Monday, November 30, 2009

PERTANDINGAN NYANYIAN CHANNEL SUPERSTAR 2009

Bismillahhirrohmannirrohim

Maaf, masih belum sempat nak masukkan gambar2 pertandingan akhir yang melibatkan 80 finalis tu. Isnin yang sangan sibuk wei..

Wednesday, November 25, 2009

Pengorbanan Berbuah Manis

Bismillahhirrohmannirrohim

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah Ya Allah..
Rasa macam bisikan aku semalam dijawab..Benar2 Dia Maha Mendengar. Hari ni Dia hadiahkan pada aku kemanisan sedangkan semalam aku rasakan kepahitan.

Ya Allah, Kau Maha Agong..Sujud & syukurku hanya padaMu.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430H

Tuesday, November 24, 2009

Ini Pengorbananku

Bismillahhirrohmannirrohim

Ya Allah, Kau berilah aku kesabaran & kekuatan..
Ya Allah,berilah keyakinan yang kukuh terhadap janji2Mu..
Aku korbankan perasaan ini demi janjiMu ya Allah..
Ini saja lah pengorbanan yang mampu aku beri..

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430H

Monday, November 23, 2009

Camne Nak Buat Ek..?

Bismillahhirrohmannirrohim

Ya Allah, besar juga dugaan yang aku hadapi ni. Antara kepercayaan & pengkhianatan, yang tersepit adalah persaudaraan. Aku bagi korang 4 situasi yang korang cuba la nilaikan sendiri dengan akal yang waras, aku yang bebal ke, atau mereka yang durjana..?

Situasi 1
A nak mintak aku cari funder untuk 1 projek, janji punya la hebat sampai aku yakin keberhasilan projek tu. Sebab tak nak libatkan orang lain, aku keluarkan RM3000 untuk biayai projek tersebut dengan janji pulangan 10% setiap show & royalti hasil jualan. Demi Allah, aku tak mengharapkan pulangan sebab aku cuma nak bantu A.

Sekarang dah lepas 2 tahun, satu habuk pun takde. Kalau la duit tu dari sorang funder lain, korang agak2 mati tak aku kena titik sebab pakai duit dia dan tak pulang2 sampai sekarang & hasil pulangan keuntungan pun takde. Aku gak jadi mangsa.

Situasi 2
B merayu pada aku nak pinjam RM1000 sebab awek dia masuk hospital. Punya la nak cepat, malam ni mesej aku, esok tengahari nak pakai. Aku punya la gelabah cari sana sini, pinjam sana sini, cukup jumlah RM1000 aku bagi kat dia. Punya la dia berterima kasih & janji dalam 2 minggu akan pulang balik. Aku lega la jugak sebab dapat tolong.

Sekarang dah masuk bulan kelima, mula2 dulu ada la juga dia bagi alasan. Lama2 aku call pun dah tak angkat dah. Dengan dia, dengan awek2 dia skali hilang.

Situasi 3
C bagitau aku cek dia belum boleh ditunaikan lagi. Dia nak pakai duit aku dulu dalam RM250 rasanya. Dia pun janji gak, hujung bulan bila cek dia dah boleh ditunaikan, dia akan bayar balik. Aku kira2, hujung bulan lagi 2 minggu. Boleh la, memandangkan aku pun ada duit lebih. Aku pun bagi dengan janji dia akan pulangkan. Kalau hujung bulan dia tak pulangkan, mati la aku. Duit minyak keta aku mesti short punya.

Sekarang dah 3 bulan lebih. Aku mintak hak aku, sampai macam nak bergaduh2. Siap suruh aku panggil gangster cari dia. Siap cakap dia tak takut. Pelik gak aku sebab kalau dia takde duit, bagitau la. Ini bila aku hubungi dia, dia diam, tak angkat call, tak jawab sms. Akhirnya aku halalkan je duit tu kat dia sebab aku sayangkan persaudaraan.

Situasi 4
D mintak tolong kat aku nak pakai duit untuk bisnes dia yang akan ada event tapi tak cukup modal. Dia nak pinjam RM500 je. Lepas kena 2 kali aku dah serik. Aku bagitau terus terang pada dia aku memang betul2 nak guna duit untuk bisnes aku. Dia merayu jugak dengan janji, selesai event dia nanti, dia sanggup pulangkan RM4000 sebab projek dia memang boleh buat duit.

Aku bagitau la, kalau aku tarik duit ni, bisnes aku tak jalan. Dia janji akan pulang lepas seminggu. Aku kata takpe la, aku stop bisnes seminggu aku, bermakna aku akan rugi RM1000 untuk bagi laluan pada bisnes dia tu.

Sekarang dah masuk minggu ketiga. Pun sama jugak ceritanya. Mula2 bagi alasan duit masuk lambat. Lama2 terus hilang.

*****

Yang aku cite kat korang ni, semua orang2 yang aku sangat2 percaya. Kalau aku tak percaya, sumpah Wallah aku tak bagi. Pada aku, masa dia susah, aku kena tolong sebab yang susah ni saudara aku. Aku yakin hadith yang kata mereka yang melapangkan beban saudaranya akan dilapangkan Allah bebannya.

