Monday, May 24, 2010

iCon Futsal Challenge 2010

Bismillahhirrohmannirrohim

Selepas berpenat lelah dengan Fiesta Proton / Belia B.A.I.K 2010 & Pasir Gudang Community College 3G 2010 Award, iCon akan berpeluh pulak kat gelanggang Futsal pada 30 Mei 2010 ni. Berikut adalah maklumat projek:

iCon Futsal Challenge 2010
Tarikh: 30 Mei 2010 (Ahad)
Masa: 8 pagi - 6 petang
Sport Prima (sebelah Highway Pasir Gudang)
Fee: RM180

Booth iCon akan dibuka di sana. Oleh itu, iConians yang ingin turut serta memeriahkan event tersebut dijemput turun beramai2.

Pic PG Community College 3G 2010 Award

BismillahhirrohmannirrohimAku rasa, upload gambar dlm blog lagi laju dari fb la. So ni la serba sikit gambar2 yg boleh aku bagi korang ratap. harap puas hati ek.
Dah mula ada yang bertanya camne nak dapatkan model2 iCon untuk membuat persembahan, fotoshoot dan sebagainya.Kalau korang salah sorang dari mereka yang inginkan khidmat model2 iCon, terus je hubungi aku 0127597151. Tapi maaf ek, bukan untuk tujuan yang bukan2.

Lagi satu, aku kena clearkan kat sini, model2 ni bukan hak milik iCon sebab iCon tak mengikat dorang semua. Ada yang hak milik agensi dorang. Apa yang iCon buat adalah bagi peluang untuk model2 ni. Itu je. Aku sebut sebagai model2 iCon sebab mereka adalah rakan2 yang sentiasa komited jika diminta memberi komitmen kepada iCon.
p/s: credit to Fyra yang bersusah payah mengendalikan model2 yang terlibat & credit juga kepada Murni yang sudi berkongsi peluang ini.

PG Community College 3G 2010 Award

Bismillahhirrohmannirrohim
Satu lagi catatan kejayaan iCon Models. Seramai 16 orang model dari iCon telah memperagakan pakaian dan solekan pelajar2 tahun akhir Kolej Komuniti Pasir Gudang pada 22 Mei 2010 bertempat di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.
Setidak2nya dengan kejayaan ini, model2 iCon tidak lagi hanya bergaya dihadapan fotografer semata2 tetapi telah melangkah ke satu fasa berikutnya, pentas peragaan. Gambar2 lain boleh korang ratap dalam fb aku, Djebat iCon.

Yang menjadikan acara ini kejayaan berganda iCon adalah persefahaman dengan tenaga pengajar Kolej Komuniti untuk bekerjasama lagi dengan iCon pada masa akan datang. Ini merupakan satu penghormatan memandangkan iCon Models BUKAN merupakan agensi model.

Korang yang berminat mengembangkan dan menggilap bakat bersama iCon Models, jom sertai kami. Kalau korang join agensi, korang kena bayar beratus2 sebelum korang belajar apa2 pun. Dengan iCon, its FREE.

Kalau korang nak buat profile, korang kena bayar sekurang2nya RM350 untuk 1 profile. Dengan iCon, korang cuma bayar RM150 SAHAJA untuk 10 profile.

Kalau korang sertai mana2 acara, agensi akan potong bayaran korang dengan banyak. iCon hanya mengambil sekadar perlu. So, korang pun boleh fikir betul tak? iCon merupakan platform untuk mana2 model dari mana2 agensi, tapi keutamaannya adalah mereka yang berbakat & minat untuk mencuba, mempunyai komitmen dan berdisiplin.

So apa tunggui lagi?

Friday, May 21, 2010

facebook iCon Community

Bismillahhirrohmannirrohim

Sebagaimana yang sepatutnya, iCon telah ada facebook sendiri. iConians sila add facebook iCon Community taw. Semoga iCon terus berkembang.

Thursday, May 20, 2010

Event Besar iCon 2010

Bismillahhirrohmannirrohim

Sebab telah diumumkan, disini aku senaraikan projek besar iCon pada tahun ni. Samada projek ni berjaya atau tidak, bergantung kepada komitmen iConians.

iConcert ILHAM
Tarikh: 11 Disember 2010 (Sabtu)
Tempat: Stadium Tertutup MBJB
Artis: Rahmat Mega, Mus May, Bandi Amok, Rahim Maarof & Kristal
Status: Tawaran terbuka kepada SEMUA iConians yang nak menyumbangkan tenaga & masa untuk projek ni.
Nota: Projek iConcert ILHAM ini dijalankan serentak dengan sambutan ulangtahun ke2 iCon, jadi iConians seluruh negara dialu2kan untuk terlibat sama.

iCon Bio-Halal Expo
Tarikh: Belum diputuskan
Tempat: Lapangan Letak Kereta Sebelah Menara HASIL
iConcept: seperti expo MAHA di serdang
Status: Tawaran terbuka kepada SEMUA iConians yang nak menyumbangkan tenaga & masa untuk projek ni.
Nota: Projek ini dijangka akan menjadi projek tahunan.

Setakat ni, dua saja projek mega yang boleh aku war2kan kerana projek2 ni perlukan ramai AJK. Kalau korang rasa berminat untuk terlibat, aku tawarkan kepada korang. Kalau tak, dalam tempoh sebulan, aku akan buka pada penyertaan luar.

Macam yang kita semua tahu, 2010 merupakan tahun untuk kita bergerak aktif. Ini semua untuk korang, iConians. Dalam masa sama juga, projek2 seperti fotoshoot, grooming, outing, iCon Merdeka, iCon Raya, majlis berbuka puasa, iConcern dan lain2 akan dijalankan seperti biasa.

