Monday, May 3, 2010

Mencari Seorang iCon

Bismillahhirrohmannirrohim

Pernah satu masa dulu aku percaya, mencari seorang iCon semudah mencari ikan kat pasar, atau mencari duit kat bank, atau mencari penjenayah dalam penjara.. Itu dulu, lama dulu sebelum iCon menjadi sebuah organisasi.

4 bulan pertama iCon ditubuhkan di Johor Bahru, aku keseorangan. Setiap hari menceritakan tentang iCon kepada sesiapa pun, aku dianggap berangan. Aku rasa aku tak berangan sebab aku percaya, mencari seorang iCon semudah mencari ikan kat pasar, atau mencari duit kat bank, atau mencari penjenayah dalam penjara..

Selepas setahun, masyaAllah, aku tak percaya apa yang aku percaya sebelum ni. Mencari iCon tidak semudah itu sebab iCon ni ada ciri2 dalam diri dia yang tak ada pada orang lain. Ciri2 itu lah yang melonjakkan dia menjadi iCon, menjadi ikutan dan menjadi idola kepada banyak orang.

Apa yang menjadikan pencarian ni lebih susah ialah konsep From Zero To Hero yang iCon terapkan. Dari kosong, belajar dan tambah pengetahuan, kemahiran, dari situ bina keyakinan, bina diri menjadi idola. Setakat ni tak ramai yang mampu.

Yang aku takut KALAU ramai dalam iCon adalah mereka yang rasa mereka serba tahu. Tidak mahu belajar, susah diajar. Yang ada sedikit ilmu tak mahu berkongsi. Aku takut sebab, golongan seperti ni kalau ada dalam iCon, mereka tidak akan menjadi iCon sampai bila2.

Cabaran mencari & melahirkan seorang iCon dah aku lalui selama setahun setengah. Ia ibarat tapisan yang perlu dilalui semua orang yang menyertai iCon. Betul landasannya, betullah akhirnya. Tapi melalui semua tapisan ni, ramai yang kecundang. Hanya mereka yang tulen kecintaan & jiwanya terhadap iCon je yang mampu menghadapi semua mehnah.

bersambung..

2 comments:

Luminous Illusion Break said...

Kesabaran menempuhi ranjau untuk memartabatkan iCon adalah perjuangan bersama. Kami sebagai supporter akan terus berjuang bersama. Jatuh bangunnya iCon terletak di tangan kita. Sama-sama kita usaha dan berdoa.

Djebat said...

iCon hanya landasan..
kapal terbangnya dah ada..
juru terbangnya pun dah ada..
sekarang terpulang pada juru terbang nak terbangkan kapal terbang tu setinggi mana..