Thursday, March 4, 2010

Terkini

Bismillahhirrohmannirrohim

Macam memulakan segala2nya semula, macam orang baru yang baru belajar menulis dalam blog. Gila kau, lebih sebulan aku tak 'memblogging', kepala otak aku jadi keras macam kayu. Dalam tempoh sebulan tu macam2 aku lalui. Ada yang susah nak diceritakan, ada yang aku sendiri tak faham, ada yang sangat2 menggembirakan.

Benda yang sebulan aku lalui, kalau aku nak luahkan semua arini, aku terpaksa kembalikan perasaan sepanjang sebulan tu. Kalau tak, aku akan menulis tanpa apa2 perasaan, so nanti mende ni jadi membosankan. Lepas tu, aku lak terseksa bila ingat benda2 yang menyeksakan dan mungkin happy gila bila ingat perkara yang menggembirakan.. So aku putuskan, lebih baik aku terus jalan kedepan, menulis apa yang aku lalui hari2 daripada kenang semula apa yang dah lepas.

Buat pertama kalinya dalam tahun 2010, NADI berjaya menghimpunkan 12 dari 15 NADI & Pengarah iCon untuk bermesyuarat. Beberapa persetujuan telah dicapai dalam mesyuarat tersebut antaranya:

1. Presiden: Faiz @ Ais (mantan Ketua Kewangan yang berjaya)
2. Faizal & Aishah bertukar portfolio. Aishah sekarang merupakan setiausaha manakala Faizal adalah Ketua Kewangan.
3. Penggunaan nama melayu dalam iCon ditukar antaranya iCon Foto kepada iCon Photo, iCon Niaga kepada iCon Biz, iCon Priharin kepada i-Concern, iCon Muzik kepada iCon Music dan tambahan iCon Riders & iCon ICT.
3. iCon Community akan ditukar nama menjadi Persatuan Belia iCon bagi membolehkan iCon didaftarkan sebagai persatuan belia dan mendapat segala kemudahan dan peruntukan kerajaan serta terlibat dalam semua program & projek yang melibatkan remaja.
4. Laman web rasmi iCon dah hampir siap, dilengkapi dengan sistem pendaftaran on9, chatbox dan lain2.. Jadi sebaik saja laman web iCon dilancarkan, semua blog iCon akan ditutup dan segala berita, aktiviti dan sebagainya akan ditumpukan kepada laman web.

Aku sendiri, sekarang aku lebih banyak menumpukan kepada kerja hakiki aku, tapi tumpuan lebih untuk iConiXer Resources yang belum sebulan didaftarkan. Aku kena keje keras cari job untuk tampung kos sewa kedai & tambah peralatan baru. Azam tahun ni nak bukak studio nampaknya tercapai awal. Alhamdulillah berkat doa korang la ni..

Aku rasa aku makin sibuk sebab setiap minggu ada je yang aku kena buat. Kadang2 aku tak sempat balik Kota Tinggi. Dalam sibuk2 ni, dapat arahan dari HQ untuk keje sampai malam lak. Aduyai.. So bermula 1 Mac aritu, aku jadi penunggu kat pejabat sampai kul 10 malam setiap malam.

Korang, banyak gile dowh event minggu ni. Bertindih2.. So buat masa ni, itu je dulu kot.. Nanti aku tulis lagi k.

No comments: