Tuesday, February 9, 2010

Picnic Santai @ Desaru

BismillahhirrohmannirrohimAda antara korang yang dah tau tentang projek hujung minggu ni, ada yang belum tau, so, bagi korang yang dah tau, sila la sampai2kan pada kawan2 korang yang lom tau lagi ek. Projek picnic santai ni bertujuan merapatkan hubungan sesama iConians & mereka yang baru nak berkenalan dengan iCon. So, samada korang iConians atau bukan, sila2kan la join picnic santai ni.

Tarikh: 13 Februari 2010
Tempat: Desaru, Kota Tinggi
iConcept: Hitam-Merah

Tentatif:
9.00 pagi - Berkumpul di Tesco Tebrau. (bagi yang dari Kota Tinggi, Pontian & Kulai boleh terus ke Kota Tinggi, berkumpul di Plaza Kota Tinggi)
9.15 pagi - Bertolak ke Kota Tinggi
10.30 pagi - Dijangka sampai Felda Semenchu
- Minum pagi ditaja oleh Cikgu Jamal & isteri
- Model Mini Showcase Fotoshoot & Catwalk
12.30 petang - Bergerak ke Desaru
2.00 petang - Ice breaking, Ada Apa Sama iCon, mandi manda.
- Wet fotoshoot (hehehe..)

Projek ni berbentuk potluck. Masing2 bawak makanan untuk lebih kurang 10 orang. Sampai sana kita kumpulkan & makan sama2. Aku bawak perut je la..hahaha

Korang jangan lak buat2 lupa. Bawak la tikar ke, payung ke, apa2 je la yang biasa orang bawak gi picnic. Korang yang tak ikot iConcept akan diDENDA..muaahahahaha..

So, kita jumpa 13 Februari ni ek. Nak lagi meriah? Tak nak segan sebab korang baru dengan iCon? Bawak je kawan2 korang, family korang & sapa2 je yang korang nak bawak. iCon mengamalkan keterbukaan.

p/s: kenderaan tidak disediakan. Korang kawtim la sesama korang ek.