Tuesday, December 16, 2008

Malang @ Bertuah

Semalam 15 Disember 2008.
Birthday Edris Khan - Happy Birthday yang ke 20 Ed.

Malang aku: tengah syok2 drive balik keje, cermin depan kereta meletop. Ganti cermin RM480. Gaji dah la lambat lagi, pastu dah bajet nak tukar bateri, tukar belting, hidupkan roadtax kancil, renew roadtax wira, renew lesen, setelkan sewa rumah bulan lepas & bulan ni, setelkan payment keta bulan lepas & bulan ni & macam2 lagi, alih2 kena tambah bajet luar jangka RM480 lagi..Adoyai..

Malang orang: kes pagi tadi, sorang pakcik datang bicara, kes langgar mati. Pakcik ni datang dari kedah sorang2 je, dengan status OKU yang berjalan terdengkot2, sempat bergurau dengan anggota polis;
"Cik, saya tak lari cik, kaki saya takde" sambil tersenyum tawar..
Pakcik ni naik bas dari kedah, dalam bas kena rompak dengan sorang mat bangla, ic, kad oku, dokumen2 penting semua hilang. Dia datang sehelai sepinggang. Majistret kenakan denda RM4000 @ 8 penjara. Pakcik tu pilih penjara..sayu hati bila ingat2 pakcik ni sebab beliau memang tak berduit & orang susah.

Bila fikir semula, aku ni, malang ke bertuah?

Mesej kawan2 meringankan resah hati aku.
~"When it rains all the birds fly for shelter but the eagle alone avoids the rain by flying above the clouds". Positive thinkers always focus on solutions, not on problems.
~View a negative experience in ur life like how u look at a photo negative. A single negative can create an unlimited number of positive print.

Yang aku sedih sket, mende ni semua berlaku tanpa 'mereka' disisi, tak macam selalu.
Salam.

Thursday, December 11, 2008

11Dis2008

Korang tau, lagi 2 hari aku dapat lesen penoh..
muahahahahahaaaaaa...
Boleh tanggal dah 'P' kat keta aku tu..
Aku ada planning untuk 2009,
tentang kerjaya,
tentang business,
tengtang life,
tentang Kay Community,
tentang Aliff Global,
tentang St2dio - Kechik mentorku,
& segalanya akan aku mulakan 18Dis2008 ini.
InsyaAllah 2009 akan lebih baik.
2009 aku akan menjadi lebih sibuk dari biasa.
2009 aku akan lebih banyak travel.
Aku akan dapatkan sebiji laptop untuk diri sendiri sebelum 2009.
Korang yang sentiasa support aku,
jangan lupa hello2 aku bila free k..

Tuesday, December 9, 2008

19/11/08 - 9/12/08

Assalamualaikum..
Ya Allah, punya la lama aku tak dapat on9 & wat n3..
sori korang, sori sangat2..
kalau ikutkan hati, memang hari2 aku wat n3,
korang pun tahu camne aku gila blogging kan?
Korang tau,
sampai sekarang aku tak dapat PC lagi,
line internet dah ada,
nak beli laptop tak cukup duit,
aku pun tak faham,
keperluan utama dalam wat keje cam PC tu tak disediakan kat mahkamah ni?
pelik kan..
Takpe la, aku kena bersabar & aku harap korang pun sabar,
Kay dalam proses keluarkan single, sabar k,
11-14 Dis sepatutnya kitorang join Pencarian Jejaka/Gadis i-Remaja,
Show Kay kat Time Square pun aku tak dapat update,
Shaw kne tipu kat show BBS, offer utk Kay & adik Karat dari Digi,
banyak mende la aku tak dapat update..
Fazren bakal bertunang pertengahan bulan ni, tahniah..
pun aku tak dapat update, sedih woo..
cerita tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa,
Kereta Beego terperangkap, Cico pun terlibat sedangkan wife dia dah nak due,
ish..banyak gila yang aku tak dapat update..
Ok now, yang terbaru,
aku merancang nak anjurkan Bengkel Grooming For Modeling kat JB ni..
sapa nak terlibat, angkat tangan...
hehehehe..