Monday, November 23, 2009

Camne Nak Buat Ek..?

Bismillahhirrohmannirrohim

Ya Allah, besar juga dugaan yang aku hadapi ni. Antara kepercayaan & pengkhianatan, yang tersepit adalah persaudaraan. Aku bagi korang 4 situasi yang korang cuba la nilaikan sendiri dengan akal yang waras, aku yang bebal ke, atau mereka yang durjana..?

Situasi 1
A nak mintak aku cari funder untuk 1 projek, janji punya la hebat sampai aku yakin keberhasilan projek tu. Sebab tak nak libatkan orang lain, aku keluarkan RM3000 untuk biayai projek tersebut dengan janji pulangan 10% setiap show & royalti hasil jualan. Demi Allah, aku tak mengharapkan pulangan sebab aku cuma nak bantu A.

Sekarang dah lepas 2 tahun, satu habuk pun takde. Kalau la duit tu dari sorang funder lain, korang agak2 mati tak aku kena titik sebab pakai duit dia dan tak pulang2 sampai sekarang & hasil pulangan keuntungan pun takde. Aku gak jadi mangsa.

Situasi 2
B merayu pada aku nak pinjam RM1000 sebab awek dia masuk hospital. Punya la nak cepat, malam ni mesej aku, esok tengahari nak pakai. Aku punya la gelabah cari sana sini, pinjam sana sini, cukup jumlah RM1000 aku bagi kat dia. Punya la dia berterima kasih & janji dalam 2 minggu akan pulang balik. Aku lega la jugak sebab dapat tolong.

Sekarang dah masuk bulan kelima, mula2 dulu ada la juga dia bagi alasan. Lama2 aku call pun dah tak angkat dah. Dengan dia, dengan awek2 dia skali hilang.

Situasi 3
C bagitau aku cek dia belum boleh ditunaikan lagi. Dia nak pakai duit aku dulu dalam RM250 rasanya. Dia pun janji gak, hujung bulan bila cek dia dah boleh ditunaikan, dia akan bayar balik. Aku kira2, hujung bulan lagi 2 minggu. Boleh la, memandangkan aku pun ada duit lebih. Aku pun bagi dengan janji dia akan pulangkan. Kalau hujung bulan dia tak pulangkan, mati la aku. Duit minyak keta aku mesti short punya.

Sekarang dah 3 bulan lebih. Aku mintak hak aku, sampai macam nak bergaduh2. Siap suruh aku panggil gangster cari dia. Siap cakap dia tak takut. Pelik gak aku sebab kalau dia takde duit, bagitau la. Ini bila aku hubungi dia, dia diam, tak angkat call, tak jawab sms. Akhirnya aku halalkan je duit tu kat dia sebab aku sayangkan persaudaraan.

Situasi 4
D mintak tolong kat aku nak pakai duit untuk bisnes dia yang akan ada event tapi tak cukup modal. Dia nak pinjam RM500 je. Lepas kena 2 kali aku dah serik. Aku bagitau terus terang pada dia aku memang betul2 nak guna duit untuk bisnes aku. Dia merayu jugak dengan janji, selesai event dia nanti, dia sanggup pulangkan RM4000 sebab projek dia memang boleh buat duit.

Aku bagitau la, kalau aku tarik duit ni, bisnes aku tak jalan. Dia janji akan pulang lepas seminggu. Aku kata takpe la, aku stop bisnes seminggu aku, bermakna aku akan rugi RM1000 untuk bagi laluan pada bisnes dia tu.

Sekarang dah masuk minggu ketiga. Pun sama jugak ceritanya. Mula2 bagi alasan duit masuk lambat. Lama2 terus hilang.

*****

Yang aku cite kat korang ni, semua orang2 yang aku sangat2 percaya. Kalau aku tak percaya, sumpah Wallah aku tak bagi. Pada aku, masa dia susah, aku kena tolong sebab yang susah ni saudara aku. Aku yakin hadith yang kata mereka yang melapangkan beban saudaranya akan dilapangkan Allah bebannya.

Yang jadi masalahnya kenapa masa aku susah, aku nak balik duit aku, malah lebih dari tempoh yang dijanjikan, aku dah macam pengemis, aku macam anjing yang terjelir2 lidah mintak sesuatu yang hak aku. Kenapa orang sanggup jual persaudaraan semata2 untuk jumlah duit yang sikit? Aku memang mudah percaya, aku pegang janji & aku yakin janji Allah. Aku susah nak ragu saudara sendiri.

Sebab tu aku tak suka kalau orang yang rapat dengan aku nak pakai duit dia kata nak pinjam. Aku cukup tak suka. Bagitau je nak pakai duit & kalau aku ada aku bagi. Kalau pinjam, korang WAJIB kena pulang & aku tak nak jadi anjing.

Aku mohon pandangan korang, perlu ke aku percaya lagi pada saudara sendiri, mungkin korbankan persaudaraan, semata2 tak nak pisang berbuah 2 kali?

p/s: sebab masalah2 camni, aku pernah berhutang dengan orang, keta aku 3 bulan tak bayar, bisnes aku pernah lingkup. Kerana nak senangkan orang, diri aku sendiri yang huru hara. Dia senang, masalah dia selesai, masalah aku, sapa nak selesaikan melainkan aku tanggung sendiri. Tolong la berhati perot sikit..sekurang2nya pada orang yang dah tolong korang..

