Wednesday, December 30, 2009

Disebalik iCon Celebration

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku rasa tak salah aku catatkan dalam blog aku ni susah payah menganjurkan iCon Celebration. Sebagai kenangan & ingatan aku & korang. Bagi yang nak hargai, hargai la & rasa la apa yang aku rasa. Bagi yang tak nak hargai, baca la, mudah2an korang lebih faham.

Lebih kurang 2 bulan sebelum iCon Celebration aku dah war2kan pada korang dalam blog & dalam myspace. Aku gambarkan iCon Celebration satu sambutan besar2an kali pertama iCon sempena menyambut ulangtahun pertamanya. Boleh kata setiap minggu aku war2kan iCon Celebration. Cuba tanya diri korang, ada tak korang tolong war2kan mende ni, setidak2nya sekali.

Aku hubungi kawan2 wartawan, kawan2 artis, pihak2 yang sudi menaja & mencari bas. Aku rasa aku tak banyak masa nak buat novel, jadi aku ringkaskan je la ye. Daripada blog yang aku tulis, dalam myspace aku iklankan & beratus2 sms yang aku kirim, cuma beberapa kerat je yang balas & respon.

Lebih menyedihkan, cuma Airin & Fila je NADI yang respon. Airin je yang dapat ikot. Mana yang lain2 yang selalu tanya apa projek?

Kawan wartawan, sorang pun tak respon. Kawan2 artis ramai yang nak ikot tapi last minit bila dapat show, tentu la dorang pilih show tu, jadi tak sorang pun datang. Pihak yang nak menaja ada jugak termasuk tajaan sate, kek, mercun dsbg. Dari bas, aku terpaksa amek ven sebab aku anggap tak ramai yang ikot. Belum kira ada yang sekejap nak pegi sekejap batal sekejap nak pegi balik, adoi pening..

Aku tetapkan 20hb tarikh akhir bayar tapi ada jugak yang mintak untuk bayar 25hb. Aku tak nak ambik risiko tapi memandangkan kesungguhan yang nak ikot tu, siap confirm lagi, maka aku izinkan la beberapa orang bayar lewat. Bila yang nak pegi bayar lewat, risikonya ialah, duit pendahuluan ven aku kena bayar, kalau orang tu tak pegi, maknanya duit aku yang hangus. Kalau korang dah baca artikel aku sebelum ni, aku kekeringan bulan ni sebab orang2 yang tak bertanggung jawab tak pulang duit aku lagi.

Aku deal tentang ven dengan Encik A. Mula2 confirm, lepas tu lak Encik A mintak aku confirmkn sekali lagi. Aku kata confirm la. Tiba2 esoknya Encik B call & naikkan sewa. Aku cakap semalam aku dah confirm. Aku call Encik A & tanya macam mana? Gitu gini gitu gini, dia lak confirmkan persetujuan pertama.

2 hari sebelum bertolak tiba2 Encik C call aku & mintak aku confirmkan dengan kadar sewa lain pulak. Aku pelik, kenapa aku berhubung dengan 3 orang hanya untuk 1 ven yang sama & kadar sewa yang berubah2..? Susah betol deal dengan melayu ni la.Lama2 aku batalkan je sewa ven tu & mencari lagi sampai la malam sebelum pegi PD tu, ven masih tak dapat.

Malam tu dengan ada miting lagi, dengan ven tak dapat lagi, aku rasa lega sikit sebab Wanshah kata kawan dia ada ven. Tapi tak confirm lagi ni. Tengah2 miting, aku dapat sms dari sorang peserta bagitau dia & kawan dia tak jadi ikot. Agak2 korang apa perasaan aku, dengan ven lom ada, peserta yang dah ada lak wat hal.

Aku diam kan dulu sms tu. Tak lama dia sms lagi bagitau dia dapat ikot lak. Emm.. Usaha mencari ven masih diteruskan lagi. Jam dah kul 12 tengah malam ni. Esok pagi dah nak gerak. Aku balik lepas abis miting. Sebelum dapat tido, kul 1.44 pagi Wanshah confirmkan ven, dapat & pemilik ven nak ikot sekali. Lega la sikit. Maknanya ngam2 la duit yang dikumpul dengan peserta yang akan pegi.

Baru aku nak lelapkan mata, sorang peserta sms aku kul 2.33 pagi bagitau dia tak dapat pegi sedangkan dia belum bayar duit & aku dah dulukan duit aku sebab dia dah confirmkan nak pegi. Apa yang boleh aku buat selain ucapkan terima kasih kat dia?

25hb kami 11 orang bertolak lebih kurang tepat pada masa yang dijanjikan. Aku terpaksa tawakal je dengan duit yang tak cukup. Aku sms jugak budak yang hutang aku tu mintak duit sebab aku nak pakai. Sampai ke sudah satu sen pun takde.

Sekarang aku mintak korang letak diri korang ditempat aku. Orang puteh kata "Put yourself in my shoe". Cuba rasakan & nikmati kesusahan yang aku alami. Sikit pun korang tak dapat rasa punya la. Aku taip & korang baca tak sama langsung dengan apa yang aku rasa. Sebab tu, aku anggap ini antara pahit manis aku & iCon. Satu masa, mende2 ni akan jadi sejarah iCon. Aku ingat masa iCon susah supaya aku tak lupa diri bila iCon mencapai kejayaan 1 hari nanti. Salam..

4 comments:

Anonymous said...

sighs...mengalahkan buat parti politik...banyak sangat karenahnya :P

zack said...

salam...saya xknal icon2 abg 2..
just sorg dua je yg sy knal sgt...
tp ape2 pun sabo jelah bang...
nk wat cmne dh lumrah dunia...
x semua ape yg kte buat 2 org akan hargai...
wslm....zack..

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Djebat said...

Hahaha..mende dah jadi sejarah, aku jarang amek hati. aku simpan sebagai kenangan pahit manis bersama iCon..Rileks la guys..

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubahnya sendiri."

1 hari nanti InsyaAllah convensyen iCon akan jadi macam atau lebih besar dari convensyen MLM..