Masa tengah nak update blog ni, aku dapat SMS. Kawan2 ajak aku sarapan. Bila aku turun ke basement dorang terkocoh2 nak naik lif. Eh apahal? Rupa2nya kena panggil dengan Hakim, so aku pun ikut la dorang. Aku ingatkan ada apa, rupa2nya program Pembudayaan Al Quran. Alhamdulillah..lama dah rasanya aku tak mengaji.
Lepas tu ada sarapan. Aku kena bersarapan dengan Hakim dalam kamar hakim. Malu la pulak sebab dalam tu ada beberapa orang Hakim & Majistret. Korang tau apa yang dorang borakkan? Tiba2 je dorang ajak aku join main golf. Gila ke apa? Apa yang aku tau pasal golf? Hahaha..
Petang ni aku cadang nak gerak ke KL lepas solat Jumaat. Aku dah bagitau boss aku. Aku malas nak gerak esok. Kalau boleh malam ni gak nak jumpa family aku kat KL tu. Lama dah rasanya tak jumpa dorang. Aku nak amek balik semangat aku yang tertinggal.
Pagi ni aku akan ikut Puan Alpha ke penjara Air Molek untuk urusan sambung reman. Satu pengalaman baru untuk aku. So aku tak tau bila free tapi aku akan update untuk korang. Cepat atau lambat, korang tunggu ye..
No comments:
Post a Comment