Thursday, April 22, 2010

Rombakan & Penstrukturan Semula iCon Johor

Bismillahhirrohmannirrohim

PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Siapa yang punya anak..eh..jap..jap..
Ni perkara penting ni.. Mintak perhatian kepada semua..SEMUA yang berikut:

NADI
Pengarah2
iConians
seluruh negeri Johor.

Satu rombakan besar2an dan juga penstrukturan semula iCon akan dibuat sesuai dengan pencapaian iCon sepanjang 3 bulan pertama 2010. Mereka yang komited dan bersungguh2 untuk memajukan iCon akan terus bersama2 iCon dan mereka yang tiada komitmen dan tidak lagi berminat dengan segala program dan perancangan iCon boleh membuat pilihan sendiri.

Sebagaimana yang korang tau, tiada paksaan dalam iCon. Mereka yang pandai mengambil peluang dan memanfaatkan iCon akan mendapat segala manfaat dan kemudahannya dan mereka yang menunggu apa yang mereka dapat dari iCon akan terus menunggu.

iCon bergerak perlahan selama ini kerana memberi peluang kepada iConians untuk mengikut rentak dan melihat peluang yang terdapat dalam iCon. Sayangnya, hanya sebilangan dari mereka yang betul2 faham dan mengikuti segala perancangan iCon sedangkan yang tidak faham mula menabur fitnah kepada iCon.

Aku dah sedia dengan semua ni dan sekarang, memasuki bulan Mei, iCon perlu wajah baru, nafas baru, tenaga baru & NADI baru. iCon sebagai persatuan akan berjalan seiring dengan iConixer Resources dimana iConixer menjana income manakala iConians di dalam iCon menggunakan dana untuk menggerakkan segala aktiviti yang dirancang.

Setelah hampir setahun setengah masa diberi, iCon takkan menoleh kebelakang lagi. Siapa yang agak2 tertinggal, sila tingkatkan kelajuan anda untuk mengejar. Kalau tak, korang akna terus tertinggal. (Sori la, aku tak dapat nak melayan kerenah mereka yang terhegeh2 sebab sekarang bukan lagi masanya untuk aku menghambakan diri untuk mereka yang tak reti menghargai peluang yang diberikan)

Untuk itu, satu perhimpunan untuk semua iConians Johor akan diadakan seperti maklumat berikut:

Perhimpunan iConians Johor
Tarikh: 2 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Auditorium Tasik Merdeka, (berhampiran JB Catering)
Masa: 3.30 Petang
iConcept: Merah, Hitam, Putih (Kalau ada baju iCon, pakai baju iCon)
Agenda: Rombakan & Penstrukturan Semula

Kalau korang keje, ada masa yang cukup untuk korang mohon cuti. kalau korang belajar jauh, ada kesempatan untuk korang balik. Kalau korang rasa macam nak demam, sila sediakan ubat2an yang mencukupi. Kalau ada kenduri kawen, korang dah boleh plan pegi awal @ bagitau siap2 korang tak dapat datang. Kalau takut kereta atau motor rosak, sila cek awal2. Maksudnya, tiada alasan yang boleh diterima untuk korang tidak hadir melainkan kemalangan atau meninggal dunia.

Siapa yang hadir, itulah yang dianggap terus komited untuk bersama2 dengan iCon. Ingat, sekarang bukan lagi masa nak bermanja2. Dah setahun setengah iCon bergerak, aku harap buanglah mentaliti percuma, malas, ikut2an dan sebagainya yang negatif. Tanpa satu sen duit kat tangan pun kita telah bergerak menganjurkan pelbagai program, jadi bagaimana kalau kita ada duit? Aku rasa lagi ligat & makin besar iCon berkembang.

Ambik perhatian k.

2 comments:

Suhaimi said...

power! aik.. mcm kenal jek tempat perjumpaan tu.. tanak suruh bawak kipas ke bang? huhu

Djebat said...

xyah, angin sepoi2 bahasa..
tepi tasik kn..
tp klu nk bwk gak, bwk lbih la..
hahahahahahaa