Thursday, April 29, 2010

Hello Model2 Johor

Billahhirrohmannirrohim

Dengan berbesar hati aku mempelawa semua model2 Johor untuk turut serta memeriahkan Perhimpunan iCon Johor. Ini adalah kerana, banyak peluang yang korang akan dapat dalam mengembangkan kerjaya korang dan terdapat beberapa permintaan untuk menggunakan khidmat korang.

Ingatan: iCon bukan sebuah agensi model. iCon adalah platform untuk model dari mana2 agensi berkumpul dan berkongsi peluang, mengembangkan dan mengasah bakat masing2 dan berorganisasi.

Oleh itu, korang semua dijemput bersama2 iCon pada 2 Mei nanti. Ada job sedang menanti. Selain itu, satu projek dirangka untuk korang mendapat pendapatan melalui promosi berterusan di dalam web. Pada masa sama, korang akan dipromosikan keseluruh dunia. Nak peluang ni? Rebutlah pada 2 Mei nanti.

p/s: Ada tak mana2 pihak tawarkan kepada korang untuk membuat profile pada harga HANYA RM150 seorang? iCon menawarkannya.

Perhimpunan iConians Johor
Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Auditorium Tasik Merdeka, (Payung Besar)
Masa: 3.30 Petang
iConcept: Merah, Hitam, Putih
(Kalau ada baju iCon, pakai baju iCon)

Bike Gathering

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku sampaikan mesej dari Jeff:

Mohd Jeffri Jamil April 28 at 6:18pm Reply
Salam Kepada Semua..pada 16/05/2010 ada bike ghatering kat tapak menara hasil ntry rm 20 dapat sijil + Tshirt....autoshow / best bike tambah lagi rm 10.... tarikh tutp pernyertaan pada 10/05/2010..jika anda berminat sila msg atau hubungi saya di talian 012 - 7952336 jeff@jepp jojo...anda juga boleh menghubungi zul di talian 012 - 7999686 & shafiq di talian 012 - 7477400..penyertaan terhad pada 100 biji sahaja..jadi jgn ketinggalan...terbuka kepada semua motor...


So iConians yang berminat, sila2kan ye. Pada tarikh tersebut juga iCon akan menguasai pentas & satu booth tersedia. Ajak kawan2 kunjungi booth iCon k.

Perhimpunan iConians Johor
Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Auditorium Tasik Merdeka, (Payung Besar)
Masa: 3.30 Petang
iConcept: Merah, Hitam, Putih
(Kalau ada baju iCon, pakai baju iCon)

Wednesday, April 28, 2010

Karnival Proton

BismillahhirrohmannirrohimAlhamdulillah, aku nampak sekarang ni tak putus2 aktiviti iCon. Ada je tiap2 minggu dan dah ramai yang mula kembali memeriahkan aktiviti2 tersebut. Kitorang selalu berkumpul kat Cafe Laris. Perjumpaan terbaru hari tu kira mencatat rekod la bila 5 buah meja terpaksa disambungkan.

Ini semangat yang lama hilang dalam iCon. Kini semangat tu dah kembali sikit demi sikit. Yang datang bukan je dari JB tapi dari Pontian, dari Kota & Pasir Gudang. Padahal bukan la aktiviti rasmi iCon, just mesyuarat untuk projek Fitness Day kat M Suites Hotel 15 Mei nanti.

Karnival Proton

Eh, panjangnya muqaddimah. Aku nak cerita pasal semalam ni. Berita baik untuk iCon. Dalam projek Karnival Proton yang dianjurkan oleh Proton Malaysia, iCon dapat peluang untuk mengendalikan pentas sepanjang karnival. Ini bermakna, iCon berpeluang untuk mengetengahkan bakat2 baru dalam iCon samada model, penyanyi, band dan sebagainya. Yang kedua peluang untuk menyebut nama iCon sebanyak2nya kepada pengunjung sepanjang 4 hari program berlangsung.

