Bismillahhirrohmannirrohim
Tiga orang iConians yang mencuba untuk pergi lebih jauh lagi telah merasakan pengalaman baru. Kalau sebelum ni ada orang yang komplen iCon ni asyik bergambar semata2, terbukti kata2 itu cuma keluar dari mulut orang yang tak sabar. Setelah setahun iCon menjalankan aktiviti fotoshoot dan sebagainya, kali ini model2 iCon melangkah pula di pentas Runway.
Alhamdulillah, Daniel, Shafri & Murni yang mara ke semi final New Model Search membawa nama iCon lebih tinggi bila berjaya pula mara ke pertandingan akhir. Aku yakin, kalau la kesemua iConians yang masuk New Model Search aritu menerima tawaran ke semi final, akan lebih ramai lagi bakat2 model iCon di pertandingan akhir tu.Sekarang ni, selain fokus untuk ujibakat iCon Muzik di Restoran Mak Limah Kg Melayu pada 23hb ni, iCon memberikan tumpuan kepada ketiga2 orang model yang akan bertanding pada 24 Januari 2010 di Giant Plentong.Aku amat berharap supaya iConians dapat datang beramai2 memberi sokongan kerana hanya iCon sahaja yang menghantar model sedangkan peserta lain kebanyakannya adalah merupakan peserta individu yang datang bersama keluarga dan kawan2. Jadi bila lagi kita nak memeriahkan suasana seperti ni. Dan jangan lupa, jom ramai2 ke Ujibakat iCon Muzik. Korang tolong promote kat kawan2 ye.Kepada Murni, Daniel & Shafri, all the best. iConians yang bercadang nak datang beramai2 ke sana nanti, kita pakai baju hitam merah k.
p/s: lebih banyak lagi gambar dalam myspace aku.
No comments:
Post a Comment