Monday, November 9, 2009

Mesyuarat & Perjumpaan iCon KL

Bismillahhirrohmannirrohim

Perkembangan terbaru dari iCon KL. Mumu maklumkan pada aku iCon KL akan buat mesyuarat & 2nd Gathering seperti maklumat berikut:

Tarikh: 15 November 2009 (mak ai, 18 dah SPM)
Masa: 2 Petang
Tempat berkumpul: Depan Starbuck KLCC
iConcept: Merah + Putih (yang tak menepati iConcept kena belanja yang lain..hahaha)

So, aku harap korang semua amek la kesempatan ni untu berkumpul dan kenal2 antara 1 sama lain, kongsi idea korang untuk majukan iCon & iConkan diri korang bersama MT2 iCon KL. Korang jangan lupa, bawak sekali kawan2 korang yang belum diiConkan ek..

Apa2 hal, sila refer Mumu 0133537476 & Dean 0129344594 k. Kalau korang tak dapat datang sekali pun, aku amat berbesar hati & terhutang budi kalau korang dapat sebarkan kat kawan2 korang dalam myspace ke, facebook ke, tagged ke, twitter ke, blog korang ke..amacam?

Terkilan

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku sedikit terkilan. Tujuan aku tubuh iCon ni adalah dengan niat yang baik, untuk menjadi ruang & memberi peluang kepada iConians mengembangkan bakat & minat mereka sehingga ke tahap maksimum. Malangnya, ada juga yang mengambil kesempatan, menyalahgunakan dan menyeleweng dalam iCon ni. Jadi sebelum benda ni menjadi barah, aku nak tegur korang direct je.

Aku dapat call dari seseorang yang memberitahu aku, gambar salah sorang model iCon telah digunakan untuk tujuan penyamaran. Individu tak bertanggungjawab tu telah gunakan gambar tersebut untuk laman web GAY dan menyamar menjadi model kita tu.

Secara tak langsung perkara ini menjejaskan peribadi model iCon tersebut & juga imej dan reputasi iCon keseluruhan. iCon mengutuk sekeras2nya perbuatan tersebut. Gambar yang diambil dari blog ni telah diambil secara tidak bertanggungjawab & digunakan pula untuk tujuan tidak bermaruah. Aku bagi amaran, jika aku tau siapa juga dalam dan luar iCon yang melakukannya, aku takkan teragak2 membawa perkara ini ke muka pengadilan.

Aku juga nak amek kesempatan ni untuk menegur beberapa orang yang menggunakan chat box sebagai tempat mencari musuh dan mencari gaduh. Jangan la buat tak senonoh kat sini ye..

Terima kasih.

p/s: Jangan lupa pertandingan nyanyian kat Giant Plentong tu..

Tahniah Negeri Sembilan

BismillahhirrohmanirrohimTahniah diucapkan kepada pasukan Negeri Sembilan atas kejayaan menamatkan penantian 61 tahun mereka.

Apa kaitan n3 kali ni dengan iCon? Haaa..korang yang berada di Negeri Sembilan sila amek perhatian. Pelancaran penubuhan iCon Negeri Sembilan akan dibuat pada bulan Disember nanti. Buat masa sekarang ni, perancangan sedang dibuat, jadi belum ada apa2 makluman lain yang dapat aku bagitau kat korang kecuali kemungkinan tarikhnya ialah 26-27 Disember 2009.

Cuma standby, Nadi insyaAllah akan ke sana. Antara pengisiannya ialah pertemuan kali pertama Nadi & iCon Negeri Sembilan, acara sukaneka bersama artis & media, pertunjukan bunga api dan lain2..Oleh itu,apa kata korang giatkan promosi & usaha untuk iConkan sahabat2 korang.

Bagi sapa2 yang belum iConkan diri, jom join kami. Just sms nama penuh, no ic, alamat & email kepada agen iCon negeri masing2.

Friday, November 6, 2009

Seruan Mesyuarat

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku cadangkan iCon setiap bahagian bermesyuarat untuk membincangkan beberapa perkara penting antaranya seperti agenda dibawah ni:

1. Perancangan setiap iCon sepanjang 2010, pemilihan projek2 berkualiti & mendekatkan iCon kepada masyarakat. Beri keutamaan kepada projek pemantapan jati diri iConians.
2. Perancangan melebarkan sayap iCon ke segenap daerah dengan organisasi yang lebih kemas & tersusun.
3. Mengatur strategi menambah bilangan iConians dari masa ke semasa & kenal pasti kecenderungan minat & bakat yang boleh ditonjolkan.
4. Merangka strategi menjalin hubungan dengan badan2 korporat, badan2 kerajaan, IPT2 dan semua pihak berkepentingan.
5. Mencari sumber dana selain dari kutipan yuran & langkah2 memperkasakan tabung Dana iCon untuk menggerakkan iCon.
6. Analisa iCon menggunakan kaedah SMART.