Satu lagi peluang yang iCon dapat ialah mempromosikan iCon di Karnival tersebut. Dengan keluasan booth 20x20, pelbagai aktiviti telah dirancang semalam. Korang iConians kena la turun beramai2 menyokong usaha memperkenalkan iCon ni. Nak harap sapa lagi, ye tak?

Yang paling best, pada hari Sabtu dimaklumkan keberangkatan YM Tengku Mahkota Johor merasmikan program ini. Sudah pasti la Tengku Makhota akan melawat ke booth2 & ini bermakna baginda akan melawat booth iCon juga. Ambil la kesempatan tersebut. Kita ada model, kita ada bakat2 baru, kita ada fotografer. Siapa tau salah sorang dari fotografer kita boleh jadi fotografer rasmi Istana?

Di atas pentas, kita akan adakan pertunjukan fesyen, persembahan group busking, penyanyi iCon, perncarian bakat kanak2 dan sebagainya. Di booth iCon pula, kita akan membuka pendaftaran keahlian, promosi mengambil & membuat gambar poster, aktiviti interaktif, jualan barangan iCon dan sebagainya.

Jadi iCon perlukan korang untuk turut serta memeriahkan booth iCon & pentas karnival tu. Ajak kawan ramai2 k. Kang masuk TV spa yang galmour? hehehe

p/s: Penghargaan kepada saudara Jef yang mencari dan mendapat peluang sebesar ni. Ini la yang aku harapkan dari iConians semua.

Perhimpunan iConians Johor
Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Auditorium Tasik Merdeka, (Payung Besar)
Masa: 3.30 Petang
iConcept: Merah, Hitam, Putih (Kalau ada baju iCon, pakai baju iCon)

Busking Terbuka

Bismillahhirrohmannirrohim

Ezam maklumkan pada aku sambutan percubaan busking minggu lepas sangat memuaskan. Jadi minggu ni, pada 1 Mei akan diadakan sekali lagi busking terbuka seperti maklumat di atas tu. Beberapa group dah menyatakan persetujuan untuk turut serta dalam busking tu nanti.

Sebagai satu cabang dalam iCon, iCon akan sentiasa menyokong usaha baik ni sebagai ruang dan peluang pemuzik2 Johor menunjukkan bakat masing2.

iConians yang ada kesempatan jom la kita turun ramai2 untuk bukak mata masyarakat yang kita buat aktiviti berfaedah dalam usaha mengangkat martabat industri muzik yang semakin rancak ni. Ajak kawan2 korang k.

Perhimpunan iConians Johor
Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Auditorium Tasik Merdeka, (Payung Besar)
Masa: 3.30 Petang
iConcept: Merah, Hitam, Putih (Kalau ada baju iCon, pakai baju iCon)

Monday, April 26, 2010

Perhimpunan iConias Johor

Perhimpunan iConians Johor
Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Auditorium Tasik Merdeka,
(Payung Besar Tepi Tasik)
Masa: 3.30 Petang
iConcept: Merah, Hitam, Putih
(Kalau ada baju iCon, pakai baju iCon)
Agenda: Rombakan & Penstrukturan
p/s: gambar tu la tempat kita akan berhimpun..

Tulis Nama Dibulan

Bismillahhirrohmannirrohim Bulan pada 25 April 2010
11:54:02 malam
Subhanallah..Segala pujia2an hanya kepadaNya. Aku dapat inspirasi nak shoot gambar bulan ni malam tadi masa lepak2 dengan iConians di Restoran Laris. Sebelum ni pas aku cuba tapi tak dapat2 gak nak shoot gambar camni. Tapi rupa2nya dengan teknik yang betul, Alhamdulillah, puas hati aku bila berjaya jugak merakam gambar bulan.

