Dulu kat Johor hari Jumaat cuti. Masa aku keje Johor dulu,bahagia kalau cuti hari jumaat. Senang nak bersiap untuk solat jumaat. takde la pening fikir kerja lepas tu terkejar2 nak ke masjid. Sekarang aku kerje kat KL, hari jumaat hari bekerja. Pening gak kepala tapi mungkin dah biasa, macam takde apa dah. Tapi kalau diberi pilihan, aku suka cuti Jumaat & Sabtu.
Ha,jangan terkejut la. Ofis aku ni macam tempat longgok fail tau tak. So sapa2 yang dah keje 7-8 tahun kat sini dorg memang dah hafal dah tentang fail ni. Sebut je nombor fail, dorang dah tau apa cerita. Aku? Jangan harap..hahahahahaa
Rakan keje aku yang banyak membantu dalam keje aku ni antaranya Hafaz, Linda, Fareez, Kak Nab, Mas & Iqa. Dorang kira lama la jugak keje sini. Sayangnya lom ada lagi gambar dorang utk aku masukkan dalam blog aku ni.
Apa pun aku nak ucap setinggi2 penghargaan pada dorang. Kalau takde dorang ntah camne la keje aku yang dah memang berlambak2 ni. Ni dah nak mula keje semula, tapi petang jumaat, pandang kanan fail,pandang kiri fail, pandang depan fail..malas la nak pandang belakang. Walau pun keje ni meletih dan memenatkan, aku kena sentiasa ingat pesan mak "kerja itu amanah".
Nanti bila free aku merapu lagi k.
No comments:
Post a Comment