Yang jadi masalahnya kenapa masa aku susah, aku nak balik duit aku, malah lebih dari tempoh yang dijanjikan, aku dah macam pengemis, aku macam anjing yang terjelir2 lidah mintak sesuatu yang hak aku. Kenapa orang sanggup jual persaudaraan semata2 untuk jumlah duit yang sikit? Aku memang mudah percaya, aku pegang janji & aku yakin janji Allah. Aku susah nak ragu saudara sendiri.

Sebab tu aku tak suka kalau orang yang rapat dengan aku nak pakai duit dia kata nak pinjam. Aku cukup tak suka. Bagitau je nak pakai duit & kalau aku ada aku bagi. Kalau pinjam, korang WAJIB kena pulang & aku tak nak jadi anjing.

Aku mohon pandangan korang, perlu ke aku percaya lagi pada saudara sendiri, mungkin korbankan persaudaraan, semata2 tak nak pisang berbuah 2 kali?

p/s: sebab masalah2 camni, aku pernah berhutang dengan orang, keta aku 3 bulan tak bayar, bisnes aku pernah lingkup. Kerana nak senangkan orang, diri aku sendiri yang huru hara. Dia senang, masalah dia selesai, masalah aku, sapa nak selesaikan melainkan aku tanggung sendiri. Tolong la berhati perot sikit..sekurang2nya pada orang yang dah tolong korang..

iCon @ Gitu2

Bismillahhirrohmannirrohim

Kebetulan, petang aku dapat maklumat yang Apek & Gitu2 Production nak buat casting kat JB. Seperti yang aku masukkan dalam blog ni Jumaat lepas, aku war2kan mende ni pada iConians JB melalui sms. Sabtu, aku & Afiq gi ke Hotel Selesa Pasir Gudang. Di sana sorang lagi iConian menunggu kami iaitu Elmi. Yang lain2 tak dapat turut serta.

Malam aku maklumkan lagi pada iConians supaya datang beramai2 ke Tropical Inn Ahad jam 8 malam. So ni la antara yang hadir & menerima sijil pada malam tu.
Afiq
Elmi Afifi
Salleh
Semua yang terpilih
iConians bersama Apek & Angah

Ada antara yang hadir dah balik seperti Syafiq, Ila, Nurul, Ali, Tia, Mie dan lain2. Aku ucapkan terima kasih pada korang yang sempat memberikan komitmen pada malam tu. Lain kali kita berkumpul lagi. iConians support Gitu2..hehehe

p/s: banyak lagi gambar dalam myspace aku..

Friday, November 20, 2009

Casting

Bismillahhirrohmannirrohim

Selamat Hari Jumaat

Bismillahhirrohmannirrohim

Ringan2kan la tangan kita bersedeqah,
kerana sedeqah itu penghalang api neraka..
jom sedeqah walaupun singgit,
tak semestinya masuk tabung masjid,
asalkan niat ikhlas,
belikan mak kuih kesukaan dia pun dah kira sedeqah.

tak susah kan?
Jom sedeqah..

Perjumpaan Jurufoto Johor 2009

BismillahhirrohmannirrohimGambar yang diamek dari blog Cikgu Din ni, aku lom mintak izin pun lagi..huhu.. Ni aku nak cite sket. Setelah lebih kurang 3 minggu kot aku war2kan pada fotografer2 iCon, akhirnya cuma aku, Jamal & Syafiq je yang bagi nama pada cikgu Din untuk join perjumpaan ni. Agak terkilan gak la sebab bila aku kira2 balik, iCon pernah mengumpulkan 12 fotografer dalam 1 masa.

Tapi takpe la, mungkin masing2 ada keje & masalah sendiri. Tujuan sebenar aku ke sana bukan semata2 untuk mendengar pembentangan yang akan disampaikan oleh Saiful Nang, satu nama besar dalam bidang fotografi, tapi yang lebih penting ialah bertemu fotografer2 Johor terutamanya Cikgu Din. Alhamdulillah hasrat ni dapat disempurnakan.
Cuba teka mana satu Saiful Nang..hahaha. Crdt to Syafiq

Kepada fotografer iCon Johor, mungkin hasrat & cita2 iCon tidak sampai pada korang, sebab tu la perkara ini tidak penting untuk korang ambil perhatian. Impian untuk menggabungkan seberapa banyak fotografer dalam iCon bukan satu impian kecik. Cita2 melahirkan 100 fotografer muda profesional iCon setiap tahun tahun perlukan satu pasukan yang mantap. Sebab tu la, aku mintak fotografer iCon seluruh negara, cuba fahami inspirasi ni.

Hanya mereka yang benar2 memahami & menjiwai impian iCon akan berada bersama pasukan yang akan dibentuk selewat2nya akhir tahun ini, insyaAllah.