Memang aku belum puas hati selagi tak dapat rupa bulan yang betul2 sharp tapi sebagai percubaan, setakan ni syukur lah..aku suka..Untuk lagi puas hati, aku berjaya tulis nama atas bulan tu..hahaha
Perhimpunan iConians Johor
Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Auditorium Tasik Merdeka, (berhampiran JB Catering)
Masa: 3.30 Petang
iConcept: Merah, Hitam, Putih (Kalau ada baju iCon, pakai baju iCon) Agenda: Rombakan & Penstrukturan

Friday, April 23, 2010

Selamat Hari Jumaat

Bismillahhirrohmannirrohim "Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang2 yang khusyu'.."
~ Al Baqarah: 45


Kita diciptakan sebagai pelupa. Kita selalu lupa, aku jugak selalu lupa. Oleh itu Allah bagitau dalam suratul Asr:

"Demi masa sesungguhnya manusia itu benar2 berada dalam kerugian, kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka yang berpesan2 kepada kebenaran, dan berpesan2 kepada kesabaran"

Sebab kita selalu lupa, maka kita rugi. Tapi Allah bagitau, manusia semua rugi KECUALI orang yang ingat mengingatkan satu sama lain. Oleh itu, aku ingatkan korang, korang juga kena ingatkan aku. Kita berpesan2 supaya kita tak rugi. Boleh?

Perhimpunan iConians Johor
Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Auditorium Tasik Merdeka, (berhampiran JB Catering)
Masa: 3.30 Petang
iConcept: Merah, Hitam, Putih (Kalau ada baju iCon, pakai baju iCon)
Agenda: Rombakan & Penstrukturan

Thursday, April 22, 2010

Diperlukan Segera

Bismillahhirrohmannirrohim

Kalau korang free & ada kelapangan, iCon menawarkan kepada korang SEKARANG & SEGERA, untuk projek2 iCon akan datang:

1. Promoter Booth
Projek: Fitnes Day anjuran Grace Fitness
Tarikh: 15 Mei 2010
Masa: 9 pagi - 5 petang

2. Ahli Jawatankuasa
Projek: iCon Futsal Challange 2010 anjuran iCon Sports
Tarikh: 30 Mei 2010
Masa: 8 pagi - 6 petang

Banyak lagi projek yang iCon akan terlibat seperti:

1. Jom Ke Felda anjuran Persatuan usahawan Generasi Felda Malaysia
2. Team Marketing iCon
3. Aktiviti Lensa iCon
4. Street Soccer anjuran iCon Sports
5. Pencarian DJ anjuran iCon Event

dan macam2 lagi la. Kalau korang follow, korang kan tau apa projek2 yang telah dirancang, termasuklah bazar ramadhan. So, korang nak, bagitau aku direct.

Rombakan & Penstrukturan Semula iCon Johor

Bismillahhirrohmannirrohim

PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Siapa yang punya anak..eh..jap..jap..
Ni perkara penting ni.. Mintak perhatian kepada semua..SEMUA yang berikut:

NADI
Pengarah2
iConians
seluruh negeri Johor.

Satu rombakan besar2an dan juga penstrukturan semula iCon akan dibuat sesuai dengan pencapaian iCon sepanjang 3 bulan pertama 2010. Mereka yang komited dan bersungguh2 untuk memajukan iCon akan terus bersama2 iCon dan mereka yang tiada komitmen dan tidak lagi berminat dengan segala program dan perancangan iCon boleh membuat pilihan sendiri.

Sebagaimana yang korang tau, tiada paksaan dalam iCon. Mereka yang pandai mengambil peluang dan memanfaatkan iCon akan mendapat segala manfaat dan kemudahannya dan mereka yang menunggu apa yang mereka dapat dari iCon akan terus menunggu.

iCon bergerak perlahan selama ini kerana memberi peluang kepada iConians untuk mengikut rentak dan melihat peluang yang terdapat dalam iCon. Sayangnya, hanya sebilangan dari mereka yang betul2 faham dan mengikuti segala perancangan iCon sedangkan yang tidak faham mula menabur fitnah kepada iCon.

Aku dah sedia dengan semua ni dan sekarang, memasuki bulan Mei, iCon perlu wajah baru, nafas baru, tenaga baru & NADI baru. iCon sebagai persatuan akan berjalan seiring dengan iConixer Resources dimana iConixer menjana income manakala iConians di dalam iCon menggunakan dana untuk menggerakkan segala aktiviti yang dirancang.

