Tuesday, March 27, 2012

Lebih Baik Menjadi Burung

Bismillahhirrohmannirrohim


Terlalu sukar untuk aku tuliskan apa yang nak aku luahkan. Kalau dapat aku tuliskan pun, ia akan panjang berjela yang korang takkan berminat untuk baca, tapi aku rasa, aku cuba sampaikan juga dalam bentuk yang santai. Aku perlu tulis juga kerana ini sebahagian dari sejarah penubuhan iCon.


Pendirian aku jelas. Aku menubuhkan iCon untuk menyokong segala usaha positif sesiapa sahaja yang nak berjaya dengan bakat dan minat yang dia ada dan menyokong sesiapa sahaja yang nak berkongsi segala ilmu yang dia ada demi mencapai matlamat iCon. Aku tidak akan sesekali menyebelahi mana2 individu atau puak samada salah atau betul. Apa yang aku lakukan hanyalah membetulkan dan meletakkan iCon pada landasannya apabila ia tergelincir.


Bila pendirian ini pun tidak difahami aku rasa amat pelik bagi seorang yang ikhlas berjuang. Trend seorang musuh, akan mencari segala salah silap & pekong musuhnya tak kiralah sekali pun terpaksa memfitnah. Amat sukar mencari seorang musuh yang akan mencungkil kebaikan musuhnya melainkan ada udang disebalik batu atau dalam nada sindiran. Maka permusuhan akan berpanjangan jika tiada keikhlasan dihati untuk berdamai.


Kata2 Imam Shafie langsung tidak diikut. Jika saudaramu ada 1000 keburukan dan hanya 1 kebaikan, pandanglah kebaikan yang satu itu & jika kamu ada 1000 kebaikan dan hanya 1 keburukan, pandanglah keburukanmu yang satu itu.


Bila dua puak bertelagah, aku akan cuba sedaya upaya untuk, pertama, menghentikan pertelagahan itu, kedua, mencari punca permasalahan dan ketiga mencari jalan perdamaian Dengan syarat, kedua2 pihak letak dalam hati mereka INGINKAN DAMAI dengan ikhlas kerana Allah.


Bila langkah pertama berjaya, maka aku mampu mengambil langkah kedua. Namun bila salah satu atau kedua2 pihak tiada niat tersebut, gagallah apa langkah sekali pun. Pada aku, masalahnya sombong & ego menguasai diri & tak pernah ada rasa penyerahan diri kepada Alah. Musuh BUKAN saudara sekali pun aku selalu menasihatkan, bersaudaralah dengan musuh, jangan bermusuh dengan saudara.


Dalam menghadapi dua puak bertelagah, aku sering menjadi mangsa. Kenapa? Aku akan tegur kedua2 pihak, maka kedua2 pihak menuduh aku berpihak pada pihak yang satu lagi. Sudahnya, kedua2nya menyalahkan aku. Pokok pertelingkahan mereka tu pulak adalah benda titik bengik yang langsung tak menguntungkan.


Pendirian aku masih teguh, aku takkan menyebelah mana2 pihak, namun alang2 aku dituduh dan dipersalahkan, aku redha kerana aku sedar, seikhlas mana pun perjuangan seseorang pasti akan diuji. Terserah kemampuannya bertahan dengan ujian yang datang & aku juga sedang diuji. Mudah2an ujian ini mematangkan aku.


Benarlah ketika Saidina Abu Bakar berfikir, alangkah baiknya jika aku menjadi burung, hidup dengan zikir kepada Allah, bila mati menjadi debu. Tiada apa yang akan dipersoalkan, tiada apa yang akan dibangkitkan dihadapan Allah nanti.

1 comment:

kasih alyza said...

Tnggjwp kita tuk mendidik tp jika drg msh bersifat keank2 kn mmg payah.. papepun jgn mengalah sbb Allah xkn menguji hamba Nya jika kita xmampu nk hadapinya...