Tuesday, December 15, 2009

Ya Allah, Kurniakan Aku Kekuatan

Bismillahhirrohmannirrohim

Orang lain bercerita tentang kejayaan, tentang kegembiraan & aku tumpang gembira. Sedihnya, aku cuma dapat bercerita tentang masalah yang aku hadapi pagi ni. Ini saje lah ruang untuk aku meluahkan kerana mereka masing2 sibuk.

Kebiasaan aku pagi2 hantar mesej, kejutkan mereka bangun subuh & mohon sama2 berdoa untuk kebaikan dunia akhirat. Walau aku jahat, nak jugak la buat sesuatu yang baik sesekali. Rupa2nya ada juga yang tak suka & rasa terganggu, marah2 & sindir2 aku. Terasa jugak la kecik ati, tapi nasib baik juga mereka bagitau. Jadi nama mereka dah aku keluarkan dari list & hey, insyaAllah bermula esok aku takkan ganggu tidur kamu. Sapa2 juga yang rasa terganggu bila aku kejut bangun subuh tu, harap bagitau aku ek. Maaf aku tak tau kalau korang tak bagitau.

Aku bersiap macam biasa, naik kereta dengan Afiq untuk ke pejabat. Belum jauh berjalan, "POM", sesuatu meletup. Aku pandang kereta sebelah, dia tunjuk tayar kereta aku. Ya Allah..pecah la pulak. Aku raba poket & tarik kertas2 yang ada dalam tu. RM13! Allah hu akhbar.. Seingat aku, dah banyak kali aku mesej mereka mintak duit aku yang mereka pinjam. Kenapa buat aku macam ni? Itu duit aku, aku tak mintak duit korang. Aku susah, aku nak duit aku balik. Aku kena tukar tayar kereta aku.

Aku bukak bonet, Ya Allah, tayar spare bocor la pulak. Mana aku nak cari duit nak tukar tayar ni? Afiq call Ali, Ya Allah, Ali pun tengah tolak kereta dia sebab kereta dia tak boleh hidup. Tapi nasib baik, tak lama Ali datang ambik aku & Afiq. Masalahnya, bila aku nak ambik balik kereta aku tu? Aku cadang, sampai je ofis, aku nak pinjam tayar spare sapa2 & g ambik keta aku smula, hantar kat kedai & biar kat situ sampai aku ada duit.

Sampai je opis, aku dimaklumkan statistik perlu dihantar ke Istana Kehakiman sebelum tengahari ni & bila ku cek, tak banyak yang aku kena buat. Tapi Ya Allah, rupa2nya bahagian aku takde masalah, bahagian kawan aku kena dibetulkan. Kalau bahagian dia tak selesai, keseluruhan statistik tak dapat disiapkan. Aku ambik kesempatan SMS beberapa orang maklumkan aku teramat sibuk. Tapi mereka pun sibuk. Aku takde tempat bercerita.

Aku cari kawan aku yang patutnya betulkan statistik dia tu, Ya Allah, dia MC 2 hari. Sepatutnya dia akan maklumkan kepada jurubahasa dia untuk siapkan statistik tu. Aku call jurubahasa dia, Ya Allah, dua2 yang incharge statistik tu cuti. Ya Allah..Ya Allah.. Aku usahakan juga untuk selesaikan perkara ni. Aku duduk sekejap. Tiba2 Mai pelawa aku makan nasi goreng dia. Owh, aku lom sarapan lagi..

Terima kasih Mai, terima kasih. Tengok, dalam Allah uji aku dengan macam2 ujian, dia hantar juga sikit bantuan. Tenang la hati, tenang la. Tak lama Adam Luba hantar SMS, maklumkan dia takde hujung minggu ni di Penang. Ya Allah, aku serahkan padaMu je la. Aku tak tau, aku kena g Penang 17hb ni & aku tak diberitau Adam takde.

Aku YM Kasih tanya tiket. Ya Allah, sistem Air Asia masih down & aku masih tak terima tiket lagi. Aku maklumkan juga kat Kasih hujung minggu ni Adam takde. Takpe la, biar la dorang selesaikan. Aku ikot je.

Tak lama mak call, Acik kena lapor diri untuk bertugas kat Pasir Gudang pagi ni & tak cukup duit nak ke sana. Ya Allah, macam mana la aku dapat membantu? Aku mula buntu..Aku tak cerita duit kereta yang dah 2 bulan tak berbayar, sewa rumah pun tertangguh, astro kena potong..Ya Allah..

Ya Allah, berilah aku kekuatan. Dengan duit aku pada orang bulan November saja berjumlah RM2300, aku mintak tak dapat2, dengan bisnes aku yang tak dapat berjalan menyebabkan aku rugi RM4000 lebih, dengan kena sindir sebab kejut orang bangun subuh, dengan perancangan aku kena ke Penang 17hb-20hb ni & PD pada 26hb ni sedangkan aku betul2 kering, dengan tayar kereta yang pecah, dengan duit dalam poket tinggal RM13 & tak dapat nak tukar tayar, dengan semua kerja yang nak urgent, dengan acik baru dapat kerja.. Ya Allah, aku yakin Kau uji aku dengan ujian yang insyaAllah mampu aku hadapi.

Cuma aku mohon Ya Allah, berilah aku kekuatan menghadapi semua ni. Ya Allah, niat aku membantu orang & meringankan beban orang menjadikan aku yang terbeban. Ya Allah, Kau dah janji:

"Barang siapa melapangkan saudaranya yang dalam kesempitan, Aku akan lapangkan baginya kesempitan yang dihadapinya"

Aku yakin Ya Allah dengan janjiMu. Kau bantulah aku.. Amin..Aku serahkan padaMu apa2 juga yang akan jadi lepas ni..

p/s: mungkin juga dugaan ini aku hadapi kerana dosa2 yang pernah aku lakukan. Ampunkan aku ya Allah..

4 comments:

Anonymous said...

i can't help it but yeah i would like to say somethin here, when you choke, you learn :P

Anonymous said...

Dari Abu Hurairah r.a., sabda Nabi SAW,: " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin utk suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya utk suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah diduni, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya. Barangsiapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya. "

InsyaAllah ..

Kasih Alyza said...

dear, bila Allah menguji u hgg ketahap ni, Allah tahu yg u mampu laluinya dan tempuhinya gan lapang dada dan syukur...

bila Allah sentiasa menguji kita, tandanya Allah syg kan kita sbg hamba Nya dan mahu kita mengingatkan kita ttg kekuasaan Nya, agar kita x lupa pd Nya...

kesusahan dan kepayahan yg u lalui sekarang, insya Allah akan dibalas dgn kesenangan diatas niat baik dan ikhlas u dlm membantu org lain...

ingat dear, org yg sabar tu ganjaran nya sgt2 hebat dan org2 yg berjaya tempuhi dugaan, kemanisan pasti menanti...

i sentiasa mendoakan yg terbaik utk u, agar u sentiasa dilindungi serta dimurahkan rezeki dan berjaya dlm apa jua yg u rancangkan... i alwayas wt u dear, Amin...

Djebat said...

Thanks everybody..
May Allah love us much..