Thursday, November 19, 2009

Gambar Raya Yang Tertinggal

Bismillahhirrohmannirrohimcikgu Din, komen sket pic ni..hehe
Agak terkilan kerana beberapa masalah telah menyebabkan kelewatan & beberapa gambar yang sepatutnya aku masukkan dalam blog ni, baru sekarang dapat aku masukkan. Memandangkan gambar2 ni gambar iCon Berhari Raya, so anggaplah aku kuarkan gambar ni sempena menyambut Raya Haji..hahaha
iCon Berhari Raya ke rumah Ais, ketua kewangan Nadi iCon.
iConians yang turut serta bergambar dengan Ais.
Masih lagi di rumah Ais. Korang ni tak reti2 nak balik? hahaha
Gambar iCon Berhari Raya di rumah Acik.
iCon Berhari Raya di rumah Boi.

Ini kali pertama iCon Berhari Raya bersama2 dengan keluarga baru yang semakin membesar. Tahun 2010 InsyaAllah iCon mungkin boleh mula Berhari Raya peringkat negeri. Jadi, kalau nak lebih ramai yang turut serta, jom kita iConkan kawan2 kita yang belum iCon.

Wednesday, November 18, 2009

Bengkel Vocal Pop iCon

Bismillahhirrohmannirrohim

Ini merupakan makluman awal kepada iConians dan mereka yang berminat. Bengkel Vocal Pop iCon akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 12 Disember 2009 (Sabtu)
Tempat: JA Residen Hotel, Johor Bahru (tertakluk kepada perubahan)
Bayaran: RM350 (termasuk makan, nota dll. iConians akan mendapat diskaun)

Mereka yang berhajat untuk turut serta dalam Bengkel Vocal Pop iCon ni, perlulah membuat tempahan kerana bengkel ini hanya dibuka kepada 20 peserta sahaja. Cara membuat tempahan ialah dengan membayar pendahuluan 10% yang perlu dibankinkan ke no akaun Maybank 1540 4468 0278 atas nama Hairul Azhar Mohamad. Kemudian boleh la sms pada aku dengan format seperti berikut:

VP Nama No IC Tarikh Bankin Masa Bankin dan hantar ke 0127597151

Tarikh tutup tempahan penyertaan adalah pada 1 Disember 2009. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke no 0127597151 / 0137934169

p/s: aku harap iConians dapat amek kesempatan ni sebab banyak tips yang akan diberikan didalam bengkel ni nanti. Memang la agak mahal sebab yang akan mengajar nanti bukan calang2 orang. 1 Malaysia kenal dia tau.

La baikallah

Bismillahhirrohmannirrohim

Kul 6.30 pagi aku terus gerak gi umah Aleph & berkejar ke Airport Senai. Mama Aleph bagitau ayah akan masuk taklimat kul 7.30 pagi so kami kena cepat. Aku gunakan lebuhraya Senai-Pasir Gudang, cuma 22km je, so kalau ikot bajet aku memang sempat la.
Alhamdulillah kami sempat sampai & dapat cari family Aleph. Sebab malam kenduri aritu aku terlepas peluang amek gambar keluarga, kali ni awal2 aku dah mintak dorang posing..hehehe

Syukur sangat aku dapat ikot hantar ayah Aleph gi haji. Sebenarnya aku cuma menumpang,sebab aku dah takde peluang nak hantar ayah aku. Terasa nak nangis gak masa tu bila kenangkan hajat arwah ayah aku yang tak tercapai. Tapi kena la kontrol, hehe
Ya Allah, jemputlah kami semua menjadi tetamuMu ya Allah. Kami rindu menjejakkan kaki ke sana. Korang doakan la aku dapat bawak family aku gi umrah tahun depan. Tu hajat aku yang belum tertunai.

Kenduri

Bismillahhirrohmannirrohim

13 November aritu ada kenduri kat rumah Aleph di Johor Jaya sempena keberangkatan ayahanda tersayang menunaikan ibadah haji. Dapat juga aku berikan kesempatan untuk bersama2 meraikan majlis kenduri tersebut.
Kami doakan ayahanda Abdullah Ismail mendapat haji yang mabrur. Amin..

Tuesday, November 17, 2009

SPM & STPM

Bismillahhirrohmannirrohim

Kepada iConians & pengikut setia blog ni diseluruh negara yang menduduki SPM & STPM, seluruh warga iCon mengucapkan selamat maju jaya. Jom sama2 kita berdoa:

Ya Allah,
permudahkan lah perjalanan kami
dan segala urusan kami
lapangkan fikiran kami
tenangkan hati kami
pandu lah kami melalui ujian ini
bagi kekuatan kepada kami
sihatkan tubuh badan kami
& Kau tetapkan lah hati kami Ya Allah.

Ya Allah,
Kau bantulah juga kawan2 kami
berikan kami kejayaan
di dunia & akhirat.

Ya Allah,
hanya kepadaMu lah kami berserah diri.


Nota: Korang banyak2kan selawat, banyak2kan solat hajat. Senjata dah ada kat tangan korang, selamat berjuang.

