Friday, January 1, 2010

Berita Gembira Pertama 2010

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku rasa korang pun gembira dengan hadiah tahun baru ni. Aku petik dari blog tukar tiub. Kalau korang golongan pelajar, mungkin korang tak terasa sangat. Yakin lah, lepas harga gula naik, harga air kat kedai pun akan naik, kuih donut pun naik, roti pun naik harga. Bacalah..

BERGUMBIRA LAH SATU MALAYSIA – SEMUA SUDAH KENA TIPU !

TUAN EMPUANYA KILANG JUGA YANG JADI KAYA RAYA

HARGA GULA TIDAK NAIK , BEKALAN DIJAMIN CUKUP – ISMAIL SABRI- bernama

KUALA LUMPUR, 2 0gos (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bekalan gula di negara ini mencukupi serta tiada kenaikan harga akan berlaku sehingga akhir tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengingatkan peniaga agar tidak menyorokkan bekalan gula untuk meraih perhatian kerajaan bagi menaikkan harga gula.

18 Jan – KERAJAAN TAMBAH SUBSIDI ELAK HARGA GULA NAIK – berita hairan

KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin membatalkan hasrat menaikkan harga gula berikutan langkah terbarunya untuk menambah pemberian subsidi sebagai alternatif bagi menampan kenaikan harga barang keperluan berkenaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata langkah menambah subsidi itu antara cadangan utama yang diteliti secara serius kementeriannya sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

“Ada kemungkinan harga gula tidak dinaikkan berikutan kelembapan ekonomi dunia. Kementerian mengambil kira pelbagai perkara sebelum membuat keputusan apatah lagi kita mahu elak membebankan rakyat.

“Industri gula membabitkan pengeluar serta pemborong juga memberikan jaminan tidak menaikkan harga gula pada waktu terdekat dan akur terhadap keputusan kerajaan yang dijangka diumumkan empat minggu lagi,” katanya.

GULA NAIK 20 SEN MULAI ESOK – berita hairan

Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Md Zain Md Dom, sebentar tadi.

Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram.

Kenaikan itu menjadikan harga gula di Semenanjung bermula 12 tengah malam ini, RM1.65 sekilogram manakala RM1.75 bagi Sabah dan Sarawak.

KAH KAH KAH…

woit… BETUL TAK …HARGA GULA AKAN NAIK… kah kah kah…

woit… CARA MENIPU INI CUKUP SENANG… kah kah kah..

kah kah kah… MULA MULA SURUH KANG KONG TULIS TENTANG BAHAYA GULA...kah kah kah..

kah kah kah...KEMUDIAN BUAT BERITA YANG GULA TAK ELOK UNTUK KESIHATAN…. kah kah kah..

woit… KEMUDIAN NAIK KAN HARGA GULA…. kah kah kah..

nota:
kalau betul hendak menjaga kesihatan rakyat
kenapa hospital di swastakan?
kenapa hoppital kena bayaran?

cakap nak jaga kesihatan rakyat !

sekarang ini ambulan pun di sawastakan.
ini kerja gila. kalau kemalangan siapa nak hatar
ke hospital. ini lah dasar kapitalis.
ini bukan menanggok di air keruh.
ini menangkap ikan dalam pinggan kah kah kah

Banyak lagi dalam http://tukartiub.blogspot.com

3 comments:

Anonymous said...

baca semua pandangan..jgn hanya letak pandangan sebelah pihak sahaja...satu lagi, kita perlu realistik... :P

Djebat said...

betul, disitu telah diletakkan pandangan kedua2 belah pihak.

Anonymous said...

sdr memetik dua pandangan dari sumber yang berbeza...satu sumber arus perdana, dan satu lagi non-mainstream - bloggers. jika mahu berlaku adil, paparkan juga komen dari blogs dari sebelah sana dan sini...mungkin ramai orang hari ini lebih mementingkan gula dari isu kalimah Allah...tak sangka org yg menentang kapitalis tetapi dalam masa yang sama menyokong isu2 kapitalis...