Wednesday, December 30, 2009

Produk Aku 2010

Bismillahhirrohmannirrohim

Produk ni sebenarnya aku sertakan sekali dalam pakej foto pengantin yang aku buat. Tapi dalam pakej tersebut aku bagi secara percuma. Biasanya orang akan bagi pada pengantin gambar bersaiz 8R, tapi aku ubah pendekatan dengan bagi sesuatu yang lebih besar untuk pasangan pengantin supaya mereka rasa puas bila melihatnya.Ini antara hasilnya. Gambar sebesar ini (2x3 kaki) aku jual pada harga yang sangat murah berbanding yang berada dipasaran pada kualiti yang sama.
Bayangkan gambar perkahwinan pasangan tersebut sebesar ini (saiz 4x4 kaki) dikepala katil mereka atau diruang tamu. Walau pun gambar sebesar ini biasa terdapat dalam rumah2 mat salleh, kita nak bawa cara ini kedalam rumah2 kita pulak. Jarang orang kita menghargai gambar kenangan mereka. Biasanya hanya diletakkan dalam album saja.Bukan saja dirumah, gambar2 berkualiti billboard ini sesuai diletakkan dipejabat. So kalau korang sayang aku & nak tolong aku, promotekan la kat kawan2 korang ek. Jangan takut, ada la upah untuk korang nanti. Hehe.. Harga produk aku ni seperti berikut:

Saiz 1X1 kaki = RM60
Saiz 1X2 kaki = RM70
Saiz 1X3 kaki = RM75
Saiz 1X4 kaki = RM80
Saiz 2X2 kaki = RM80
Saiz 2X3 kaki = RM90
Saiz 2X4 kaki = RM100
Saiz 3X3 kaki = RM105
Saiz 3X4 kaki = RM120
Saiz 4X4 kaki = RM140

Lagi besar saiz korang tempah lagi bagus, boleh aku bagi diskaun banyak2..hehe.. So tempah la sekarang. Jadi yang terawal memiliki gambar poster sendiri. Gambar artis pujaan korang pun akan ada dalam pasaran tak lama lagi.

Aku bercadang nak bukak satu booth di Bazar JB, so bila dah bukak nanti aku bagitau korang k.

5 comments:

Kasih Alyza said...

ehhhh, i prng tgk la gmbr2 ni sumer kt opis u hehehehe...

desire said...

makin maju bisness nmpk...bagus2

Djebat said...

Alhamdulillah..
2010 aku perlu bermula semula..

basicicon said...

ni brader djebat yg kt uitm lendu kan? gempak gak karya2 brader ni..

Djebat said...

basicicon..ye betul..maaf ek, x prasan la sape..tp great blog, great job..blh sy blaja..hehe