Tuesday, January 5, 2010

Laporan New Models Search

Bismillahhirrohmannirrohim

2 Januari 2010, buat pertama kalinya iCon menghantar beberapa bakat Model ke pertandingan New Models Search anjuran CT Studio & Channel dengan kerjasama Giant. Dalam saringan ini SEMUA model iCon telah terpilih ke semi final. Korang ratap la gambar antara peserta yang ada pada petang tu. Perlu diingatkan, kebanyakan model iCon PERTAMA kali beraksi dipentas jalan kucing (catwalk) dan tiada pengalaman..hehe
Dengan berbekalkan sekali bengkel grooming yang dibuat sebelum ni, aku rasa betul2 puas hati dengan prestasi dorang. Tanpa membandingkan dengan model profesional atau yang dah ada latar belakang catwalk sebelum ni, aku yakin, 2010 merupakan tahun untuk iCon mengeluarkan produk terbaiknya. Tahniah Pengarah iCon Model, Murni yang turut serta memberikan semangat & sokongan kepada model2 baru ni.
Inilah barisan model yang berjaya ke semi final. InsyaAlah, salah seorang dari model iCon pasti antara mereka yang terpilih antara top 5 kerana itu matlamatnya. Tahniah & syabas.

1 comment:

~azmir~ said...

simple but high class...