Friday, August 28, 2009

Apa Komen Anda

Bismillahhirrohmannirrohim

Maklumat ini terpaksa dikeluarkan sekali lagi. Bila aku buat n3 berkaitan iCon yang melibatkan perkara dasar, adalah amat besar harapan aku iConians membacanya & memberi maklumbalas. Untuk n3 yang sama sebelum ni, hanya Kasih sahaja yang respon dan tak ada sebarang bantahan atau pandangan, jadi adalah tidak adil ada pihak yang bercakap belakang, marah dan sebagainya.

Aku harap, iConians bagi respon untuk isu Yuran kali ini sebab walaupun telah diputuskan dalam mesyuarat Nadi, pandangan ahli masih akan tetap didengar. Jadi sila komen.

Telah juga diputuskan di dalam mesyuarat kedua Nadi iCon semalam, kutipan yuran diputuskan seperti berikut:


Seumur Hidup: RM100 (bayaran kali pertama)
Renew: RM50 (bayaran tahun kedua dan seterusnya)

Keputusan ini akan dimasukkan ke dalam draf perlembagaan dan kutipan HANYA akan dimulakan pada 1 Disember 2009. Sehingga tarikh tersebut TIADA sebarang yuran akan dikutip dari mana2 pihak kecuali bayaran penyertaan program dan aktiviti.

Jadi, bermula sekarang KUMPULlah wang anda. Jangan sampai masa bising2 kata yuran iCon mahal. Percayalah, bak kata Amy Search, "berbaloi baloi"..

Nota Kaki
Tolak bulan Ogos ni, ada lagi 4 bulan untuk iConians kumpul duit. Sebulan RM25 bagi setengah pihak mahal dan bagi setengah pihak yang lain tak ada masalah. Jadi sila komen & beri pandangan MEMBINA anda k.

2 comments:

Kasih Alyza said...

setakat nie alhamdullilah kami dh terangkan pd iConians2 di penang dan xada bantahan ttg kutipan... kerana iConians paham yg iCon msh xder dana, so dr kutipan2 yuran ni la dpt membantu iCon tuk bergerak lbh maju dan cepat lg..

tp setiap usaha dan cadangan xder bantahan pun x bole jg, sbb kita perlukan tu sumer demi kebaikan jangka masa yg panjang supaya blakang ari kita x dgr ckp2 blakang berkaitan kutipan yuran nie..

apapun relevan nya kutipan yuran nie mmg berbaloi kalo kita pikirkan secara positif... krn kutipan tu bkn nya tuk org2 kuat dlm iCon atau Nadi, tp tuk iConians2 yg mahu berjaya dlm misi mengejar impian mereka sndr...

tanpa kemahuan mana mungkin impian jd kenyataan... bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian krn pahit akan manis akhirnya...

pd iConias sumer, kalo ada pandangan atau bantahan sila la kemukakan ;)

Djebat said...

thanks kasih..
yg lain apa kata?