sikit. Mende ni tak susah, cuma korang kena yakin.

Untuk makluman, beberapa iConians dah dapat masuk semi final. Aku doakan korang pun dapat masuk gak. Nanti kita ramai2 meriahkan pertandingan akhir insyaAllah.