N3 sebelum ni:
Alhamdulillah, setelah mendapat keizinan daripada Furin yang mencipta logo iCon seperti yang korang lihat kat blog aku ni, bermula hari ni, segala urusan rasmi iCon akan menggunakan logo2 tersebut. Penggunaan logo tersebut termasuklah dalam penggunaan kad nama, kepala surat, sampul surat, baner, bunting, backdrop dan sebagainya. Hanya mereka yang diberi kebenaran sahaja layak menggunakannya dan jika terdapat penyalahgunaan logo tersebut, pihak iCon akan mengambil segala tindakan yang dirasakan wajar.
Sehubungan dengan itu, aku sangat2 mengalu2kan jika ada iConians yang sudi menaja percetakan backdrop, banner & bunting samada dengan mencetak sendiri atau menyalurkan sumbangan dalam bentuk kewangan. Backdrop, banner & bunting yang hendak dicetak sendiri perlu memenuhi spesifikasi berikut:
Material: Terpouline
Inkjet printing
Solution: 1440 dpi
Inkjet printing
Solution: 1440 dpi
Untuk tujuan penajaan, harga yang ditetapkan untuk 1 unit adalah seperti berikut:
Backdrop 4x4 kaki = RM65/unit
Backdrop 8x8 kaki = RM256/unit
Banner 2x10 kaki = RM80/unit
Bunting 2x6 kaki = RM50/unit
Aku cadangkan, iConians yang nak taja, boleh bagi dalam bentuk duit supaya aku boleh kumpul banyak2 & order sekali, insyaAllah dapat harga lagi murah. Jadi, duit lebihan tajaan tu, aku akan masukkan dalam tabung aktiviti iCon. Now aku serahkan pada korang untuk fikirkan k.
No comments:
Post a Comment