Monday, November 16, 2009

Perlantikan Baru

Bismillahhirrohmannirrohim

Memantapkan lagi barisan kepimpinan iCon JB, diumumkan Pengarah Dance JB, Aleph. Bukan saja diberi kepercayaan memimpin J-Robic kakitangan kerajaan negeri setiap pagi Ahad, Aleph mampu menguasai beberapa jenis tarian moden dan tradisional. Mungkin Aleph bukan yang terbaik tapi buat masa ni kemampuan beliau tidak diragui. iConians JB yang berminat menyertai kem iCon Dance, boleh berhubung terus dengan Aleph.
Alif Fikry
Pengarah iCon Dance
www.myspace.com/renoma_yuki

Antara perancangan yang telah diatur oleh Aleph ialah aktiviti J-Robic untuk iConians setiap pagi Ahad di Dataran Bandaraya, Kelas Kuda Kepang, Kelas Zapin & juga Kelas Modern Dance. Sila daftar segera. Kepada Aleph, semoga berjaya membuktikan dan memberikan yang terbaik.

Perlantikan Baru

Bismillahhirrohmannirrohim

Sukacita aku nak kenalkan kat korang 2 orang pengarah iCon yang diamanahkan menerajui iCon Design KL & iCon Model KL. Mereka ini akan bertanggungjawab menguruskan setiap aktiviti, perancangan projek dan sebagainya dalam bidang masing2. So aku amat2 berharap, korang yang berminat dalam bidang yang disebutkan, boleh berhubung terus dengan Pengarah2 berkut:

Mirul Feizzy
Pengarah iCon Design
www.myspace.com/hafiezzy
Kos Serani
Pengarah iCon Model
www.myspace.com/kosserani

Kalau ada yang aku tertinggal harap korang ingatkan aku ye sebab aku pun belum dapat laporan terkini dari meeting iCon KL semalam.

Aku dimaklumkan, Mirul & Kos dah ada perancangan masing2. Seperti yang dimaklumkan kepada aku, Kos nak buka kelas grooming & modeling iCon. So kalau korang berada di sekitar KL & berminat nak mengikuti kelas tersebut, boleh rujuk terus kepada Kos. Begitu juga Mirul yang dah bincang dengan aku beberapa projek yang akan dijalankan dibawah iCon Design. Aku harap Furin & semua designer iCon boleh berhubung terus dengan Mirul k.

Hujan

Bismillahhirrohmannirrohim

13 November, 10 malam:
Aku berdiri dibawah titis2 hujan, berfikir & merenung. Aku takut untuk menjawab & berbohong. Aku tak sanggup menatap mata orang yang paling kami sayang. Sebab tu, aku lari meninggalkan mereka seketika sementara. Hujan tetap menitis & aku masih berdiri dibawahnya, cuma mujurlah sedikit bumbung terjulur menutup kepala.

Pukul 12.30 pagi setelah 2 jam setengah berdiri baru la aku berani balik ke rumah tapi sedihnya dia yang kena marah..hehehe..

Nota: Ini kalau aku mula semula menulis novel ni, mau berdarah mata nak baca. Ayat bukan main lagi kan. Padahal nak cerita aku kena hujan malam kenduri kat umah Aleph, tu je..hahaha.

Itu la, sekarang dah start musim hujan balik kan. Ramai mengeluh, ramai yang tak suka hujan turun sedangkan kita tahu hujan ni rahmat dariNya. Korang tau tak, setiap titis hujan yang turun tu, setiap titsan, ada satu malaikat yang menjaganya & Malaikat tu sentiasa berzikir.

Korang nak tak doa yang kalau kita baca, kita dapat pahala sebanyak titis hujan yang turun, FOR FREE.. Ok, aku tak sure, tapi kalau aku salah, korang tolong betulkan ek. Bila kita nampak hujan turun, baca 3 kali:

Allahumma tsoiban naafi'a (sebenarnya doa ni panjang tapi kita boleh baca yang pendek ni)

Renung2kan & selamat beramal..hehe

iCon Model: Farish Ziegler

BismillahhirrohmannirrohimAlhamdulillah, sesuatu yang sangat2 dibanggakan oleh iCon. Walau pun Farish tidak bermula dari dalam iCon, tapi penyertaannya membakar semangat iConians yang mempunyai cita2 & impian yang sama. Teruskan perjuangan Farish, jadi antara model2 terawal iCon. iCon akan sentiasa menyokong.

Friday, November 13, 2009

Adakah Kau Bercakap Benar

Bismillahhirrohmannirrohim

Jujur & percaya. 2 benda ni melingkar dalam satu lingkaran psaudaraan. Hilang salah satu darinya, musnah la lingkaran tu. Hilang jujur, maka macam mana nak datang percaya. Bila dah tak percaya, jujur pun dah tak guna.

Bagi aku sendiri, dari kepercayaan yang aku bagi tu, bila terkucil je kejujuran, hati aku hancur lebur..

Sekian.

p/s: terdengar lak lagu "hancur hatiku, mengenang dikau, jadi keping2.."

Sekadar Renungan

Bismillahhirrohmannirrohimgambar: sekadar hiasan

Tiba2 hati aku tersentuh, terasa agak sayu. Aku pernah dengar kisah seorang ibu yang tak tau berenang telah terjun ke dalam perigi semata2 nak selamatkan bayinya yang jatuh ke dalam perigi tu. Sanggup dia korbankan nyawanya.


