Tuesday, December 16, 2008

Malang @ Bertuah

Semalam 15 Disember 2008.
Birthday Edris Khan - Happy Birthday yang ke 20 Ed.

Malang aku: tengah syok2 drive balik keje, cermin depan kereta meletop. Ganti cermin RM480. Gaji dah la lambat lagi, pastu dah bajet nak tukar bateri, tukar belting, hidupkan roadtax kancil, renew roadtax wira, renew lesen, setelkan sewa rumah bulan lepas & bulan ni, setelkan payment keta bulan lepas & bulan ni & macam2 lagi, alih2 kena tambah bajet luar jangka RM480 lagi..Adoyai..

Malang orang: kes pagi tadi, sorang pakcik datang bicara, kes langgar mati. Pakcik ni datang dari kedah sorang2 je, dengan status OKU yang berjalan terdengkot2, sempat bergurau dengan anggota polis;
"Cik, saya tak lari cik, kaki saya takde" sambil tersenyum tawar..
Pakcik ni naik bas dari kedah, dalam bas kena rompak dengan sorang mat bangla, ic, kad oku, dokumen2 penting semua hilang. Dia datang sehelai sepinggang. Majistret kenakan denda RM4000 @ 8 penjara. Pakcik tu pilih penjara..sayu hati bila ingat2 pakcik ni sebab beliau memang tak berduit & orang susah.

Bila fikir semula, aku ni, malang ke bertuah?

Mesej kawan2 meringankan resah hati aku.
~"When it rains all the birds fly for shelter but the eagle alone avoids the rain by flying above the clouds". Positive thinkers always focus on solutions, not on problems.
~View a negative experience in ur life like how u look at a photo negative. A single negative can create an unlimited number of positive print.

Yang aku sedih sket, mende ni semua berlaku tanpa 'mereka' disisi, tak macam selalu.
Salam.

1 comment:

Kasih Alyza said...

dlm idup kita nie telah di tetapkan segala2nya oleh Yang Maha Esa...

jika difikir kita nie malang ada lg yg lebih malang, jika kita rasa kita nie bertuah ada lg yg lebih bertuah yang...

setiap kejadian pasti ada hikmah dan sebab musabab nya.. terjadinya sesuatu perkara bkn tuk kita ratapi tp tuk kita lbh menghargai kehidupan kita...

bersyukur gan apa yg kita ada dan hadapi segalanya dgn lapang dada, insya Allah pasti ada rahmad disebaliknya...