Ada satu tempat yang aku suka sangat lepak kat situ sebab Char Kwey Teow (CKT) dia. Sekarang dah ada shisha lak kat situ. Masa duk Selayang dulu aku akan lepak satu kedai mamak yang memang ada CKT Special yang cuma berharga RM3.50 je. Dengan udang segar 3 ekor, sedikit kerang & TANPA taugeh, aku boleh belasah CKT tu sampai 2 pinggan. Bukan pelahap ye, tapi sebab sedap sangat.
Rahsia CKT ni pada kuah dia. Masa aku berniaga kat Selayang dulu pun aku dapat kesempatan nak belajar buat CKT tapi sedihnya, tak sempat belajar abis la. Balik je JB aku terus cari kat mana yang ada CKT. Sekarang dah ada kat area Desa Tebrau yang aku boleh lepak tiap2 malam kat situ untuk menikmati CKT.
Bagi CKT Lovers, aku nak ajak korang share. Kat mana tempat2 yang ada CKT yang sedap & kita semua blh kumpul & belasah CKT kat situ. Kita try dari satu tempat ke satu tempat, pastu kita boleh dapat tau kat mana yang paling sedap. Amacam? Bagi tau aku kat mana & kita g serang..
Buat permulaan ni, aku nak ajak korang serang CKT seperti maklumat berikut:
Tempat: Restoran Laris, belakang Tesco Tebrau
Tarikh: 25 Mac 2010
Masa: 8.30 malam
Harga: dari RM4.00 - RM4.50 sepinggan
Kemudahan lain: Shisha
iConians CKT Lovers yang berminat nak join just datang je tapi kena tepat pada masanya. Hasrat aku supaya tukang masak tu tak menang tangan malam tu. hahaha.. Hah, yang ada baju iCon, sila pakai ye.
5 comments:
Salam.
Char Kuey Teow di:
Restoran Zaharah.
Larkin Perdana.
Johor
bdekatan dengan traffic light simpang 4. bagi aku mmg sedap. harga dlm RM3.50.
CKT Lover
Salam.
Char Kuey Teow Sungai Dua,
di Sungai Dua, Penang. Location yg tepat aku taktau. Tp bleh cari kat google. Memang sedap dan berbaloi.
Lagi satu cawangan Char Kuey Teow Sungai Dua. Location dia kat Kulim. Aku pernah g skali jer, so location yang tepat aku tatau.
Lagi Kot's Char Kuey Teow dekat Sungai Bakap, Penang. Kalu ikut highway PLUS, keluar ke Jawi ikut jalan lama menuju ke Bandar Baru, Kulim etc. Kedai ni sebelah kiri jalan, berhampiran dengan Petronas.
Saja berkongsi jer. :-)
Afzainizam: Thanks atas kesudian. Kecik tapak tangan, lautan atlantik sy tadahkan. Keep in touch. 0127597151
Feroz: Thanks jugak dgn pkongsian tu, tp buat masa ni, Johor dulu kot. nice blog, pasni blh ajar sy ttg pelaburan emas tu ek..
TQ bro.
Pelaburan emas. No problem, mudah aje. No problem utk kongsi-kongsi apa yang saya tau. Bleh aje email sebarang pertanyaan. No charge maaa.
Atau search 'pelaburan emas' kat abg google. Byk yg provide info tentang pelaburan ni kat Malaysia skarang.
Eh, entry ni pasal Char Kuey Teow daaaa..
huhu
Char Kwey Teow ni medan utk kita berkumpul, berkenal & berkongsi gak, tol x..?
hehehe
Post a Comment