13-16 Mei 2010 mencatat satu lagi sejarah buat iCon bila berjaya menyempurnakan tanggungjawab yang diberi. Fiesta Proton/Belia B.A.I.K 2010 merupakan langkah pertama iCon bergerak lebih agresif. Siapa tak bangga bila salah satu booth yang ada dalam Fiesta tersebut adalah booth iCon. Malas cite banyak, view gambar yang sempat aku masukkan untuk ratapan korang.Sambutan menggalakkan dari pengunjung manakala iConians tak menang tangan melayan pelbagai pertanyaan mereka yang berminat.Satu2nya motorsikal yang menggunakan enjin kereta Proton berjaya posing bersama iConians dihadapan booth iCon.Suasana Fiesta yang sesak dengan kereta, motorsikal & manusia. Apa yang menariknya, ramai pemilik motorsikal dari pelbagai kelab begitu berminat untuk menjadikan iCon sebagai salah satu platform mereka beraktiviti. Buktinya, gambar dibawah ni..Salah satu aktiviti pengisian adalah Pencarian Gadis Litar yang berjaya disempurnakan dengan jayanya. Macam biasa la kan, aku kena bagi peluang pada finalis Gadis Litar ni bergambar dengan Pengasas..hahaha
Aksi drift Tengku Djan yang menjadi daya penarik pengunjung Fiesta.
Menjunjung ke bawah duli tengku atas perkenan mencemar duli berangkat ke Fiesta & lalu kat booth kitorang. Kenapa la tengku tak singgah..huhu
Menjunjung ke bawah duli tengku atas perkenan mencemar duli berangkat ke Fiesta & lalu kat booth kitorang. Kenapa la tengku tak singgah..huhu
Ini buktinya, iCon diiktiraf sebagai Rakan Rasmi sebuah acara sebesar ini. Jutaan terima kasih kepada Risz Management & Proton kerana memberi peluang kepada iCon dan lepas2 ni, jangan tak bagi lagi tau..Hehe..
Syabas & tahniah kepada iConians yang tak kenal penat & letih. Titik peluh korang ni akan menjadi sebahagian dari pembakar semangat untuk membawa iCon pergi lebih jauh lagi lepas ni, InsyaAllah..
1 comment:
dasyat...gegar nie...
Post a Comment