Aku juga pernah dengar kisah seorang ibu yang sanggup memberikan makanan kepada anaknya walaupun dia semata2 berpura2 menyuap makanan ke mulutnya sendiri. Aku jadi sayu kerana dalam dunia ni, itulah satu2nya ibu kita. Ada perempuan lain yang dapat gantikan dia dalam hidup kita? Ada jual kat mana2 kasih sayang ibu kita tu?

Aku pernah dihadapkan dengan pilihan, wanita yang sangat aku sayang dengan ibu aku. Aku tak ragu memilih ibu walau pun pedih nak buat keputusan tu. Sebab tu pagi ni hati aku tersentuh.

Monolog: Cubalah kau fikir, apa yang kau dah buat pada dia? Ada kau singgung perasaan dia? Ada kau buat dia sedih & terluka? Cuba tanya pada diri sendiri. Mungkin dia tak cakap sebab dia dah tak larat nak bercakap. Setiap kali dia cakap kau buat pekak. Lama2 dia pendam dalam hati. Dia menangis sendiri dalam bilik. Kau lihat dia ketawa, hati dia takkan dapat kau rasa.

Cuba fikir, apa kau buat? Tanya hati kau sendiri kerana hati kau takkan menipu. Tanya hati kau sendiri sebab aku pun tak tau. Bila kali terakhir kau cium tangan dia? Bila kali terakhir kau jumpa dia? bila kali terakhir kau sangka kau gembirakan dia? Tanya hati kau sendiri.

p/s: bila kau buat hatinya terluka, aku pun terasa.

Awas Penyamar: Laporan Polis Akan di Buat

Bismillahhirrohmannirrohim

Nampaknya mereka yang menyamar mula bertindak berani, menyerang aku dengan mesej2 lucah, gambar2 lucah dan sebagainya. Sehubungan itu aku & Nadi memberi tempoh seminggu kepada penyamar dayus tersebut untuk menghentikan tindakan bebal beliau sebelum laporan polis dibuat.

Sebenarnya di bawah akta pencegahan jenayah siber, tak susah nak kesan siapa yang tak bertanggungjawab tu. IP komputer yang digunakan boleh dikesan dan pelaku jenayah ni boleh ditangkap. Korang ingat sikit, nak merasa duduk lokap sebab mende kecik ni ke? Alahai, gunakan la tenaga korang tu untuk bangunkan diri dengan keje yang lebih baik.

20 November aku akan cuba bagitau korang apa perkembangannya ok. Kalau aku lupa, korang ingatkan aku. Thanks iConians.

Kepada MT iCon KL & iConians, kami mengucapkan selamat bermesyuarat & selamat bergathering..hehe

Thursday, November 12, 2009

Mesyuarat Induk Nadi iCon

Bismillahhirrohmannirrohim

Mesyuarat Induk Nadi iCon dicadangkan seperti berikut:

Tarikh: 22 November 2009 (Ahad)
Masa: 9.30 pagi - 11.00 malam (ye ye je..)
Tempat: Balai Belia Johor Jaya (berkumpul di Tesco Tebrau sharp 9 pagi)
Agenda:
1. Perancangan setiap iCon sepanjang 2010, pemilihan projek2 berkualiti & mendekatkan iCon kepada masyarakat. Beri keutamaan kepada projek pemantapan jati diri iConians.
2. Perancangan melebarkan sayap iCon ke segenap daerah dengan organisasi yang lebih kemas & tersusun.
3. Mengatur strategi menambah bilangan iConians dari masa ke semasa & kenal pasti kecenderungan minat & bakat yang boleh ditonjolkan.
4. Merangka strategi menjalin hubungan dengan badan2 korporat, badan2 kerajaan, IPT2 dan semua pihak berkepentingan.
5. Mencari sumber dana selain dari kutipan yuran & langkah2 memperkasakan tabung Dana iCon untuk menggerakkan iCon.
6. Analisa iCon menggunakan kaedah SMART.

Sebagai tambahan,Nadi juga dicadangkan bermesyuarat untuk membincangkan perkara berkaitan pendaftaran & perlembagaan bagi memastikan iCon boleh bergerak lebih selesa pada masa akan datang.

Setakat n3 ni ditulis, 7 daripada 14 orang Nadi & Pengarah telah bersetuju untuk hadir. Aku harap kehadiran 100% memandangkan ini mesyuarat yang sangat penting ntuk menentukan hala tuju iCon. Sila respon segera kalau ada yang tidak dapat hadir. iConians yang nak menyumbangkan idea sila kemukaan kepada mana2 Nadi sebelum 20 November 2009.

Selamat Pengantin Baru Neni

Bismillahhirrohmannirrohim
Ni kazen aku yang kawen 1 November aritu. Dah lama aku tak letak gambar2 pengantin kan, ha..kali ni korang ratap la ye..
Dia ngadu kat aku, mak andam yang dia amek tu paksa dia guna khidmat fotografer dorang gak. Aku cakap, xpe la, rezki dia la tu kan..hahaha
Akhir kata, selamat pengantin baru sepupu ku..

