Sunday, November 9, 2008

Rajuk

9 November 2008
Bandar Baru Selayang
Banyak benda boleh aku cerita bila sampai sini. Ilham aku terbukak seluas2nya, sehari je gambar2 yang aku shoot mencecah 500 gambar. Ya Allah, disinikah tempat yang Kau takdirkan untukku?
Dalam banyak2 benda tu, rajuk mengusik tangkai hati hati sorang Djebat. Bukan marah, bukan benci, bukan sedih, bukan terkilan tapi satu lagi episod dalam drama hidup. Menjaga hati semua orang macam kita tanam pokok bunga. Kita boleh siram & baja hari2 dengan baja yang sama, tapi kenapa bunga yang keluar lain2..? Tanah sama, baja sama, air sama, kita sangka keluar bunga yang sama la kan..Sebenarnya bukan camtu sayang oi..
Kita kena tengok jenis2 bunga, jenis2 baja yang sesuai, ada pokok yang perlu penjagaan rapi, cerewet nak jaga, susah nak maintain. Bila dah susah2 jaga, mestila bunga ni yang paling kita sayang, lebih2 lagi kalau kita dah nampak hasil dari penjagaan kita tu. Kalau jual, harganya mahal. Siapa nak beli? Mereka yang mampu & kita hanya akan jual pada mereka yang kita tau menjaga bunga tu. Kalau tak sia2 la usaha kita selama ni. Tapi orang bila datang nak beli, mereka cuma nampak, eh bunga ni cantik la, nak beli la, tapi bila tau harganya mahal, nak jaga cerewet, mesti dia mengeluh, mencebik, memperlekeh & mesti ada yang kata
"alah,bunga camtu pun nak jual mahal2"
Mereka ni faham ke apa yang mereka kata?
Selama ni aku cuba jaga bunga2 yang ada ikut kaedah yang aku belajar. 32 tahun belajar jaga bunga, aku masih bodoh & tak faham baja mana nak pakai, pasu mana nak letak, tanah apa nak guna, banyak mana air nak letak, smpai la bunga2 tu ada yang merajuk, tak nak bertunas, tak nak berbunga, kalau berbunga pun cepat layu. Ada gak bunga yang subur, gemuk, cantik, tahan lama.. Sesekali aku terfikir, susah nak jaga bunga ni, baik aku jaga bunga yang tau menghargai aku, yang keluar tunas & bunga yang cantik walaupun orang selalu petikai. Eh, itu pilihan aku kan..? aku tak berhak buat pilihan sendiri ke?
Sebenarnya, dalam episod rajuk, masing2 nak letak kepentingan peribadi kat depan mata. Masing2 letak prasangka jadi ketua dalam hati, masing2 kata dia yang betul. Hari ni aku CABAR semua yang terlibat, rendahkan hati & diri, buang prasangka tu jauh2, lapangkan hati & fikiran, jadi rasional. Buang semua adik beradik & family ni, biarkan kosong. Lepas tu tengok dalam hati masing2, cek, apa yang kena rawat, kat mana nak kena letak ubat. Bila dah elok, ambil balik satu persatu adik beradik yang kita rasa tu bukan virus. Letak balik dalam hati. Tengok, siapa yang kita letak dalam hati kita & tengok siapa yang letak kita dalam hati dia.
Kalau kita tak letak orang tu dalam hati kita, cuba cek, kita ni lebih baik dari dia ke? Dia langsung takde kebaikan ke? Kalau orang tak letak kita dalam hati dia, cuba cek, apa kelemahan yang aku kena baiki, apa salah yang aku dah buat. ALWAYS CEK DIRI KITA, JANGAN CEK ORANG LAIN..
Kalau tak boleh gak, buang je aku jauh2, sebab bersama orang bernama Djebat ni, kena banyak sabar..hehehe
Pesan aku dalam episod rajuk ni, hayatilah nasihat Imam Al-Ghazali (atau Syafie, aku tak ingat),
" Dalam bersaudara,
kalau saudara kita ada 1000 keburukan & 1 saja kebaikan,
PANDANGLAH KEBAIKAN yang 1 tu.
Kalau diri kita ada 1000 kebaikan & 1 saja keburukan,
PANDANGLAH KEBURUKAN kita yang 1 tu."
Dengan buat camtu, takkan menjadikan kita lebih rendah dan hina, sebaliknya meletakkan kita ditempat tertinggi, kalau tidak disisi manusia pun, InsyaAllah disisi Tuhan..
Nota: Ini pun ada yang tak faham juga ni kang, percaya la..huhu

4 comments:

Kasih Alyza said...

i suka apa yg u tulis ni.. walau pd dasarnya mmg ada yg x paham huhuhu tp percaya la didlm dasar ati mereka2 tu pasti ada yg memahami walau hanya sebaris sj dr tulisan u nie...

kdg kala bahasa2 kiasan susah nk dimengertikan lelaki berbanding perempuan krn rasa ati perempuan lbh halus dr lelaki :)

Faryal Adzrin @ Al said...

rajuk tu sama erti dgn merajuk kan? ermm xkan la abg merajuk pula... alalalala meh al suruh kak kasih pujuk ya abg hehehe...

Djebat said...

thanks kasih - pasni malas dah nak tulis mende2 camni lg. Kata angah tak dapat duit.lalala
Al - sengal kan ko ni dik..hehehe

Kasih Alyza said...

tp syg, duit bkn la segala2 nya dlm kita berusaha memimpin dan dipimpin.. kan kan :)