Bismillahhirrohmannirrohim
Tulisan ni aku petik dari blog Nadi untuk panduan kepada korang yang berhasrat menubuhkan iCon di tempat korang.
Anda berminat nak join iCon... tapi anda jauh dari pusat kecemerlangan iCon (mcm JB, KL, Penang) untuk join aktiviti2 yang ada... Sebab kat tempat korang takda cawangan iCon terdekat... Korang nak pegi tempat2 yang ada iCon jauh pulak... kos lagi... pastu makan lagi, penginapan lagi...
Ermm... mesti pening kepala kan?
Apakata korang tubuhkan iCon di tempat korang...? Korang percayakan diri korang?
Ini adalah cara2 untuk menubuhkan iCon di tempat anda...
1. Dapatkan maklumat dari http://www.djebat.blogspot.com/ atau hubungi Pengasas (012-759 7151) atau President (017-223 1271) untuk pertanyaan berkenaan iConians yang dah mendaftar dari tempat anda...
2. Bila da dapat maklumat dorang, rancangkan satu perjumpaan pertama (first gathering) dengan iConians di tempat korang untuk kenal2/suaikenal/berkenalan/pengenalan/ dan sebagainya... Masa ni la korang boleh mengatur strategi untuk apa2 program sesuai di tempat korang... (tapi belum abis lagi untuk para 2 ni... sila ke para 3)...
3. Bila da kenal2an... So, korang bincang antara satu sama lain, untuk tentukan tarikh meeting perlantikan jawatankuasa Majlis Tertinggi untuk organisasi iCon di kawasan korang... (Seelok2nya meeting dibuat setelah 2-3 kali perjumpaan suaikenal... sbab, kalau dah kenal2 baru korang dah bleh agak sapa yang layak dilantik sbg Pengerusi dan J/Kuasa tertinggi di bawahnye,...)
4. Mase meeting, buat kat tempat yang proper la sket... kat Umah ke, Taman ke, Kedai makan (kureng sket, coz bising), bilik mesyuarat (lagi bagus), dewan balairaya atau di tempat2 yang kurang gangguan...
5. Mase meeting lagi... buat perlantikan secara undian untuk memilih penyandang bagi jawatan berikut;
a) Pengerusi
b) T. Pengerusi 1
c) T. Pengerusi 2
d) Setiausaha 1
e) Setiausaha 2
f) Bendahari 1
g) Bendahari 2
6. Bila dah ada penyandang jawatan ni maka terbentuklah organisasi korang... Jadi, jangan lupa terus buat minit mesyuarat... dan email kan pada herry_qusyairy@yahoo.com
7. Lepas tu, cuba dapatkan jumlah sebenar iConians yang berdaftar di tempat kamu dan report in kan kat aku or Mr. Djebat.
8. Then, buat perbicangan ringkas tentang perancangan korang untuk naikkan iCon di tempat korang... (Nama organisasi akan ditentukan oleh nadi... contoh; iCon Alor Setar/iCon Kuantan/iCon Segamat)
9. Set tarikh untuk first aktiviti yang korang nak buat ikut minat (ikut suara majoriti).
* Kalau ada kesempatan, Pengasas dan NADI akan datang berkunjung di tempat korang bila ada aktiviti...
TAPI... Bila korang da tubuhkan iCon Kawasan korang... Automaticly korang dah termaktub di bawah peraturan iCon yang perlu korang patuhi...
Antara yang penting;-
a) Tiada kutipan yuran dari MT Kawasan selain NADI
b) Apa2 program aktiviti mesti dimaklumkan terlebih dahulu pada NADI
c) Tidak memandai2 buat sesuatu tanpa rujukan
d) Tiada aktiviti yang berunsur jenayah diHalalkan dalam iCon..
f) NADI berhak membubarkan organisasi yang melanggar syarat atau mencemarkan imej iCon.
g) Dan syarat2 yang lain...
SEMOGA BERJAYA!!!
No comments:
Post a Comment