Potong Jambul

Bismillahhirrohmannirrohim

Kazen aku mintak aku shoot gambar baby dia yang baru sebulan lahir tu. Bukan nak cerita pasal gambar atau majlis tu, cuma..
Aku tersentuh bila tengok seorang ibu memberi kucupan pada anaknya. Sudah tentu la kucupan tu datang sekali dengan perasaan penuh kasih sayang. Terlintas tiba2, bila kali terakhir aku mengucup dahi mak aku..huhu

Wednesday, November 11, 2009

Lagi Kes Menyamar

Bismillahhirrohmannirrohim

Secara peribadi, aku anggap mereka yang menyamar jadi orang lain ni seorang yang takde kayakinan diri, jati diri dia berada pada tahap bawah tapak kasut sebab dia tak yakin menjadi diri dia sendiri sampai terpaksa pinjam identiti orang.

Kali ni, Pengerusi iCon KL, Dean jadi mangsa bila ada orang yang tak bertanggungjawab gunakan identiti Dean & bukak myspace dengan nama icon_dean & menggunakan gambar2 Dean. Ramai kalangan iConians yang dah add & approve makhluk tak bertanggungjawab ni. So aku ingatkan korang agar berhati2.

Selalunya barang2 yang berkualiti yang akan ditiru. Jadi bila identiti iConians ditiru, aku tak pelik sebab..hehehe.. Oh ya, korang jangan lupa Mesyuarat & Gathering iCon KL.

Kembali Pulang

Bismillahhirrohmannirrohim

bintang terlihat terang
saat dirimu datang
cinta yang dulu hilang
kini kembali pulang

lihatlah dia mulai bernyanyi
coba merangkai mimpi
cinta yang dulu pergi
kini datang kembali

wajahmu mengingatku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkan
dengan masa laluku

reff:
kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
akan ku bawa dia terbang
damai bersama bintang

kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
betapa senang ku dendangkan
dan takkan ku lepaskan

wajahmu mengingatkanku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkanku
dengan masa laluku

repeat reff [2x]

Antara lagu yang paling aku suka kalau g karaoke dengan iConians. Tapi masalahnya aku tak pandai nyanyi, suara pun tak komersial..So aku suruh la Aleph nyanyi..hahahaha

motif: sengaja nak bagitau iConians, kita dah lama tak karaoke kn? hahaha

10 November 2009

BismillahhirrohmannirrohimHappy Birthday
Mohd Aliff Ekhwan
Happy Birthday yang ke 20

Buat Semangat Buat-Buat

Bismillahhirrohmannirrohim

Dah lama aku tak petik tulisan Zahiril & ini untuk tatapan kalian. Layarilah blog Zahiril untuk tulisan lainnya yang lumayan idea.

Apa pernah kau dapat idea nak buat ini, itu, itu, ini, ini, ini, itu, itu, itu. Macam - macam. Semuanya pada kau bagus - bagus.


Berkesan, dalam, menarik.

Seronok nak buat! Tak sabar nak buat! Kau bayangkan ini! Kau bayangkan itu! Kalau begini pasti menarik! Kalau begitu pasti bagus! Kau tengok itu, kau terinspirasi. Kau lihat ini, kau terinspirasi! Tak sabar! Tak sabar!

Semangaaattttttt!!!!!!!!

Tapi akhirnya, sampai hari ini, satu pun tak terbuat. Bila kerja lain menghambat.

Aku mintak iConian renungkan tulisan ni & fikir dalam2, fikir jauh2..apa kaitan dengan kita..

Monday, November 9, 2009

Mesyuarat & Perjumpaan iCon KL

Bismillahhirrohmannirrohim

Perkembangan terbaru dari iCon KL. Mumu maklumkan pada aku iCon KL akan buat mesyuarat & 2nd Gathering seperti maklumat berikut:

Tarikh: 15 November 2009 (mak ai, 18 dah SPM)
Masa: 2 Petang
Tempat berkumpul: Depan Starbuck KLCC
iConcept: Merah + Putih (yang tak menepati iConcept kena belanja yang lain..hahaha)

So, aku harap korang semua amek la kesempatan ni untu berkumpul dan kenal2 antara 1 sama lain, kongsi idea korang untuk majukan iCon & iConkan diri korang bersama MT2 iCon KL. Korang jangan lupa, bawak sekali kawan2 korang yang belum diiConkan ek..

Apa2 hal, sila refer Mumu 0133537476 & Dean 0129344594 k. Kalau korang tak dapat datang sekali pun, aku amat berbesar hati & terhutang budi kalau korang dapat sebarkan kat kawan2 korang dalam myspace ke, facebook ke, tagged ke, twitter ke, blog korang ke..amacam?

Terkilan

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku sedikit terkilan. Tujuan aku tubuh iCon ni adalah dengan niat yang baik, untuk menjadi ruang & memberi peluang kepada iConians mengembangkan bakat & minat mereka sehingga ke tahap maksimum. Malangnya, ada juga yang mengambil kesempatan, menyalahgunakan dan menyeleweng dalam iCon ni. Jadi sebelum benda ni menjadi barah, aku nak tegur korang direct je.

