Tuesday, September 1, 2009

iCon Merdeka

Bismillahhirrohmannirrohim

Alhamdulillah akhirnya projek 3 dalam 1 iCon tu berjalan jugak walau pun banyak yang perlu diperbaiki terutama dari segi ketepatan masa. Aku kena tekankan gak mende ni sebab aku tak nak iCon jadi sama je macam komuniti lain. iCon mesti berbeza.

30 Ogos 2009 patutnya kami berkumpul kat Shell depan Kip Mart Tampoi tepat jam 12 tengahari. Aku dh selalu ingatkan benda ni.
11.46 - Aku & Afiq sampai dengan semangat berkobar2. Semangat aku mula menjadi luntur bila jam menunjukkan pukul 12.15 tapi masih belum ada iConians yang sampai. Aku faham hujan renyai, tapi nak tunggu hujan teduh kul berapa?
12.22 - Ali yang pergi ke Tiram untuk ambik Murni & adik dia sampai. Ada gak lagi yang tanya aku kat mana sedangkan dia lom sampai pun kat Shell tu.
12.25 - Wafi & Fila pulak sampai. Dah lebih setengah jam aku & Afiq tunggu, baru 7 orang? Aduyai. Jamal call aku bagitau dia dh ada kat Perling.
12.27 - Jamal sampai. Haziq bagi tau dia sampai lebih kurang 10 minit lagi.
12.34 - Taufiq & Tasya sampai. Dorang dah tunggu kat Kip Mart dari tadi..hehehe
12.35 - Awoo & Wawan menyusul. Masa ni tayar kereta Ali bocor. Terpaksa la ditukar dulu.
12.42 - Haziq sampai dengan Myvi putih cermin gelap dia tu.
12.47 - Danial baru muncul naik motor. Sejam aku & Afiq menunggu.
12.48 - Faizal lak sampai. Tayar kereta Ali siap ditukar.
1.00 - Topex, Ejad & Haiqal sampai dari Kota Tinggi.

Aku dah malas nak tunggu lagi. Masih ramai yang dalam perjalanan tapi patut ke aku nak buang masa kat Shell tu sedangkan aku dah bagitau awal, TEPAT 12 tengahari semua berkumpul di Shell depan Kip Mart Tampoi. Aku rasa, ni la masalah yang perlu diberi perhatian tahap ICU oleh Nadi iCon kalau nak iCon pergi lebih jauh. Disiplin!

Bermula dengan Fotoshoot Raya sebab nak amek suasana lepas hujan, diikuti lak dengan iCon Merdeka. Tapi aku tak akan keluarkan la gambar2 fotoshoot raya sebab kita baru 11 hari berpuasa cik kak oi..hahahaha..

Ha, ratap la gambar2 iCon Merdeka. Maaf la, kurang berkesan & kurang meriah memandangkan hanya 5 bendera kecil yang dibawa.
Ini antara yang terlibat menjayakan iCon Merdeka tidak termasuk 11 orang fotografer yang hadir. Ramai lagi yang masih dalam perjalanan.
Ini tugu baru iCon Merdeka..hahahahaa..Mumu, Fila & Wafi
11 fotografer yang berjaya hadir. Sayangnya, Acik dari Kulai, Zul dari UTM, Adib & beberapa orang lagi fotografer iCon tidak dapat bersama.
Idea Ali, mempunyai maksud tersirat. Yang penting, Jalur Gemilang berkibar megah ditangan iCon.

Aku harap, kemerdekaan negara kita memberi makna yang betul kepada iConians semua. Bukan hanya merdeka dari penjajah tapi merdeka diri sendiri dari hawa nafsu lebih2 lagi dibulan puasa ni. Hah, jam 5.45 petang, bersiap untuk Majlis Berbuka Puasa iCon pulak.

2 comments:

Kasih Alyza said...

la kesian nya.... sbb tu la kami di penang buat waktu berkumpul pkl 10.30 pg, pdhal nk start shoot tu pkl 12.00pm, hehehehe...

tp alhamdullilah mmg drg smp tepat pkl 10.30am dan yg mana yg lewat2 tu sbb ada yg ambik props dan pick up iConians2 yg lain... paling lewat yg dh berkumpul gan kitaorg pun pkl 11.30am...

lgpun ada jg iConians2 yg baru pulang dr keje mlm, namun comitment mereka sgt bgs... ttp hadirkan diri walau pd hari tu msh lg keje mlm...

so harusnya lain kali waktu berkumpul ptt di awalkan dr waktu yg sbnrnya tuk kita wat shoot ;)

Herry Qusyairy said...

For me... Penganjur tak perlu tetapkan waktu awal semata2 nak suruh yang lain datang awal... Sepatutnya ahli2 yang da patut pikir yang dorang kena tepat pada masa... ini la namanya janji Melayu... Kalau tetap ada sikap suka berlengah dan betangguh... Dr. Mahathir pun takkan jadi Perdana Menteri dulu... Ikut masa orang... jangan orang terseksa dengan masa kita...