Wednesday, February 17, 2010

17 Februari 2010

Bismillahhirrohmannirrohim

Hari ni orang keje,aku cuti. Aku ada misi. Aku ada kerja yang penting untuk iCon. Kalau aku keje, aku takkan dapat buat mende ni semua. Tapi korang tau kan? Kita merancang, Allah pun meracang, tapi peracangan Allah Maha Sempurna.

Macam2 perkara yang diluar kawalan & perancangan aku terjadi hari ni. Ada yang aku boleh share, ada yang aku terpaksa simpan sendiri. Wa masa ni aku tak cukup masa nak share dengan korang. Aku harap, nanti aku dapat share gak apa yang aku lalui sepanjang hari ni..

Antaranya, apa yang tak aku rancang:

1. Bertemu dengan Ustaz yang mengajar aku masa form 5 dulu. Sekarang dia pengetua Kolej 1 UTM Skudai & dalam masa sama dia ada link dengan Foto Kreatif UTM.. SubhanAllah.. Aku memang berusaha untuk dapat saluran masuk ke UTM ni, tiba2 Allah mudah kan..

2. Ada orang call aku. Dia bagitau dia dapat info tentang iCon dari sorang fotografer Lensa & nak tau lagi tentang iCon. Dia ajak jumpa, so aku set masa pukul 6 petang untuk jumpa dia. Sekali jumpa, masyaAllah, banyaknya bantuan yang Allah bagi pada aku untuk mudahkan urusan pengurusan bisnes yang aku nak buat. Bukan setakat tu, segala lubang & sumber dia bagi kat aku. Allah, hebatnya Kau..

3. Aku nak dapatka info tentang Pembiayaan Mikro. Tiba2 kat bank tu, ya Allah, junior aku yang uruskan sebab sekarang dia Pegawai Eksekutif Jabatan Mikro Kewangan & dia bantu aku dari A-Z untuk dapatkan pembiayaan tu.

4. Aku terus dapatkan quotation dari beberapa kedai foto untuk barangan foto yang aku perlu. SubhanAllah, ada 1 kedai yang baru di bukak, siap bagi free consultation pada aku, detailkan & sesuaikan dengan keperluan aku sampaikan dengan sejumlah duit, aku boleh dapat macam2 barang yang aku tak pernah terfikir.

p/s: Adam, Kechik & sapa2 yang minat tentang foto, bila korang datang JB aku bawak korang kat tempat ni..hohoho

So, pendek kata segala urusan aku sepanjang hari ni Allah mudahkan & bagi jalan untuk segala yang tak pernah aku terfikir atau aku rancang. Memang tak pernah.

Dengan segala bantuan yang Allah bagi ni, aku sasarkan bulan Mac atau April, akan ada satu perkembangan positif untuk iConian. Kalau ada, Alhamdulillah, kalau takde, aku akan usaha lagi. Kalau korang terus bersama iCon, kita akan sama2 rasa..

1 comment:

syafixhebat said...

ala, nak gak g kedai foto tue