Aku dapat call dari seseorang yang memberitahu aku, gambar salah sorang model iCon telah digunakan untuk tujuan penyamaran. Individu tak bertanggungjawab tu telah gunakan gambar tersebut untuk laman web GAY dan menyamar menjadi model kita tu.

Secara tak langsung perkara ini menjejaskan peribadi model iCon tersebut & juga imej dan reputasi iCon keseluruhan. iCon mengutuk sekeras2nya perbuatan tersebut. Gambar yang diambil dari blog ni telah diambil secara tidak bertanggungjawab & digunakan pula untuk tujuan tidak bermaruah. Aku bagi amaran, jika aku tau siapa juga dalam dan luar iCon yang melakukannya, aku takkan teragak2 membawa perkara ini ke muka pengadilan.

Aku juga nak amek kesempatan ni untuk menegur beberapa orang yang menggunakan chat box sebagai tempat mencari musuh dan mencari gaduh. Jangan la buat tak senonoh kat sini ye..

Terima kasih.

p/s: Jangan lupa pertandingan nyanyian kat Giant Plentong tu..

Tahniah Negeri Sembilan

BismillahhirrohmanirrohimTahniah diucapkan kepada pasukan Negeri Sembilan atas kejayaan menamatkan penantian 61 tahun mereka.

Apa kaitan n3 kali ni dengan iCon? Haaa..korang yang berada di Negeri Sembilan sila amek perhatian. Pelancaran penubuhan iCon Negeri Sembilan akan dibuat pada bulan Disember nanti. Buat masa sekarang ni, perancangan sedang dibuat, jadi belum ada apa2 makluman lain yang dapat aku bagitau kat korang kecuali kemungkinan tarikhnya ialah 26-27 Disember 2009.

Cuma standby, Nadi insyaAllah akan ke sana. Antara pengisiannya ialah pertemuan kali pertama Nadi & iCon Negeri Sembilan, acara sukaneka bersama artis & media, pertunjukan bunga api dan lain2..Oleh itu,apa kata korang giatkan promosi & usaha untuk iConkan sahabat2 korang.

Bagi sapa2 yang belum iConkan diri, jom join kami. Just sms nama penuh, no ic, alamat & email kepada agen iCon negeri masing2.

Friday, November 6, 2009

Seruan Mesyuarat

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku cadangkan iCon setiap bahagian bermesyuarat untuk membincangkan beberapa perkara penting antaranya seperti agenda dibawah ni:

1. Perancangan setiap iCon sepanjang 2010, pemilihan projek2 berkualiti & mendekatkan iCon kepada masyarakat. Beri keutamaan kepada projek pemantapan jati diri iConians.
2. Perancangan melebarkan sayap iCon ke segenap daerah dengan organisasi yang lebih kemas & tersusun.
3. Mengatur strategi menambah bilangan iConians dari masa ke semasa & kenal pasti kecenderungan minat & bakat yang boleh ditonjolkan.
4. Merangka strategi menjalin hubungan dengan badan2 korporat, badan2 kerajaan, IPT2 dan semua pihak berkepentingan.
5. Mencari sumber dana selain dari kutipan yuran & langkah2 memperkasakan tabung Dana iCon untuk menggerakkan iCon.
6. Analisa iCon menggunakan kaedah SMART.

Sebagai tambahan,Nadi juga dicadangkan bermesyuarat untuk membincangkan perkara berkaitan pendaftaran & perlembagaan bagi memastikan iCon boleh bergerak lebih selesa pada masa akan datang.

Cadangan kepada MT2 Negeri supaya bermesyuarat sebelum 15 November, hantar minit mesyuarat & laporan sebelum 20 November, Nadi dicadangkan bermesyuarat pada 22 November & keluarkan rumusan keseluruhan. Laporan penuh boleh dikemukakan selewat2nya 1 Disember memandangkan 27 November tu Raya Haji.

Jika terlaksana cadangan ni, iCon akan memasuki tahun 2010 dengan lebih sistematik & berkesan, InsyaAllah..

Wednesday, November 4, 2009

PERTANDINGAN NYANYIAN CHANNEL SUPERSTAR 2009

Bismillahhirrohmannirrohim

PERTANDINGAN NYANYIAN CHANNEL SUPERSTAR 2009

SARINGAN 1 :AHAD , 8 NOVEMBER 2009 @ GIANT PLENTONG.
SARINGAN 2: AHAD, 15HB NOVEMBER 2009 @ GIANT PLENTONG.
SARINGAN 3: AHAD, 22HB NOVEMBER 2009 @ GIANT TAMPOI.
FINAL : AHAD,29HB NOVEMBER 2009 @ GIANT PLENTONG
TEMPAT : GIANT HYPERMARKET PLENTONG (DEPAN KFC)
PENDAFTARAN: 12.00 TGH HARI..
PERTANDINGAN: 1.00 PETANG

HADIAH

PERTAMA: WANG TUNAI RM400 + HADIAH(RM600) + TROFI..
KEDUA : WANG TUNAI RM300 + HADIAH( RM300) + TROFI..
KETIGA : WANG TUNAI RM200 + HADIAH (RM200) + TROFI.
KEEMPAT : WANG TUNAI RM150 + HADIAH (RM150) + TROFI..
KELIMA : WANG TUNAI RM100 + HADIAH (RM100) + TROFI..
TOP TEN : HADIAH PENGANJUR + TROFI.

