Monday, April 19, 2010

Keajaiban Doa

Bismillahhirrohmannirrohim

Jumaat aku balik kampung. Seperti biasa aku sms orang2 yang penting dalam hidup aku, mohon didoakan agar aku selamat sampai. Petang tu hujan lebat gila hinggakan hanya sebuah kereta je didepan aku yang boleh aku nampak. Dengan keadaan minyak yang tinggal nyawa2 ikan, perjalanan terlalu perlahan. Banjir dibeberapa tempat sepanjang jalan Tebrau-Kota Tinggi & beberapa kali hampir2 berlaku kemalangan.

Aku tak putus2 baca ayat Qursi sebab bimbang sangat. Aku sempat call mak, kalau hujan mekin lebat sepanjang jalan, aku balik Kota esok je. Sampai kat Tiram hujan reda & aku teruskan perjalanan. Laporan trafik dalam Era kata berlaku banjir kilat. Nasib baik aku dah lepas ke Tiram.

Tak ada yang menarik sepanjang jalan kecuali bila dah tinggal 7km je lagi nak sampai rumah. Aku sedar itu memang kawasan yang selalu berlaku kemalangan jadi aku akan berhati2. Kiri kanan jalan tu memang gaung yang dalamnya lebih kurang 3 meter. Tapi dalam keadaan jalan yang lengang, aku cuba memotong sebuah Viva hitam di depan.

Allah hu Akbar.. Sebaik kancil aku masuk ke lorong kanan, baru aku sedar bahu jalan sebelah kanan tu bergelombang, maka stereng aku terus menghala ke gaung. Aku cuba paut stereng tu ke kiri, malangnya Viva hitam berada disebelah kancil aku. Aku tarik semula ke kanan & kancil aku terhuyung hayang. Bimbang tayar aku turun ke bahu jalan, aku tarik balik ke kiri sebab kalau jatuh je tayar aku ke bahu jalan tu, confirm aku terus menuju ke gaung.

Allah Maha Besar. Kancil aku terus terhuyung hayang dalam jarak lebih kurang 3km dan aku sedaya upaya mengawal kancil tu daripada kemalangan. Viva & Waja kat belakang aku dah berhenti tengok keadaan aku masa tu. Alhamdulillah, berkat doa orang2 yang mendoakan aku, aku selamat. Aku yakin, berkat doa tu yang menyelamatkan aku.

Dalam keadaan biasa, aku rasa mustahil aku tak kemalangan sebab situasi masa tu memang betul2 mencemaskan aku. Syukur, Allah selamatkan aku berkat doa korang yang mendoakan aku. Aku yakin, itu la keajaiban doa.

No comments: