Tuesday, February 10, 2009

Latest

10 Februari 2009 - Hari ni baru aku dapat updated blog ni. Aku harap, bermula hari ni dan seterusnya. 5 Februari aritu macam2 hal terjadi. Antaranya ialah perkara2 yang menggembirakan aku.

1. Laptop - aku terima laptop aku 5 Februari 2009. Nampaknya satu misi aku tercapai. Memang aku sangat2 memerlukan laptop ni dalam usaha aku menjadikan 2009 tahun mengumpul kekayaan. InsyaAllah, laptop ini akan jadi senjata yang membantu aku. Gambarnya? Lom sempat amek la kawan..hehehe..

2. PC & talian internet - tiba2 la pulak aku terima komputer untuk ofis aku. Yang aku rungutkan selama ni Alhamdulillah diberi perhatian sejak kedatangan Hakim Kanan yang baru. Ye la, macam mana la aku nak buat keje kalau komputer takde tapi dalam masa sama suruh aku buat laporan la, wat kertas keje la, wat surat la...huhuhu.. apa pun Alhamdulillah, insyaAllah lepas ni aku akan kembali giat menulis untuk blog aku ni.

3. Models - sekurang2nya aku dapat tambah 3 orang model baru dalam usaha aku nak menjadikan modeling sebagai satu cabang bisnes aku. Nanti aku akan perkenalkan kat korang. Dalam masa sama Shafri menunjukkan peningkatan yang mendadak. Pada pandangan aku la, aku puji peningkatan & kesungguhan yang dia tunjukkan. Kalau sempat aku akan masukkan gambar2 fotoshoot Shafri untuk ratapan korang.

4. Shafri dalam Mangga Star Search - 7 Februari 2009 Mangga Star Search diadakan bertempat di Plaza Angsana. Penyertaan terdiri dari pelbagai bidang antaranya nyanyian, lakonan, modeling & pengacaraan. Shafri belum berani nak tunjuk bakat berlakon secara terbuka jadi dia hanya pilih untuk modeling. Sayangnya, perasaan gugup timbul kerana kali pertama beliau beraksi di atas pentas terbuka. Apa pun, sebagaimana aku tekankan, penyertaan Shafri bukan untuk kemenangan sebaliknya hanya medan mencari pengalaman.

So, korang ratap la gambar2 yang sempat aku masukkan untuk n3 kali ni.
(Alamak, pendrive tertinggal la..emm..nanti la aku masukkan gambar ek..I'm sorry..)

2 comments:

desire said...

welcome back..wah jebat dah balik dari bertapa ni...

Djebat said...

Bro, balik betapa patutnya banyak ilmu yang nak dicurah..aku takut lama2 betapa jadi besi yang berkarat lak..hahahahaa

thanks atas kesetiaan ko..lalala