Note: Sila bawa minus one sendiri.

Terima kasih pada Aleph yang bagi info ni kat aku. Aku harap iCon sekali lagi dapat menghantar wakil menyertai pertandingan ni. iConians yang nak turut serta harap dapat hubungi aku untuk kita sama2 buat persiapan yang perlu.

Tubuhkan iCon diTempat Anda

Bismillahhirrohmannirrohim

Tulisan ni aku petik dari blog Nadi untuk panduan kepada korang yang berhasrat menubuhkan iCon di tempat korang.

Anda berminat nak join iCon... tapi anda jauh dari pusat kecemerlangan iCon (mcm JB, KL, Penang) untuk join aktiviti2 yang ada... Sebab kat tempat korang takda cawangan iCon terdekat... Korang nak pegi tempat2 yang ada iCon jauh pulak... kos lagi... pastu makan lagi, penginapan lagi...

Ermm... mesti pening kepala kan?

Apakata korang tubuhkan iCon di tempat korang...? Korang percayakan diri korang?

Ini adalah cara2 untuk menubuhkan iCon di tempat anda...

1. Dapatkan maklumat dari http://www.djebat.blogspot.com/ atau hubungi Pengasas (012-759 7151) atau President (017-223 1271) untuk pertanyaan berkenaan iConians yang dah mendaftar dari tempat anda...

2. Bila da dapat maklumat dorang, rancangkan satu perjumpaan pertama (first gathering) dengan iConians di tempat korang untuk kenal2/suaikenal/berkenalan/pengenalan/ dan sebagainya... Masa ni la korang boleh mengatur strategi untuk apa2 program sesuai di tempat korang... (tapi belum abis lagi untuk para 2 ni... sila ke para 3)...

3. Bila da kenal2an... So, korang bincang antara satu sama lain, untuk tentukan tarikh meeting perlantikan jawatankuasa Majlis Tertinggi untuk organisasi iCon di kawasan korang... (Seelok2nya meeting dibuat setelah 2-3 kali perjumpaan suaikenal... sbab, kalau dah kenal2 baru korang dah bleh agak sapa yang layak dilantik sbg Pengerusi dan J/Kuasa tertinggi di bawahnye,...)

4. Mase meeting, buat kat tempat yang proper la sket... kat Umah ke, Taman ke, Kedai makan (kureng sket, coz bising), bilik mesyuarat (lagi bagus), dewan balairaya atau di tempat2 yang kurang gangguan...

5. Mase meeting lagi... buat perlantikan secara undian untuk memilih penyandang bagi jawatan berikut;
a) Pengerusi
b) T. Pengerusi 1
c) T. Pengerusi 2
d) Setiausaha 1
e) Setiausaha 2
f) Bendahari 1
g) Bendahari 2

6. Bila dah ada penyandang jawatan ni maka terbentuklah organisasi korang... Jadi, jangan lupa terus buat minit mesyuarat... dan email kan pada herry_qusyairy@yahoo.com

7. Lepas tu, cuba dapatkan jumlah sebenar iConians yang berdaftar di tempat kamu dan report in kan kat aku or Mr. Djebat.

8. Then, buat perbicangan ringkas tentang perancangan korang untuk naikkan iCon di tempat korang... (Nama organisasi akan ditentukan oleh nadi... contoh; iCon Alor Setar/iCon Kuantan/iCon Segamat)

9. Set tarikh untuk first aktiviti yang korang nak buat ikut minat (ikut suara majoriti).

* Kalau ada kesempatan, Pengasas dan NADI akan datang berkunjung di tempat korang bila ada aktiviti...

TAPI... Bila korang da tubuhkan iCon Kawasan korang... Automaticly korang dah termaktub di bawah peraturan iCon yang perlu korang patuhi...

Antara yang penting;-

a) Tiada kutipan yuran dari MT Kawasan selain NADI
b) Apa2 program aktiviti mesti dimaklumkan terlebih dahulu pada NADI

c) Tidak memandai2 buat sesuatu tanpa rujukan
d) Tiada aktiviti yang berunsur jenayah diHalalkan dalam iCon..
f) NADI berhak membubarkan organisasi yang melanggar syarat atau mencemarkan imej iCon.
g) Dan syarat2 yang lain...

SEMOGA BERJAYA!!!

Tuesday, November 3, 2009

Hutang 2

Bismillahhirrohmannirrohim..

Ni hasil keje Wafi. Sayangnya Wafi tak sertakan sekali gambar dia. Thanks gak kat Wafi sebab sudi join aktiviti iCon.
iCon dalam usaha memperkasakan lagi iCon Photo dibawah pimpinan cikgu Jamal. So korang promotekan la iCon kepada mana2 fotografer yang korang kenal supaya kita akan lebih ramai lagi fotografer yang akan bergabung dengan kita.