Friday, May 17, 2013

Rugi

Bismillahhirrohmanirrohim

Serius barulah aku rasa rugi tinggalkan blog ni dulu. Sebenarnya ini cubaan kedua untuk aku mulakan semula. Dulu aku stop sebab tak nak blog peribadi aku jadi sumber rujukan untuk iConians & pindahkan perhatian dorang kepada facebook.

Kemudian bila dah lama stop, nak mula balik tu ya Allah punya la janggal, lupa semua skill. Ada la post 1-2 tulisan tp lepas tu stop semula. Itu ketika iCon bergolak, aku kecewa & terus stop. Kenapa aku rasa rugi? Terlalu banyak peristiwa yang aku lalui tak dapat aku catatkan.

Segala yang berlaku dalam iCon, bagaimana iCon dikhianati, bagaimana iCon mendapat perhatian ahli-ahli politik & syarikat korporat, penglibatan iCon dengan Boys Of Straits penyokong tegar atau lebih dikenali sebagai Ultras, penglibatan iCon dengan kerja-kerja amal yang menjadi inspirasi aku sejak dulu sampai la politik mutakhir ni, terlalu banyak.

Yang sempat cuma tweet tapi korang pun tau kan twitter ni kedekut. Sikit sangat yang dapat kita tulis. Sekarang aku rasa puas, aku boleh taip sebanyak mana aku nak. Aku boleh luahkan apa yang aku rasa, apa yang berlaku & sebagainya.

Semoga kali ni Allah bagi kekuatan untuk aku terus menulis semula.  Bagi aku masa untuk meng"adjust" semula apa yang patut dalam blog ni k..

p/s: korang boleh juga follow twitter aku  

Bermula Semula

Bismillahhirrohmanirrohim

Kalau hari ni 17 Mei 2013 aku kembali semula berblogging, ini lah orangnya yang jadi punca. Haha thanx Syed Syamim.
Pagi ni Ed tweet sebahagian dari lirik lagu Abang by Imran Ajmain & lirik tu terus melekat kat kepala aku. Maka bermula la chat aku, Ed & Imran.
  1. Aku bkn idola dan ku xpernah terima anugerah , pengorbanan ku ikhlas dan ku xminta sekali pun dibalas .
  2. terima kenal lagu saya :) tak ramai tahu lagu "Abang"
  3. : terima kenal lagu saya :) tak ramai tahu lagu "Abang"” its a nice song abg imran

    Perbualan tu mengingatkan aku pada tulisan aku pada 20 Oktober 2008 sini & sebab tu aku terus rasa nak menulis semula.

    Siapa Syed Syamim? Bohong la kalau tak kenal. Ini video pertama aku tengok, Syed Syamim & Tashamanshahar. Kalau ada kesempatan nanti aku tulis tentang dorang.
Aku rasa cukup dulu sebagai permulaan. Setahun lebih tinggalkan blog, memang agak slow nak mulakan semula. Sebab tu, kalau korang buat sesuatu, jangan tinggalkan lama2, nanti nak buat semula macam liat. Sama macam baca Quran, biar pun sikit, buat selalu. Jangan tinggalkan terus.

Serius, kalau aku bermula semula, jutaan terima kasih kepada Ed.