Friday, February 27, 2009

HOTfm Big Jam

Aku tak minat sebenarnya, tapi demi tugas, aku gagahkan jua..
Jumpa korang kat Danga Bay 1 Mac ni..
Antara artis yang akan turut serta ialah
Adam,
Stacy,
Bunkface,
Estrange,
Nubhan,
6ixth Sense,
Aizat,
Ayu,
Faizal Tahir,
Suki,
Bau,
Misha Omar,
Mawi,
Fabulous Cat,
MUH,
dll..
Nanti aku post gambar2 dorang dalam blog ni k.

Selamat Hari Jumaat

Thursday, February 26, 2009

Antara yang dah di edit..

Lagi2 Eksperimen

Baru la aku faham selama ni macam mana dorang buat gambar yang cantik2.. Thanks Allah sebab Kau saja yang membantu..Ramai yang pro, ramai yang pakar tapi bila mintak tunjuk ajar, takde masa la..kecuali sifu aku..hehehe

Wednesday, February 25, 2009

Perhatian Untuk Korang

Sekarang aku dah yakin dan berani nak ambik gambar orang kawen, gambar2 model, buat gambar jadi poster, aku dah mula ambik tempahan untuk ambik gambar family buat poster. Apa aku nak takut? Sifu aku kata "belasah je bang"..
Sapa2 nak try boleh call aku k.
0127597151
(sila kenalkan diri dulu ye, kalau tak, susah nak layan)

Kegilaan Baruku

Ada banyak lagi gambar2 yang aku dah edit, aku suke, korang tak suke takpe, just komen k.
Esok, kalau ada kesempatan lagi kita akan berkongsi, harap korang sabar menanti.

Aku

Semalam dapat berita gembira,
Kasih dah keluar hospital & aku nantikan ceritanya untuk dikongsi.
Hari ini aku sangat sibuk dengan kerja2 pejabat,
& sibuk juga mengedit gambar.
Menjadi kegilaan baru aku edit gambar2 lama..
aku tak tau korang, tapi aku suka..
Mudah2an esok kegembiraan terasa lagi & lagi & lagi..

Eksperimen 5

Sure korang ingat gambar ni kan? Dalam proses mengedit, aku ambik gambar ni & jadikan dia cam kat bawah ni ha. Amacam? Ada style tak?

Eksperimen 4

Assalamualaikum korang. Actually, eksperimen 3 semalam tu job pertama yang aku dapat untuk editing & aku harap clien aku puas hati. Yang ni pulak model baru aku & aku jadikan jugak eksperimen untuk belajar mengedit. Ada komen?

Credit untuk Puteri Nur Farisah yang memang pandai bergaya.

Tuesday, February 24, 2009

Eksperimen 3

Ini bukan dari gambar atas diedit jadi gambar bawah tau. Ni gambar kiri jadi kanan. Aku baru blajar edit. Siap la korang lepas ni, aku dah pandai edit, meleleh meratap la korang..riaknye aku..hahahaha

Sekali Aku Jentik

Ribuan orang sudah membaca & masing2 ada komen sendiri. Apa yang aku terkilan ialah kenyataan lelaki tersebut seperti yang aku petik dari Harian Metro:

“Memang kami akrab, tapi umpama adik dan kakak, saya pun tahu batas pergaulan,” katanya yang dihubungi semalam.

Sayangnya seorang pelakon seperti beliau yang tahu batas pergaulan, bergambar seperti itu. Persoalannya, apakah batas yang beliau maksudkan? Setahu aku, perbuatan tersebut jelas melanggar batas susila orang timur & seorang Muslim khususnya.
“Cuma saya kesal kerana tidak menyangka gambar itu menjadi bualan ramai sedangkan tidak ada apa-apa pun,” katanya yang bersiap menjalani penggambaran sebuah telemovie untuk RTM.

Apa maksud beliau pula dengan "tidak ada apa-apa"? Perbuatan tersebut tidak ada apa-apa? Tidak salah? Biasa bagi artis?
Ya Allah, inilah yang aku risaukan dalam usaha aku mengendalikan BlueBiru Entertainment. Bimbang bakal2 artis dibawah BlueBiru Entertainment akan bersikap & berfikiran seperti ini. Bimbang, risau & takut.
Bukan lah menggambarkan aku seorang yang baik, cuma aku ingin amalkan apa yang aku belajar dulu. Korang fikir2kan lah ye..

