Bismillahhirrohmannirrohim
Seingat aku, sebelum puasa aku dah war2kan penubuhan iCon Melaka & iCon Negeri 9. Seingat aku, masa tu aku dah maklumkan kepada mereka2 yang berkenaan, dah masukkan dalam blog & myspace, dah sms setiap orang yang bakal terlibat. Seingat aku juga, 2 minggu sebelum tarikh 18 Oktober aku dah bagi tumpuan dan komitmen sepenuhnya bagi memastikan penubuhan iCon Melaka berjalan lancar. Setiap Nadi, setiap iConians Johor & setiap iConians Melaka aku dah sms. Lebih menunjukkan kegilaan aku tentang penubuhan iCon Melaka, hampir setiap hari aku sms iConians Melaka walaupun hanya seorang dua saja yang memberi respon.
Sampai pada hari yang dinantikan, aku jadi kusut, kalut & serabut bila kereta takde. Pagi2 aku dah mesej Ali supaya kendalikan pertemuan dengan iConians Melaka di Dataran Pahlawan kerana hampir pasti aku tak akan dapat menyertai perjumpaan tersebut. Aku dah cuba & usaha. Ali akan datang dari Masjid Tanah, Fila akan datang dari Shah Alam, yang lain2 confirm tak dapat datang kerana urusan masing2. Jadi tidak ada sebuah pun kereta untuk kami ke Melaka.
Tiba2 Afiq memberi sedikit harapan. Dia nak temankan aku ke Melaka naik bas! Jadi aku sms Airil untuk terus gerak ke Larkin. Bas ke Melaka jam 9 pagi. 8.20 pagi kami keluar dari rumah. Sampai di Plaza Larkin, kami tinggalkan kancil buruk aku dan terus bergegas ke Larkin Sental. 10 minit lagi bas akan bertolak. Tanpa sempat bersarapan, kami cuma beli & bungkus untuk dimakan dalam bas. Alhamdulillah, akhirnya aku ke Melaka juga.
Rupa2nya cabaran & ujian tak berhenti di situ. Dua tiga kali juga aku sms pada iConians Melaka memberikan perkembangan tentang perjalanan aku pagi tu. Sedih juga bila takde sorang pun yang membalas tapi aku sms juga supaya mereka tak susah nanti. Kecewa juga bila bas tu bergerak macam siput. Lambat gile. Pukul 12 baru la kami sampai ke Melaka Sentral & aku maklumkan pada iConians Melaka yang aku baru sampai. Ketika itu la aku dapat maklumat beberapa orang yang dah tunggu dari awal terpaksa balik.
Lebih kurang setengah jam di Melaka Sentral, lepas Kay & Ali datang dengan 2 buah kereta, kami bergegas ke Dataran Pahlawan. Malang lagi rupanya, jalan jem teruk. Jam dah pukul 12.45. Kalau aku teruskan perjalanan ke Dataran Pahlawan, belum tentu pukul 1 aku sampai. Kalau aku sampai kata la pukul 1.30, tapi tak seorang pun ada, sempat ke aku nak berkejar ke MITC dan berada kat situ pukul 2 nanti?
Mengambil kira tu semua, aku putuskan kami terus ke MITC. Sekali lagi aku sms iConians Melaka maklumkan supaya mereka terus ke MITC. Cuma Asyraf yang balas sedangkan yang lain2 masih membisu. Pukul 1.30 sampai ke MITC & kami singgah ke Restoran Subaidah untuk mengalas perut. Rehan, pengerusi penaja iCon Melaka datang sekejap sebab kebetulan dia ada talk kat MITC tu.
Sehingga jam 3 petang, itu la sorang yang datang pada perjumpaan penubuhan iCon Melaka. Put yourself in my shoes. Bermula dengan kesungguhan & semangat yang bernyala2, aku usahakan sejak 2 bulan dulu, sms hari2 kepada berpuluh2 orang, akhirnya semangat aku runtuh & luntur, dengan harapan yang hancur berkecai. Tapi aku tak boleh macam tu. Aku cuba sedaya upaya untuk positifkan fikiran aku tu. Sebelum setan datang mengganggu, baik aku fikirkan segalanya yang baik2.
Aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada Ali, Afiq, Airil, Daniel & Fila dari iCon JB, Kay & Ain dari Kay Community & akhir sekali Rehan yang sudi juga singgah sekejap. Aku dah pesan pada Rehan, lepas ni call iConians Melaka, aturkan 1 perjumpaan & buat perlantikan untuk MT iCon Melaka. Aku akan terus berdoa iCon akan berdiri di Melaka sebagai salah satu persatuan yang megah sebaris dengan iCon negeri lain.
Aku mencatatkan semua ni untuk menjadi rujukan kepada korang pada masa akan datang, aku serius dengan iCon. Untuk menjadikan iCon Community sebuah ikon bukanlah kerja senang. Menubuh dan menggerakkan iCon bukan hanya ada cerita yang enak2 je. Jadi aku harap, korang hargailah iCon & jiwailah ia. Misi seterusnya, iCon Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment