Thursday, September 3, 2009

Poll

Bismillahhirrohmannirrohim

Soalan Poll kali ni berbunyi:

Cadangan: iConians bwh 18thn bayar yuran rm50 sja, bila umur mereka mencecah 19thn, baru dia bayar RM100. Ini menjadikan setiap iConian membayar yuran seumur hidup.

Maksud cadangan yang dikemukakan ni, yuran tetap RM100 seumur hidup & RM50 setahun, cuma bagi mereka yang dibawah umur 18 tahun tidak perlu la membayar yuran seumur hidup dahulu. Bayaran RM100 untuk mereka ditangguhkan sehingga mereka berumur 19 tahun.

Selagi yang masuk iCon ni berumur 18, 17, 16, 15, 14, 13 dan kebawah, yuran untuk mereka hanyalah RM50 sahaja. Bila mereka masuk umur 19 tahun, pada tahun tersebut mereka kena la mula bayar yuran seumur hidup. Pilihan kedua, mereka mungkin menarik diri dari iCon. Emm..mungkin kot.

Tujuan cadangan ni dibuat ialah untuk memberi kelonggaran kepada mereka yang masih bersekolah, belajar & dalam tanggungan ibu bapa, bagi mereka RM100 agak membebankan walaupun mempunyai tempoh 4 bulan lagi untuk mengumpul.

Perlu diingat, ibarat berniaga, perlu kepada modal untuk menggerakkan perniagaan. Ibarat kereta, perlu diisi minyak untuk mula berjalan. Begitu la juga iCon. Ada yang komplen aktiviti kurang tapi bila mintak yuran semua merungut, apa cerita?

Sedar tak mereka ini bahawa telah hampir setahun iCon memberi secara percuma? Untuk fotoshoot yang biasanya dikenakan bayaran RM250 satu sesi pun iCon beri percuma. Sebab tu awal2 aku dah bagitau, masuk iCon ni jangan tanya apa aku dapat, tapi tanya apa aku nak bagi kat iCon.

Soalan "apa aku dapat bila join iCon" tu bukan soalan seorang ikon sebab dia sentiasa nak cari apa kelebihan join iCon. Hanya seorang yang menjadi ikon kepada orang lain akan bertanya "apa yang boleh aku sumbangkan kepada iCon".

Tahu tak yuran yang dikutip tu untuk apa? Nadi merancang untuk menginsurans kan semua iConians memandangkan banyak aktiviti yang kita buat tu melibatkan aktiviti outdoor. Selain dari itu banyak lagi perancangan yang akan memberi manfaat kepada iConians contohnya kelas2 & bengkel2. Kalau orang lain masuk kelas tu kne bayar rm200, iCon ada potongan 50%. Jadi rugi ke join iCon?

Tau tak kenapa selama ni iCon x kenakan yuran? Antara sebabnya, iCon nak korang masuk dulu, join aktiviti iCon, kalau rasa berbaloi, teruskan, kalau tak, aku tak menghalau. Tapi jangan menoleh kebelakang bila korang dah melangkah keluar sebab iCon bukan untuk orang yang camtu..hehehe

6 comments:

adamLUBA said...

Pendapat saya yang ikhlas...

Sokong dengan poll nih! Rasanya benda tu tak membebankan mereka2 yang masih bersekolah. Kita terpaksa kenakan yuran juga...bg saya yuran ini adalah untuk:

1. Serius - Perasan tak, kalau tak di kenakan yuran, budak-budak hanya nak main-main dalam iCon. Yuran ini adalah sebagai satu tanda yang kita serius dengan apa yang kita buat. Sebab? Kalau korang dah bayar, korang still nak main-main ker?

2. Modal - Kita minta tak banyak, sikit ja, sekurang-kurangnya, benda ni boleh menampung sedikit modal untuk di keluarkan, bukan untuk orang lain, untuk ahli-ahli juga.


p/s: Mungkin ramai masih tak jelas apa tujuan komuniti seperti iCon nih! Mungkin diowang tak tahu betapa seriusnya para-para M.T iCon & Nadi iCon hendak menolong remaja zaman ini. So, kepada ahli-ahli iCon, kalau ada tak faham, atau kurang pasti akan sesuatu hal, tanya! biarpun benda tu sekecil kuman...insyaallah, para M.T iCon dan Nadi akan menjelaskan kepada anda.

erkk..maaf!! tetiba cam sangat semangat! hehehehe

A.L

Lasykar Langit dan Bumi said...

macam ner kalu umur 21 tp muka masih cam bdak form 3?? ada xcuse x??
heheh gurau jer.....
saya stuju klu bdak2 kolej pun payah nk ada duit apatah lagi bebudak sekolah... so carry on........