Hidup Bersaudara

Alangkah indahnya hidup bersaudara,
susah senang bersama & tangis ketawa,
sayangnya amat susah menyatukan hati & budi,
hingga kadang2 terpaksa ditangis sendiri.
Alangkah indahnya hidup bersaudara,
gembira duka dikongsi sama rasa,
sayangnya amat susah,
hanya keluh kesah bila ada yang tiada.
Buat kalian yang mengerti & merasai,
indahnya hidup bersaudara,
jangan hanya membaca, berhubunglah
supaya kita takkan pernah berpisah.

Community ICON di Johor, Melaka & N9

BlueBiru Entertainment akan membuka penyertaan untuk
1. Fotografer2 amatur & profesional
2. Model2 baru & lama, lelaki & perempuan - umur 17-30
3. Bakat2 baru - Modeling, berlakon, menyanyi, pengacara
4. Designer - art & IT
di seluruh Johor, Melaka & Negeri Sembilan.
5. Penari - moden & tradisional

Pelbagai xtvt menarik untuk anda seperti bengkel2 foto, bengkel2 design, kelas2 grooming, perundingan imej, fotoshoot dan sebagainya. Nanti, jangan daftar dulu, sila beri respon dulu. Ada sebabnya..hehehe

Eksperimen 2

Ini sebenarnya kelemahan aku dalam fotografi. Aku cuba ambik gambar2 ni untuk pertajamkan skill aku. Pada pandangan aku, aku rasa gambarnya ok, tapi aku tak puas. kalau pro, mesti akan komen gambar2 ni. So, harap2 bojeng, kechik, chot & sapa2 je yang ada pandangan boleh komen gambar2 yang aku amek ni, pleaseeeeee....
Dua orang yang jadi subjek aku malam tu pose dengan gaya masing2, idea dorang tanpa idea aku. So credit untuk dorang & cam biasa, Shafri dah pandai bagi idea2 untuk shoot. Aku memang nak biasakan dia study & buat eksperimen sendiri tentang pose2 yang perlu & cari kelainan.
Untuk korang yang sudi, aku perlukan komen tentang imj gambar, teknik dan sebagainya yang boleh aku pelajari, bukan komen2 yang setakat nak kata "cantik, nice, kebur" dan sebagainya k. aApa pun, aku hargai komen korang.

Monday, February 23, 2009

Yang Tak Pernah Puas

Sebuah kedai unik bernama Kedai Suamiku yang menjual calon suami baru saja di buka di kota New York. Kononnya di negara maju yang tunggang-langgang ini, wanita boleh memilih dan membeli suami yang paling tepat untuknya. Di antara arahan yang ada di pintu masuk:
"ANDA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAJA SEUMUR HIDUP"

Kedai itu ada 6 lantai. Semakin tinggi lantainya, semakin tinggi pula harga lelaki yang berada di situ. Anda dapat memilih lelaki di lantai itu atau memilih lelaki di lantai berikutnya tetapi anda tidak boleh pilih lelaki di lantai sebelum itu.

Seorang wanita pergi ke Kedai Suamiku untuk memilih suami yang tepat untuknya. Setelah dia membayar caj masuk ke kedai tersebut dengan harga yang cukup mahal, dia mula masuk ke lantai pertama. Di lantai 1 terdapat tulisan:

LANTAI 1: "Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan." Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 2 terdapat tulisan:

LANTAI 2: "Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan dan suka anak kecil." Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 3 terdapat tulisan:

LANTAI 3: "Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil dan ambil berat." Wow.. fikir wanita tersebut, tapi dia masih tidak puas dan ingin untuk terus naik. Lalu sampailah wanita itu di lantai 4 dan terdapat tulisan:

LANTAI 4: "Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil, amat ambil berat dan suka membantu kerja rumah." "Biar betul..!" Wanita itu berkata, "Tak cayala…..!". Wanita itu tidak puas dan tetap meneruskan ke lantai 5 dan terdapat tulisan seperti ini:

LANTAI 5: "Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil, amat ambil berat, suka membantu kerja rumah dan memiliki sifat romantis." Dia tergoda untuk berhenti di lantai 5, tapi kemudian dia melangkah pula ke lantai 6 dan di lantai itu terdapat tulisan:

LANTAI 6: "Anda adalah pengunjung yang ke 4363012. Tidak ada lelaki dilantai ini. Lantai ini diwujudkan semata-mata untuk jadi bukti betapa ramai wanita yang tidak pernah puas seperti anda! Terima kasih telah datang di Kedai Suamiku. Hati-hati bila keluar dari kedai ini dan semoga hari ini adalah hari yang indah buat anda... so gurlz...renung2kan dan selamat beramal..

p/s : lelaki pun sama gak kan..? hehehe

Esok aku cerita

Esok baru aku tulis ceritanye ek..hehehe