Sebagai tambahan,Nadi juga dicadangkan bermesyuarat untuk membincangkan perkara berkaitan pendaftaran & perlembagaan bagi memastikan iCon boleh bergerak lebih selesa pada masa akan datang.

Cadangan kepada MT2 Negeri supaya bermesyuarat sebelum 15 November, hantar minit mesyuarat & laporan sebelum 20 November, Nadi dicadangkan bermesyuarat pada 22 November & keluarkan rumusan keseluruhan. Laporan penuh boleh dikemukakan selewat2nya 1 Disember memandangkan 27 November tu Raya Haji.

Jika terlaksana cadangan ni, iCon akan memasuki tahun 2010 dengan lebih sistematik & berkesan, InsyaAllah..

Wednesday, November 4, 2009

PERTANDINGAN NYANYIAN CHANNEL SUPERSTAR 2009

Bismillahhirrohmannirrohim

PERTANDINGAN NYANYIAN CHANNEL SUPERSTAR 2009

SARINGAN 1 :AHAD , 8 NOVEMBER 2009 @ GIANT PLENTONG.
SARINGAN 2: AHAD, 15HB NOVEMBER 2009 @ GIANT PLENTONG.
SARINGAN 3: AHAD, 22HB NOVEMBER 2009 @ GIANT TAMPOI.
FINAL : AHAD,29HB NOVEMBER 2009 @ GIANT PLENTONG
TEMPAT : GIANT HYPERMARKET PLENTONG (DEPAN KFC)
PENDAFTARAN: 12.00 TGH HARI..
PERTANDINGAN: 1.00 PETANG

HADIAH

PERTAMA: WANG TUNAI RM400 + HADIAH(RM600) + TROFI..
KEDUA : WANG TUNAI RM300 + HADIAH( RM300) + TROFI..
KETIGA : WANG TUNAI RM200 + HADIAH (RM200) + TROFI.
KEEMPAT : WANG TUNAI RM150 + HADIAH (RM150) + TROFI..
KELIMA : WANG TUNAI RM100 + HADIAH (RM100) + TROFI..
TOP TEN : HADIAH PENGANJUR + TROFI.

Note: Sila bawa minus one sendiri.

Terima kasih pada Aleph yang bagi info ni kat aku. Aku harap iCon sekali lagi dapat menghantar wakil menyertai pertandingan ni. iConians yang nak turut serta harap dapat hubungi aku untuk kita sama2 buat persiapan yang perlu.

Tubuhkan iCon diTempat Anda

Bismillahhirrohmannirrohim

Tulisan ni aku petik dari blog Nadi untuk panduan kepada korang yang berhasrat menubuhkan iCon di tempat korang.

Anda berminat nak join iCon... tapi anda jauh dari pusat kecemerlangan iCon (mcm JB, KL, Penang) untuk join aktiviti2 yang ada... Sebab kat tempat korang takda cawangan iCon terdekat... Korang nak pegi tempat2 yang ada iCon jauh pulak... kos lagi... pastu makan lagi, penginapan lagi...

Ermm... mesti pening kepala kan?

Apakata korang tubuhkan iCon di tempat korang...? Korang percayakan diri korang?

Ini adalah cara2 untuk menubuhkan iCon di tempat anda...

1. Dapatkan maklumat dari http://www.djebat.blogspot.com/ atau hubungi Pengasas (012-759 7151) atau President (017-223 1271) untuk pertanyaan berkenaan iConians yang dah mendaftar dari tempat anda...

2. Bila da dapat maklumat dorang, rancangkan satu perjumpaan pertama (first gathering) dengan iConians di tempat korang untuk kenal2/suaikenal/berkenalan/pengenalan/ dan sebagainya... Masa ni la korang boleh mengatur strategi untuk apa2 program sesuai di tempat korang... (tapi belum abis lagi untuk para 2 ni... sila ke para 3)...

3. Bila da kenal2an... So, korang bincang antara satu sama lain, untuk tentukan tarikh meeting perlantikan jawatankuasa Majlis Tertinggi untuk organisasi iCon di kawasan korang... (Seelok2nya meeting dibuat setelah 2-3 kali perjumpaan suaikenal... sbab, kalau dah kenal2 baru korang dah bleh agak sapa yang layak dilantik sbg Pengerusi dan J/Kuasa tertinggi di bawahnye,...)

