Bismillahhirrohmannirrohim
Tentang info miting NADI & iConians JB semalam tu, aku tersilap la. Kita buat 3 Januari 2010, bukan 3 Januari 2009. Ala, kesilapan yang biasa aku buat dihujung tahun..hehe..Sori ek.
So kepada semua yang terlibat, aku dapat beberapa soalan yang dikemukakan berkaitan miting ni. Korang semak la:
S: Nak pakai baju apa? Temanya apa?
J: Biasanya kalau ada tema, aku akan nyatakan "iConcept" untuk bagitau ada tema atau baju tertentu untuk korang pakai. Kalau aku tak nyatakan maknanya, pakaian terserah pada korang k.
S: Siapa lagi yang pegi?
J: Maaf, aku tak tau sapa yang pegi sapa tak pegi. Yang aku tau, aku jemput semua NADI & iConians JB & sekitar.
S: Boleh bawak orang baru tak?
J: Sangat2 dialu2kan korang bawak kawan2 korang yang ada niat nak join iCon, tapi pastikan dorang faham yang dorang akan datang ni MITING, bukan event.
S: Makanan macam mana?
J: Macam yang korang sedia maklum, kita takde bajet, yuran pun tak collect lagi, so memang takde sediakan makanan.
S: Kenapa buat kat Tasik Merdeka?
J: Sedikit perubahan, kita buat dikawasan terbuka sebab nak libatkan semua iConians yang prihatin tentang perkembangan iCon.
S: Kul 8 malam? Kenapa buat malam?
J: Aku tak mampu nak ikut masa setiap orang. Beberapa orang dari kami memikirkan masa yang sesuai & itu la hasilnya. Sebelum ni buat siang pun ada yang tak datang, buat malam pun ada yang tak datang. Agak2 bila masa yang lebih sesuai?
S: Apa agenda yang nak dibincangkan?
J: Tentang agenda ni, aku jawab detail sikit ek.
Sebelum ni korang dah baca kan yang iCon nak buat kelas & bengkel? So dalam miting ni nanti, setiap pengarah sepatutnya ada & korang akan ikut pengarah bidang masing2, contohnya siapa nak blaja grooming dia ikot Pengarah iCon Model, yang minat menyanyi akan ikot Pengarah iCon Muzik dsbg.
Kita juga ada beberapa projek dibawah iCon Dance, iCon Muzik, iCon Model, iCon Talent, iCon Event, iCon Niaga, iCon Design & iCon Foto. iCon Muzik nak menganjurkan ujibakat untuk mencari penyanyi lelaki & perempuan, jadi Pengarah iCon Muzik perlukan AJK. Begitu juga DJ akan dicari dikalangan iConians. iCon Dance, iCon Sports & iCon Model juga akan menganjurkan pertandingan pada 2010. Oleh itu ramai tenaga diperlukan.
Ini lah masanya untuk korang yang selalu tanya, apa projek, apa event, xde apa2 ke..? Malam itu juga kemungkinan NADI akan dirombak & iCon akan mencari mereka yang benar2 serius untuk memantapkan iCon. 2009 merupakan tahun pengenalan & kita bersantai dengan karaoke, bersuka2, bergambar sehingga ada yang perli mengatakan iCon takde apa2, setakat nyanyi2, amek2 gmbr..
2009 iCon bagi peluang korang menunjukkan siapa diri korang sebenarnya, samada pengikut atau pemimpin, samada serius atau main2, samada "kita buat" atau "kita lihat".. 2009 tahun tapisan untuk menilai siapa sebenarnya yang join iCon. Masuk tahun 2010, sebahagian besar mereka yang negatif tentang iCon secara sukarela telah mengundur diri & ada juga yang hilang camtu je. Yang tinggal adalah mereka yang komited & sayang iCon.
Masuk fasa ini, iCon akan memulakan beberapa bisnes. Tapi masih ada tapisan. Siapa yang akan berjuang mati2an untuk iCon, sama2 naikkan iCon, insyaAllah perjuangan ini takkan sia2 & korang akan dapat hasilnya. Tunggu je la kepada mereka yang nak tunggu, lihat je la kalau mereka sekadar nak melihat, iCon insyaAllah akan terus berjalan.
p/s: dah macam perutusan tahun baru lak kan...hahaha
3 comments:
cmne eak dg jadual icon ni...coz aq msih stdy lg...bakat2 ape y ad kt icon ni...
bakat2 model, blakon, nyanyi, foto, design, dance, travel, nature, niaga, event, sports, extreme, prihatin, muzik, arts, gamerz, techno, bikers..
Jadual tak menentu, bgantung kpd Organisasi tmpat masing2. Apa2 pn cek update kat blog ni.
bgs bgs perutusan tahun baru nie... moga apa yg dicita kan akan tercapai, Amin :)
Post a Comment