Wednesday, May 19, 2010

Barisan NADI baru

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku memang berhajat nak masukkan gambar tapi Presiden NADI ni lom sempat2 lagi nak email kat aku. Memandangkan perkara besar ni perlu disegerakan maka aku umumkan pada korang barisan NADI baru iCon.

Presiden: Roy
T.Presiden 1: Jeff
T.Presiden 2: Limee
S/usaha Agong 1: Murni
S/usaha Agong 2: Famy
B/hari 1: Syafix
B/hari 2: Ain

Nanti bila ada rezki aku upload gambar dorang k. Syabas & tahniah utk korang semua. Semoga mampu memikul amanah yang diberi dengan dedikasi. Hala tuju iCon ditangan korang.

Tuesday, May 18, 2010

Fiesta Proton/Belia B.A.I.K 2010

Bismillahhirrohmannirrohim

13-16 Mei 2010 mencatat satu lagi sejarah buat iCon bila berjaya menyempurnakan tanggungjawab yang diberi. Fiesta Proton/Belia B.A.I.K 2010 merupakan langkah pertama iCon bergerak lebih agresif. Siapa tak bangga bila salah satu booth yang ada dalam Fiesta tersebut adalah booth iCon. Malas cite banyak, view gambar yang sempat aku masukkan untuk ratapan korang.Sambutan menggalakkan dari pengunjung manakala iConians tak menang tangan melayan pelbagai pertanyaan mereka yang berminat.Satu2nya motorsikal yang menggunakan enjin kereta Proton berjaya posing bersama iConians dihadapan booth iCon.Suasana Fiesta yang sesak dengan kereta, motorsikal & manusia. Apa yang menariknya, ramai pemilik motorsikal dari pelbagai kelab begitu berminat untuk menjadikan iCon sebagai salah satu platform mereka beraktiviti. Buktinya, gambar dibawah ni..Salah satu aktiviti pengisian adalah Pencarian Gadis Litar yang berjaya disempurnakan dengan jayanya. Macam biasa la kan, aku kena bagi peluang pada finalis Gadis Litar ni bergambar dengan Pengasas..hahaha
Aksi drift Tengku Djan yang menjadi daya penarik pengunjung Fiesta.
Menjunjung ke bawah duli tengku atas perkenan mencemar duli berangkat ke Fiesta & lalu kat booth kitorang. Kenapa la tengku tak singgah..huhu
Ini buktinya, iCon diiktiraf sebagai Rakan Rasmi sebuah acara sebesar ini. Jutaan terima kasih kepada Risz Management & Proton kerana memberi peluang kepada iCon dan lepas2 ni, jangan tak bagi lagi tau..Hehe..
Syabas & tahniah kepada iConians yang tak kenal penat & letih. Titik peluh korang ni akan menjadi sebahagian dari pembakar semangat untuk membawa iCon pergi lebih jauh lagi lepas ni, InsyaAllah..

Thursday, May 13, 2010

Teka Wajah iCon

BismillahhirrohmannirrohimAku tau semua yang terlibat dengan Fiesta Proton / Belia B.A.I.K 2010 dah mula sibuk. Dalam kesibukan ni tentu ada tekanan & sedikit ketegangan. So aku selitkan satu Pertandingan Teka Wajah iCon untuk meredakan ketegangan tu. Butiran adalah seperti berikut.

Pertandingan Teka Wajah
Tempoh: 13-16 Mei 2010
Penyertaan Terbuka & Percuma
Hadiah: Voucer Makan Malam di Damai Seafood Village untuk 5 orang bernilai RM100
Hanya peserta pertama berjaya meneka akan diberi hadiah.
Sila teka, sila teka.. Mari kita tengok siapa yang kena..

Pertandingan Foto Event

Bismillahhirrohmannirrohim

Sempena Fiesta Proton / Belia B.A.I.K 2010 bermula hari ni, iCon menganjurkan pertandingan Foto Event terbuka kepada semua fotografer pro dan amatur. Tema pertandingan ialah suasana sepanjang event. Bermula 13-15 Mei 2010, peserta perlu menghantar hasil karya mereka untuk pertandingan akhir pada 16 Mei 2010.

Apa yang menariknya, ini merupakan pertandingan yang julung2 kali dianjurkan oleh iCon. Borang2 penyertaan dan syarat2 pertandingan sudah boleh mula didapatkan di booth iCon bersebelahan dengan pentas.

So, iConians sila sebar2kan info ini supaya semua fotografer keluar beramai2 untuk menyertainya tak kira la samada fotografer pro atau amatur. Ada sesuatu yang menarik menanti semua peserta. Tunggu..

Wednesday, May 12, 2010

Malaysian Got Talent

Bismillahhirrohmannirrohim

Bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia yang berbakat, iCon membuka peluang terbuka kepada semua pengunjung booth iCon dalam sesi ujibakat yang akan diadakan sepanjang Fiesta Proton / Belia B.A.I.K 2010 bermula 13 hingga 16 Mei ni. Fiesta akan diadakan di tempat letak kereta menara HASIL sebelah Plaza Angsana.
Antara bakat yang boleh korang uji adalah modeling (tidak termasuk dalam pencarian Miss Track), menyanyi, berlakon & pengacara. Semua bakat2 yang terpilih dalam ujibakat ni akan diserapkan terus sebagai iConians & akan turut dilibatkan dalam semua acara & projek2 iCon yang akan datang.
Selain itu, bakat2 ini akan diketengahkan dari masa ke semasa. So, korang bagitau la kawan2 korang yang berminat.
Jumpa korang di tapak Fiesta ek..