8 comments:

Anonymous said...

hey .
pe yg bley disimpulkn disini ialah , walaupun kite da lme knl and cye kt dy , ta semestinye dy bsikap jujur . nak2 lak ,zaman skrg nie . mcm2 jenis org de . nk tlg org mmg ta slh , tp sblum 2 , fikir sejauh yg boleh . bia la org kate kte nie kdekut ke pentingkn diri ke , yg pnting de kbaikan nye di kmudian hari . bknnye mnyesal . jgn biakan org pijak pale kte .


- ena -

Anonymous said...

Alhamdulillah :)
Abg adalah seorang yg baik ...
Mendahulukan diri orang lain sebelum diri sendiri adalh prkara yg mulia ...

Allah swt Maha Kuasa. Dia lah yang memberi rezeki pada kita semua.

Hadith Qudsi ade menyatakan bhwe:

Allah swt akan membantu hambanya, selagi mana hambaNya membantu saudara-saudaranya.

MasyaAllah abg jebat,
Kengkadang tangan dan kaki kte ny berat nak tolong orang. Macam-macamlah alasan yang kita berikan.
Yelah an, nk tlg orang ni bukannya perkara senang.Kadang-kadang kena korban duit dari poket sendiri juga…

Tapi Allah swt dah janji dalam hadith ni,,,
Dia akan bantu kita selagimana kita membantu keluarga kita, saudara kita, sahabat kita, mahupun orang-orang lain yang tidak kita kenali. Dan ape yang penting, janji Allah sentiasa benar taw...
Kalau nak Allah bantu kita, kita tolong lah orang. InsyaAllah, bantuan Allah akan sampai untuk kita bagi urusan di dunia. Haa..tpy bkan ddunia aje..diakhirat juge..
Dlm zaman skrg ni terlalu ramai yg suka mngambil kesempatan trhadap org lain.
Tak kesahlah saudara sendiri ke,sahabat baik ke mahupun adik beradik...
Sume nak ambil kesempatan sbb dia tahu hnya kita je yg btul2 boleh tolong dia..
Kita kne fikir sebaik mungkin.
Pedulikanlah apa dia nak kata tntg kte jika kte tak bg dia pnjm duit tu.Wang tu hak kte so kte berhak nk beri atau tidak.

Abg sabar jela..Rasulullah pernah bersabda maksudnya “Demi Tuhan yang diriku di tangan-Nya, jika seseorang lelaki itu terbunuh di jalan Allah, kemudian dia dihidupkan semula, kemudian dia terbunuh lagi, kemudian dia dihidupkan lagi, kemudian dia terbunuh lagi itu kerana dia dalam keadaan menanggung hutang, ia tetap tidak akan dapat masuk syurga, selagi hutangnya belum dibayar.”


Orang yg baik akan mendapat ganjaran dari-Nya,dan orang yg berdusta dengan janjinya dia juga akan mendapat balasannya..

Anonymous said...

Hutang ny perlu dijelaskn dgn kadar segera. Sape yang tak kesah hutangnya sehingga menyebabkan ia tertangguh terlalu lama dengan memberikan pelbagai alasan akan menyebabkan kesusahan kepada pemberi hutang.

perkare ni lah yg boleh merenggangkan hubungan kedua-dua belah pihak. Melengah-lengahkan membayar hutang, sedangkan kemampuan untuk membayar hutang itu ada, adalah satu kezaliman.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya: “Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda: Penangguhan membayar hutang oleh orang kaya adalah perbuatan zalim.” (Hadith riwayat al-Bukhari kutt klau ta silap sy..)

Oleh itu, pengajarannya ialah hindarilah dari perbuatan suka berhutang kerana ia bukan saja merosakkan kebahagiaan dan keharmonian hidup, malah membawa keburukan kepada diri sendiri.

Wassalam...

-shasha-

kakisnap said...

abang.... sabarla.... insyaallah... pasti ade hikmah disebaliknya... ALLAH tu maha berkuasa...

Unknown said...

abg jebat, kesimpulannye, abg belajar la dari ape yg dah jadi ni.bab2 duit ni jgn la percaya sape2.saya pun dah kena bnyk kali dah. bila bab2 duit atau harta ni, adik beradik pun sanggup beparang bertetak...

yg lain2, doa bnyk2, basahkan bibir ngan zikir n ayat2 suci al quran. moga Allah permudahkan ujian abg...

Anonymous said...

salam....
kisah awk sama jer mcm saya....
bla msa nak pinjam hari2 dtg rmh tnya kbar...tengah2 mlm pn dtg gak tu....
janji pinjam sekejap jer n byar tiap2 bulan...tapi habuk pn tak ada...kol x angkt....
kita mintak hak kita b setiap yg di pinjam wajib di pulangkan....
moral of the story.....
jgn mudah percaya dengan orang even dgn saudara sendiri....
rambut sama hitam tapi hati lain2....
skrg nie saya dah tahu siapa saudara/kawan watu senang & saudara/kawan waktu susah...
belajar dari pengalaman....

Djebat said...

thanks atas semua pandangan..

kip said...

psst.. abg,leh pinjam duit tak,,nk beli topap,,,ngee