Bismillahhirrohmannirrohim
Korang, kawan aku yang semalam tu datang jumpa aku & mengadu nasib dia. Rupa2nya dia masih lagi sedih & hilang semangat. Aku cakap kat dia, kalau kena kat Anang, dapat gak dia kuarkan lagu Separuh Jiwaku Pergi.. Hahaha
Korang, pengalaman aku kena tikam dari belakang dengan orang yang paling aku percaya ni banyak gak la. Tapi bila dah lama sikit, baru aku tau, Allah hantar ujian tu kat aku untuk aku lebih hati2, lebih faham & dia gantikan semula dengan sesuatu yang lebih baik.
Pernah tak korang lalui satu situasi yang korang rasa sangat2 sakit & pedih untuk korang tempuh, tapi korang terpaksa jugak lalui. Tak lama lepas tu, atau lama sikit, terbit dari mulut korang, nasib baik la mende tu berlaku. Kalau tak, tak tau la apa jadi kat korang.
Itu la yang orang kata ada hikmah disebaliknya. Contohnya, aku kena langgar & masuk hospital. Aku sakit & derita nak menghadapi kesakitan tu, tapi rupa2nya kat hospital tu Allah tetapkan ada jodoh aku dengan jururawat yang gile tomei.. Kalau aku tak kena langgar, aku tak masuk hospital & tak jumpa la aku dengan jururawat tomei tu, ye tak.
Tapi lebih baik la aku jumpa jururawat tu masa melawat kawan aku yang masuk hospital sebab kena langgar dari aku yang kena langgar kan..hahahaha..Itulah, ketentuan Allah siapa yang boleh duga atau tentukan?
Kawan, aku masukkan cite ko kat blog aku ni supaya kawan2 lain baca & komen & bagi pandangan. Tapi maafkan aku, takde sorang pun yang bagi pandangan untuk setelkan masalah ko ni. So nasihat aku, sabar la ek, sebab tak ramai yang nak merasa susah bersama2.
p/s: Jebat, aku ingat nak amek cuti la..nak balik kampung. Sebab kat situ ada orang yang sayang aku sepanjang hayat & tak pernah khianati aku. Tapi aku yang selalu khianati dia. Aku buat dosa dibelakang dia.. Aku ingat nak balik kampung jumpa dia..
Doa: Ya Allah, dihari Jumaat yang mulia ni, Kau kurniakanlah kami kesabaran & kekuatan menghadapi ujian dan cubaanMu. Lupakanlah kawan aku ni kepada kesakitan dikhianati orang yang dia sayang dan Kau tunjukkanlah kepadanya hikmahnya.
No comments:
Post a Comment