Djebat said...

Alhamdulillah, thank Adam & Laskar..
Demi memastikan iCon dianggotai HANYA mereka yang serius sahaja, perkara ni akan dipertimbangkan. Walau bagaimana pun, suara iConians tetap akan diambil kira.

Kasih Alyza said...

Adam, bgs ko telah menyuarakan isi hati akak hehehe...

btl tu bila dh bayar xkan kita msh nk main2 lg... harus la berkerja keras serta berusaha bersungguh2...

MT2 & Nadi dan bertungkus lumus membuka ruang, peluang dan jalan pada iConians, xkan iConians2 msh nk main2 dan ingat iCon nie juga 1 perkara main2...

walau ada yg pernah kata iCon ni sekadar jumpa2 dan ambik2 gambar tp tau x dr situ la byk benda yg kita buat, kita belajar... dr situ la mcm2 ilmu yg kita kutip.. bkn sekadar angan2 kosong tp insya Allah pasti berjaya iCon ni dimasa akan dtg... Amin...

Herry Qusyairy said...

Salam... Korang perasan tak? Korang g fotoshoot... tengahari buta... berpeluh sana sini.. sampai basah baju nak berganti... Pastu, minum and makan sendiri2...

Erm.. aku perasan benda ni since SKiP 1 lagi... aku tak sanggup tgk budak2 aku kehausan lagi...

Kalau da ada modal macam ni... at least masa aktiviti apa2 pun.. iCon da boleh sediakan air.. makan sendiri2 laa..

Satu lagi, cuba korang pk.. maser korang balik dari fotoshoot ke, nak pegi fotoshoot ke, nak pg dating ke, g pasar malam ke... atau di mana saja dalam dunia ni korang berada, tiba2 korang ditimpa KECELAKAAN... tak pernah sapa2 minta kan? tapi tetap tak boleh kita duga berlaku.. Bayangkan berapa banyak kos belanja perubatan yang korang kena tanggung.. pastu menyusahkan mak bapak lagi... Ini salah satu kelebihan dalam iCon.. Dengan yuran tersebut.. korang dilindungi... InsyaAllah.. kalau ada apa2 benda tak diingini berlaku... Insurans sbagai ahli iCon mgkin akan dapat mengurangkan beban korang...


Pikir la lagi... nak buat banner/banting/promosi... mana nak korek duit? K, cadangan colect sket2 dari sapa2 yang ada... Ermm.. sampai bila? N belum tentu semua ada duit... dan Adil ke pada smua? Kalau ada modal, dengan duit yuran la kita akan buat benda2 ni jugak..

Pikirkan lah... Nak inform pada semua pasai aktiviti iCon... satu sms maxis-maxis(RM0.05)Maxis-celcom(RM 0.15) Maxis-DIGI(RM0.15) lain2 rangkaian (RM0.15) bayangkan kalau 200 icon untuk di sms kan berkaitan maklumat aktiviti... berapa agaknya kos dia? Belum lagi ada yang jenis tak paham dok tanya benda yg da ada dalam maklumat tu lagi... kita masih belum ader sistem untuk emel kan je pada smua no wahai adik2 skalian...

Nak meeting, kena la ada kos sket... ini meeting kena kuar duit sendiri.. skarang bleh byarkan dulu... tapi sampai bila... meeting penting untuk planning iCon... kalau tak, tak sampai macam ni pergerakan kita... sebulan sekali je..


Begitu jugak untuk iCon negeri lain.. Ingat, yuran yang dibayar bukan hanya untuk diagihkan dalam peruntukan kita sahaja (JB)... Semua yang aku sebut di atas akan turut sama dirasa oleh iCon2 negeri lain...

Kalau kirakan, RM 50 tak cukup untuk tampung semua kos dalam setahun... kitorng NADI/MT pun kena kuar duit sendiri kadang2... Jadi, dengan yuran korang dapat la iCon meringankan beban smua pihak...

Djebat said...

Segala yang kita nak capai perlukan pengorbanan. Aku hargai pengorbanan mereka yang sanggup berkorban untuk iCon.

Hari ni kita bersusah payah menebang, menebas, membakar untuk membuka tanah. Menyangkul, menanam, membaja & menjaga tanama kita.

InsyaAllah 1 hari nanti, mereka yang berkorban ini juga akan sama2 duduk menikmati kemanisan buah pengorbanan kita.

Jadi, siapa yang sanggup bersusah payah untuk iCon, tunggu je la saat kesenangan. Sapa yang berangan merasai kemanisan tu, sedialah menyinsing lengan bersusah payah dengan iCon.

Siapa yang nak duduk & tengok saja, silakan..