..disini,yang anda baca ini adalah pandangan peribadi,adalah medan untuk berkongsi dan apa saja untuk mengenali hati budi..
Friday, November 13, 2009
Sekadar Renungan
Tiba2 hati aku tersentuh, terasa agak sayu. Aku pernah dengar kisah seorang ibu yang tak tau berenang telah terjun ke dalam perigi semata2 nak selamatkan bayinya yang jatuh ke dalam perigi tu. Sanggup dia korbankan nyawanya.
Aku juga pernah dengar kisah seorang ibu yang sanggup memberikan makanan kepada anaknya walaupun dia semata2 berpura2 menyuap makanan ke mulutnya sendiri. Aku jadi sayu kerana dalam dunia ni, itulah satu2nya ibu kita. Ada perempuan lain yang dapat gantikan dia dalam hidup kita? Ada jual kat mana2 kasih sayang ibu kita tu?
Aku pernah dihadapkan dengan pilihan, wanita yang sangat aku sayang dengan ibu aku. Aku tak ragu memilih ibu walau pun pedih nak buat keputusan tu. Sebab tu pagi ni hati aku tersentuh.
Monolog: Cubalah kau fikir, apa yang kau dah buat pada dia? Ada kau singgung perasaan dia? Ada kau buat dia sedih & terluka? Cuba tanya pada diri sendiri. Mungkin dia tak cakap sebab dia dah tak larat nak bercakap. Setiap kali dia cakap kau buat pekak. Lama2 dia pendam dalam hati. Dia menangis sendiri dalam bilik. Kau lihat dia ketawa, hati dia takkan dapat kau rasa.
Cuba fikir, apa kau buat? Tanya hati kau sendiri kerana hati kau takkan menipu. Tanya hati kau sendiri sebab aku pun tak tau. Bila kali terakhir kau cium tangan dia? Bila kali terakhir kau jumpa dia? bila kali terakhir kau sangka kau gembirakan dia? Tanya hati kau sendiri.
p/s: bila kau buat hatinya terluka, aku pun terasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment