Friday, May 17, 2013

Rugi

Bismillahhirrohmanirrohim

Serius barulah aku rasa rugi tinggalkan blog ni dulu. Sebenarnya ini cubaan kedua untuk aku mulakan semula. Dulu aku stop sebab tak nak blog peribadi aku jadi sumber rujukan untuk iConians & pindahkan perhatian dorang kepada facebook.

Kemudian bila dah lama stop, nak mula balik tu ya Allah punya la janggal, lupa semua skill. Ada la post 1-2 tulisan tp lepas tu stop semula. Itu ketika iCon bergolak, aku kecewa & terus stop. Kenapa aku rasa rugi? Terlalu banyak peristiwa yang aku lalui tak dapat aku catatkan.

Segala yang berlaku dalam iCon, bagaimana iCon dikhianati, bagaimana iCon mendapat perhatian ahli-ahli politik & syarikat korporat, penglibatan iCon dengan Boys Of Straits penyokong tegar atau lebih dikenali sebagai Ultras, penglibatan iCon dengan kerja-kerja amal yang menjadi inspirasi aku sejak dulu sampai la politik mutakhir ni, terlalu banyak.

Yang sempat cuma tweet tapi korang pun tau kan twitter ni kedekut. Sikit sangat yang dapat kita tulis. Sekarang aku rasa puas, aku boleh taip sebanyak mana aku nak. Aku boleh luahkan apa yang aku rasa, apa yang berlaku & sebagainya.

Semoga kali ni Allah bagi kekuatan untuk aku terus menulis semula.  Bagi aku masa untuk meng"adjust" semula apa yang patut dalam blog ni k..

p/s: korang boleh juga follow twitter aku