Bismillahhirrohmannirrohim
1 Mei, 4.20 tepat aku sampai kat Petronas bawah bukit tangki air Mutiara Rini. Lepas solat Asar, aku isi minyak & beli air. Tak lama Zam, Salimi, Bad & Baha sampai & kitorang terus gerak ke Hutan Bandar Mutiara Rini. Petang tu cuaca nampak cantik.
Lepas sejam menunggu, baru la ada beberapa orang lagi datang. Mengisi masa menunggu tu kitorang sempat la buat fotoshoot & busking mana yang ada. Dapat gak la dua lagu. Cita2 iCon nak wujudkan band & menghimpunkan seberapa banyak band sebagai persediaan iConsert bulan 12 nanti.
Nak dijadikan cerita, dah memang musim ujan kan, dia curah selebat2nya kat Hutan Bandar tu. Kitorang terperangkap la kat tengah2 taman dibawah kanopi. Masa tu la makin ramai budak2 band yang sampai. Tapi bukan rezeki kitorang kot nak buat busking petang tu.
Ezam agak kecewa jugak la sebab dah janji pukul 4.30 tapi budak2 ni datang lambat, sampai turun hujan & langsung tak dapat nak teruskan aktiviti petang tu. Tapi pada aku, ini permulaan yang baik. Cuma perlu iConsisten & Ezam tak boleh lemah semangat. Kita bagi peluang untuk band2 ni main pada hari Jumaat 14 Mei nanti atas stage dalam Mini Gig.
Tahniah Ezam & the gang.. iCon semakin rancak..
No comments:
Post a Comment