Tuesday, March 20, 2012

Kita Semakin Gila

Bismillahhirrohmannirrohim

21 Oktober 2000: Norshuhada Burak, 6 – dirogol & dibunuh di Selayang

6 November 2002: Siti Nurliyana Shamimi, 2 - dirogol & dibunuh di Kedah

17 Januari 2004: Nurul Huda Abdul Ghani, 10 - dirogol & dibunuh di Gelang Patah

20 Ogos 2007: Nurin Jazlin Jazimin, 8 - dirogol & dibunuh di Petaling Jaya

9 Januari 2008: Sharlinie Mohd Nashar, 5 – hilang hingga kini di Petaling Jaya

9 Mac 2008: Asmawi Jalaludin, 11 – hilang hingga kini di Lembah Pantai

27 September 2011: Nur Syafiqa Ismail, 11 – dibunuh di Kuala Kangsar

1 Mac 2012 Nurul Nadirah Abdullah, 5 – dibunuh di Seri Alam, Johor

Apa lagi yang kita tunggu? Kita nak tunggu sehingga anak2 kita, adik2 kita pulak mangsanya selepas ni? Aku yakin, kebanyakan rakyat Malaysia dah gila.

1. Tidur siang & berjaga malam (kecuali mereka yang bekerja) - melawan fitrah semulajadi yang Allah sebut dalam Quran, malam itu untuk kamu berehat.

2. Tidak menyebarkan salam sesama saudara - sifat ini menghapuskan perasaan kasih sayang dalam hati nurani dan memusnahkan rasa kemanusiaan.

3. Tidak menjaga tepi kain orang - engkau-engkau, aku-aku..peduli apa aku dengan apa yang nak engkau buat.

4. Sana sini harga barang naik sedangkan pendapatan sentiasa tak cukup - ini menimbulkan tekanan jiwa, perasaan dan menyakitkan otak.

Apa komen korang?

1 comment:

mrsfadli said...

ramai yang tak jaga solat. Malah tak solat terus. Al-Quran jauh dari kehidupan seharian. Simpan dirumah jadi suci dalam debu je..

itulah puncanya. Allah yang WAJIB diTauhidkan dihati, tapi dunia dan seisinya pulak yang dikejar2 dan dicintai 24jam. PERINGATAN UTK DIRI SENDIRI JUA -wallahua'lam(muna, penang)