Bismillahhirrohmannirrohim
Boss aku bercuti lepas ayah dia meninggal. Ini membawa maksud, aku kena cover tugas2 harian dia sementara. Secara tak langsung kerja aku bertambah 2 kali ganda. Dengan kesibukan kerja harian yang telah bertambah 2 kali ganda, persiapan iCon Celebration & masalah2 kecil lain, aku dah macam pompuan datang bulan.
Angin sana, angin sini, marah sana, marah sini. Korang bayangkan, beban kerja aku tak payah la aku cerita. Tentang persiapan iCon Celebration aku agak lega sebab iConians N9 agak pro aktif. Macam2 dorang dah buat, beli kek, survey tempat, beli hadiah dan sebagainya. Thanks korang.. Walau pun camtu, aku tetap kena pantau gak kan.
Pastu yang bestnya, Sya bagitau aku ada orang nak sponsor sate, Zamri lak kata ada sponsor aiskrim & mercun, Rool nak sponsor kek sambutan ulangtahun pertama iCon. Tapi dalam masa yang sama ada gak berita tak best. Semua silap aku. Aku lambat hubungi Karangkraf. Maka tak dapat la sponsor majalah free untuk setiap orang yang datang. Kawan2 artis yang nak join pun dapat tawaran show last minit so dorang pun terpaksa cancel.
Yang aku kusut sikit soal ven dari JB nak ke PD ni. Asalnya plan nak sewa bas. Ramai iConians yang dah bagi komitmen nak join, sebab tu la aku berani nak amek bas. Tiba2 last minit ramai yang tarik diri sebab ada sedara kawen la, ada kenduri la, ada hal itu la, ini la.. Akhirnya aku terpaksa batalkan bas & amek ven jek.
Dengan beban ni semua, aku kena tenangkan diri. Jadi bila aku nak tenangkan diri & fikir penyelesaian masalah2 yang ada ni, otak aku jadi tumpul untuk menulis. Maaf sangat2 sebab tak banyak n3 lately & aku harap korang faham ye. Kepada korang yang datang ke iCon Celebration @ PD 26 Disember ni, aku ucapkan selamat datang. Jangan lupa iConcept, Mandi Laut Merah Biru.
Kita jumpa la kat PD nanti k. Salam..
No comments:
Post a Comment