Setelah hampir setahun setengah masa diberi, iCon takkan menoleh kebelakang lagi. Siapa yang agak2 tertinggal, sila tingkatkan kelajuan anda untuk mengejar. Kalau tak, korang akna terus tertinggal. (Sori la, aku tak dapat nak melayan kerenah mereka yang terhegeh2 sebab sekarang bukan lagi masanya untuk aku menghambakan diri untuk mereka yang tak reti menghargai peluang yang diberikan)

Untuk itu, satu perhimpunan untuk semua iConians Johor akan diadakan seperti maklumat berikut:

Perhimpunan iConians Johor
Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Auditorium Tasik Merdeka, (berhampiran JB Catering)
Masa: 3.30 Petang
iConcept: Merah, Hitam, Putih (Kalau ada baju iCon, pakai baju iCon)
Agenda: Rombakan & Penstrukturan Semula

Kalau korang keje, ada masa yang cukup untuk korang mohon cuti. kalau korang belajar jauh, ada kesempatan untuk korang balik. Kalau korang rasa macam nak demam, sila sediakan ubat2an yang mencukupi. Kalau ada kenduri kawen, korang dah boleh plan pegi awal @ bagitau siap2 korang tak dapat datang. Kalau takut kereta atau motor rosak, sila cek awal2. Maksudnya, tiada alasan yang boleh diterima untuk korang tidak hadir melainkan kemalangan atau meninggal dunia.

Siapa yang hadir, itulah yang dianggap terus komited untuk bersama2 dengan iCon. Ingat, sekarang bukan lagi masa nak bermanja2. Dah setahun setengah iCon bergerak, aku harap buanglah mentaliti percuma, malas, ikut2an dan sebagainya yang negatif. Tanpa satu sen duit kat tangan pun kita telah bergerak menganjurkan pelbagai program, jadi bagaimana kalau kita ada duit? Aku rasa lagi ligat & makin besar iCon berkembang.

Ambik perhatian k.

Wednesday, April 21, 2010

Memperkenalkan

Bismillahhirrohmannirrohim

Orang kata pemimpin datang pemimpin pergi, iCon tetap terus berjalan & terus berkembang sebab yang tinggal adalah mereka yang benar2 komited, benar2 faham hala tuju & matlamat akhir iCon. Mungkin juga komitmen kepada kerja, keluarga dan sebagainya menjadikan beberapa orang yang memimpin iCon sebelum ini menyepikan diri dan tidak lagi memberi komitmen.

Walau pun begitu, iCon melangkah semakin jauh. Terbaru, dua orang kuat yang berpengalaman dalam bidang masing2 menawarkan diri untuk berjuang bersama iCon. Bidang mereka pula merupakan bidang yang menjadi kekuatan sesuatu syarikat atau pertubuhan iaitu marketing & event. Berikut adalah dua orang yang dimaksudkan.
Jefri Jamil, PA kepada Along Cham (Raja Lawak), seorang penyanyi dan seorang pelakon telah dengan ikhlas menawarkan khidmatnya untuk bersama2 iCon menjalankan beberapa projek yang telah dirancang. Kerana mempunyai pengalaman luas dalam bidangnya, Jef banyak membantu & meringankan beban aku mengemudi iCon.
Fami, pengurus acara yang berpengalaman luas menganjurkan pelbagai acara seperti konsert, futsal dan sebagainya. Aku kenal Fami sejak di KL ketika sama2 bekerja di Cheras. Selain mempunyai matlamat memantapkan sumber dana iCon, Fami juga berperanan melatih iConians yang berminat dalam bidang event & marketing.
Satu je harapan aku. Peranan yang dorang mainkan ni, aku nak bawak bincang dengan semua NADI & Pengarah pada malam yang aku nak buat miting tu. Malam tu, yang hadir cuma aku, setiausaha & 4 orang pengarah sahaja. Jadi, tak salah aku buat keputusan ni dan jangan siapa2 pun pertikai. Kalau korang datang, ye, korang boleh pertikai k.
Ok iConians, ambik la manfaat dengan kehadiran dua orang kuat ni. Kalau korang ambik peluang, hasilnya pegi kat korang jugak k.