4. Mase meeting, buat kat tempat yang proper la sket... kat Umah ke, Taman ke, Kedai makan (kureng sket, coz bising), bilik mesyuarat (lagi bagus), dewan balairaya atau di tempat2 yang kurang gangguan...

5. Mase meeting lagi... buat perlantikan secara undian untuk memilih penyandang bagi jawatan berikut;
a) Pengerusi
b) T. Pengerusi 1
c) T. Pengerusi 2
d) Setiausaha 1
e) Setiausaha 2
f) Bendahari 1
g) Bendahari 2

6. Bila dah ada penyandang jawatan ni maka terbentuklah organisasi korang... Jadi, jangan lupa terus buat minit mesyuarat... dan email kan pada herry_qusyairy@yahoo.com

7. Lepas tu, cuba dapatkan jumlah sebenar iConians yang berdaftar di tempat kamu dan report in kan kat aku or Mr. Djebat.

8. Then, buat perbicangan ringkas tentang perancangan korang untuk naikkan iCon di tempat korang... (Nama organisasi akan ditentukan oleh nadi... contoh; iCon Alor Setar/iCon Kuantan/iCon Segamat)

9. Set tarikh untuk first aktiviti yang korang nak buat ikut minat (ikut suara majoriti).

* Kalau ada kesempatan, Pengasas dan NADI akan datang berkunjung di tempat korang bila ada aktiviti...

TAPI... Bila korang da tubuhkan iCon Kawasan korang... Automaticly korang dah termaktub di bawah peraturan iCon yang perlu korang patuhi...

Antara yang penting;-

a) Tiada kutipan yuran dari MT Kawasan selain NADI
b) Apa2 program aktiviti mesti dimaklumkan terlebih dahulu pada NADI

c) Tidak memandai2 buat sesuatu tanpa rujukan
d) Tiada aktiviti yang berunsur jenayah diHalalkan dalam iCon..
f) NADI berhak membubarkan organisasi yang melanggar syarat atau mencemarkan imej iCon.
g) Dan syarat2 yang lain...

SEMOGA BERJAYA!!!

Tuesday, November 3, 2009

Hutang 2

Bismillahhirrohmannirrohim..

Ni hasil keje Wafi. Sayangnya Wafi tak sertakan sekali gambar dia. Thanks gak kat Wafi sebab sudi join aktiviti iCon.
iCon dalam usaha memperkasakan lagi iCon Photo dibawah pimpinan cikgu Jamal. So korang promotekan la iCon kepada mana2 fotografer yang korang kenal supaya kita akan lebih ramai lagi fotografer yang akan bergabung dengan kita.

Friday, October 30, 2009

Hutang 1

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku berhutang dua n3, pertama dengan Ayul & kedua dengan Wafi. Kedua2nya gambar2 iCon Kota Tinggi berhari raya. Aku dah usaha & Alhamdulillah kali ni boleh lak masuk gambar2 ni. Ini gambar2 hasil seni Ayul.Ratap lah..Ayul, sowi la sangat2 lambat masukkan gambar2 ko ni. Dah dekat nak raya haji dah kan, tapi Alhamdulillah masuk jugak akhirnya..hehehe..Thanks gak kat Ayul sebab jadi salah sorang fotografer iCon.

Model iCon diPentas Peraga

BismillahhirrohmannirrohimDengan bantuan Kos Sarani, tiga orang model iCon telah berpeluang membuat catwalk dalam 1 majlis yang tidak kurang besarnya. Gambar2 ni aku amek dari blog Kos. Ratap la ye..
Putera Halil
Afiq Muiz
InsyaAllah lepas ni iCon akan melangkah setapak lagi dengan kesudian Kos membuka kelas Modelling & Grooming. Tahun 2010 bakal mencatatkan beberapa perkembangan penting untuk iCon & siapa yang nak sama2 mencipta kejayaan ini, iCon sangat mengalu2kan.

Satu Kerugian

Bismillahhirrohmannirrohim pic: Cikgu Din
Cikgu Din ada ajak aku join JB Night Shooting dengan Saiful Nang semalam. Kalau bukan dengan Saiful Nang pun aku akan sungguh2 untuk pergi sebab aku nak sangat jumpa fotografer Johor.Aku dah prepare awal2 pagi lagi & call atau sms smua yang aku sempat untuk terlibat sekali. Ditakdirkan Allah, ada saja halangan yang membantutkan niat murni aku tu.

Maaf sangat2 cikgu din sebab tak dapat join event semalam.