Monday, February 1, 2010

Pembubaran MT iCon KL

Bismillahhirrohmannirrohim

Sabtu dan Ahad lepas, Wanshah mewakili aku telah pergi ke KL & Shah Alam untuk melihat situasi di sana & membantu segala keperluan iCon KL. Dalam masa sama, beliau meninjau persiapan untuk Ujibakat iCon Muzik di KL & Shah Alam. Aku minta bantuan Shah untuk membincangkan tentang pembubaran & perlantikan baru MT iCon KL.

Dalam pertemuan di Doom KLCC jam 2 petang, aku dimaklumkan hanya Kos Sarani, Dean & Fadol sahaja yang hadir manakala pada perjumpaan sebelah malamnya di Shah Alam, hanya Mumu sahaja yang ada. Ini secara tak langsung menunjukkan isu komitmen MT iCon KL ini telah sampai kemuncaknya apabila mereka yang dilantik sudah tidak menunjukkan minat untuk mengendalikan iCon KL.

Memandangkan masing2 sibuk dengan komitmen belajar & kerja, aku rasa tidak perlu lagi dibebankan mereka dengan iCon dan dengan berat hati aku lepaskan mereka untuk tanggungjawab mereka yang lebih penting.

Dengan berat hati aku mengumumkan pembubaran MT iCon KL dan dengan ini diisytiharkan semua jawatan dikosongkan kecuali Pengarah iCon Design & Pengarah iCon Model yang akan meneruskan tugas seperti biasa.

Sehubungan dengan itu, semua jawatan lain adalah kosong dan boleh diisi oleh iConians yang berminat dan akan dipertimbangkan oleh NADI. Sebarang permohonan untuk membentuk semula MT iCon KL yang baru perlu dikemukakan kepada aku sendiri di talian 0127597151.

Serentak dengan itu, bermula hari ini, pandangan yang ditulis di dalam blog iCon KL tidak lagi menjadi pandangan rasmi iCon sehingga dimaklumkan kelak. Tidak ada seorang pun dibenarkan menyalahgunakan blog iCon KL sebagai ruang membuat sebarang perbincangan.

Sekiranya tiada mana2 pihak yang mampu untuk mengisi kekosongan tersebut, iConians KL akan diselaraskan oleh NADI.

Dikesempatan ini aku ucapkan jutaan terima kasih kepada MT2 iCon KL yang selama ini bersusah payah menganjurkan beberapa projek & aktiviti & mengusahakan perjumpaan dengan semua iConians. iConians KL & mana2 mantan MT boleh terus merujuk kepada aku untuk sebarang perkembangan.

Harap maklum.

6 comments:

Feroz vain said...
This comment has been removed by the author.
Feroz vain said...

ade salah sikit la kat situ sbnarnya..
mula2 saya ok dengan keputusan untuk bubarkn mt..
n kiterang still boleh dapat jawatan.
n saya dah bincang dgan abg jebat saya masih nk kekal kan jawatan itu.
so abang kata ok..
yang belajar masih dapat kekal kn jawatan selagi komitmen tu ada..
tapi bila wan shah datang ke kl..
dia kata dia xnk pelajar ade dalam mt icon kl.wth!!selama ni kami cuba untuk gerak kn iconkl.berusaha untuk hidupkn.tapi bila wanshah datang dia rosakkn segalanya.bagi saya mt icon kl yang ada komitmen seperti dean,mumu,han.patut diterusjn memegang jawatan.dan saya masih mahu memegang jawatan itu!!

Djebat said...

Feroz: keputusan belum dimuktamadkan. Pembubaran hanyalah prosedur biasa untuk membolehkan perlatikan semula dibuat. kalau tak bubarkan camne nk lantik yang baru.bagi mereka yg masih berminat & ada komitmen, saya syorkan dikekalkan mereka dan prestasi mereka dinilai semula bermula dari perlantikan baru.

Feroz vain said...

so kalau mcam tu.
biler kite nk wat mt baru.
dan kalau boleh tolong abang yang ada pada masa itu.
dan jgan abang hantar wakil lagi.
sebab kalau boleh kami mahu dgar ape2 alasan atau keputusan dari tangan abang.bukan dari tangan orang lain.dan sesungguh nya jangan sesekali orang yang baru masuk icon mahu campur urusan orang lama icon.sekali lagi maaf kerana kurang ajar.

Djebat said...

Salam..hehehe..ada sebabnya semua tu abg buat..bukan saja2..
Now kita dh dpt tgk dr segi komitmen..
tapisan pertama ada yg lepas ada yg sangkut..
ada iktibar yg korang kena belajar darinya..
dah tu kenapa abg call x dpt2 ni..?
haha

Anonymous said...

hurmm..
ade jugak org lame n baru icon ekk.
tgk sket muke dak lame tu.
har har.
Padul er??
cheh cheh..
dush dush.
-karat-