Monday, February 8, 2010

Tahniah iCon Model

BismillahhirrohmannirrohimAlhamdulillah, selangkah demi selangkah orang nampak apa yang dicapai oleh iCon Model. Dari pengarahnya sampai la kepada bakat2 barunya, sudah muak makan kutukan dari mereka2 yang hebat. Tapi bak kata Dato' Siti, "Tak Hidup Dek Puji, Tak Mati dek Keji".

Orang pernah kutuk dorang depan2 aku, "apa la, badan camni nak jadi model?". Telinga aku pernah dengar macam2 orang kata Pengarah iCon Model. Hello, tanya la berapa umur Murni yang diberi tanggungjawab sebagai Pengarah. Bandingkan pulak dengan umur korang & pencapaian korang. Pada masa korang umur 18 macam dia sekarang, korang dah jadi pengarah ke?
Begitu juga Shafri. Bukan saja keyakinan diri dia orang gugat, malah saiz badan dia yang kecik tu pun orang pertikai. Macam mana nak jadi model kalau badan kurus kering? Tapi aku pesan kat dia, jangan mengalah & belasah je. Dulu nak bergaya pun tak pandai, lebih setahun lepas tu, dia finalis New Model Search. Yang penting dia tau apa makna MODEL tu..
Aku cuma nak korang tau, iCon mencari mereka yang berbakat & minat. iCon cuma cari mereka yang kosong. iCon tak cari model yang dah ada nama. iCon tak cari penyanyi yang popular untuk jadi ahli. iCon juga tak cari pelakon yang selalu keluar TV. Ibarat "from ZERO to Hero" iCon cuba usahakan dari bawah supaya ada peluang untuk mereka menggilap bakat yang ada.
Aku bukan ada latar belakang modeling, nyanyi atau berlakon. Aku kosong, tapi kerana aku nak tengok mereka berjaya, aku cuba belajar & cari peluang. Akhirnya, inilah hasilnya yang korang tengok hari ni. Biar la apa orang nak kata, kita dapat tengok pencapaian demi pencapaian yang dibuat oleh iConians. Biar perlahan, tapi satu demi satu nampak hasilnya. Aku bangga sey dengan korang.
Sebab semua ni la, aku lebih suka mereka yang diam, setahun macam tak nampak buat apa2, macam takde apa2 sumbangan kepada iCon, tapi hakikatnya mereka memberi sesuatu kepada iCon. Mereka membawa nama iCon naik ke atas sedikit demi sedikit.
Daripada orang yang gah dengan pengalaman, bangga dengan pencapaian, akhirnya mereka ini hanya mendedahkan kelemahan semata2. Orang tanya aku, aku kenal ramai artis2 tanah air, (memang la, dorang tak kenal aku pun..hahaha), kenapa tak ambik artis2 ni join iCon macam yang syarikat2 MLM buat untuk popularkan iCon ni? Aku tanya balik, iCon perlu popular ke?
Kalau la aku ambik orang2 yang dah ada nama, pertama, hilang iConcept From Zero To Hero tu. Keduanya, mereka yang ada nama ni selalunya demand. Seolah2 kita bergantung pada dia untuk naik & maju kedepan. Seolah2 iCon takkan hidup & akan berkubur tanpa dia. Sebab tu la, iCon takde orang ternama menjadi ahlinya kecuali atas permintaan mereka sendiri.
Setiap orang ada hak untuk menjadi ikon kepada orang lain. Sebab tu lah aku selalu tekankan, menjadi ahli iCon, korang kena berusaha untuk menjadi iCon kepada orang lain. Maknanya orang tengok kita, ada rasa suka & hormat. Bukan kita minta dihormati sebab penghormatan bukanlah sesuatu yang kita minta, tapi lahir dari hati orang lain yang kita hormati jua. Penghormatan itu lah yang cuba kita lahirkan dan serlahkan dari peribadi.
Dari seorang yang tak dipandang, kita sama2 usahakan dan kita sama2 naikkan iCon. Dulu aku pernah sebut, kalau korang ingat iCon ni persatuan dalam myspace semata2, sampai situ je la penglibatan korang. Itu je la yang korang nampak. Kalau korang rasa korang ada kelebihan dan keistimewaan untuk korang bangga2kan, terus lah berbangga.
Kalau korang rasa nak gunakan iCon untuk naikkan nama korang, korang takkan dapat sebab iCon takde apa2 untuk korang gunakan, tapi kalau korang rasa iCon ini platform untuk korang sama2 naik, kita akan naik sama2. Akhir kata, tahniah kepada Danial, Shafri & Murni kerana mengharumkan nama iCon. Kepada kawan2 baru yang nak bersama2 kami, kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

3 comments:

Anonymous said...

"bravoo" bang.... kepade sesiape terase, harap maaf bagi pihak abg jebat... hahahaha....go icon go..... "tahniah" n "syabas"

Anonymous said...

nak comment sket jek..
murni 2 cantik tp suruh la dye turunkan sket brt bdn 2...demi mse dpn jgk...x pyg nk kurus2 smpi aneroxia.cume kasik figure 2 lbih cantik jek..bkn nk kutuk cume bg pendpt...tinggi da ok da..cume body dye jek la x bp cantik..tp 2 sume bole dubah dgn usaha dan ketekunan!
anyway, syabas iCon!

Anonymous said...

syabas murni dlm usia yg muda dah jd pengarah....pikul la tanggungjawab tu sebaik-baiknye..jgn abaikn tanggungjawab yg telah dberikan...
tahniah abg jebat kerana mbawa ICON ke tahap yg lebih tggi...harap2 lps ni ICON akn lebih maju lg...