Thursday, November 12, 2009

Mesyuarat Induk Nadi iCon

Bismillahhirrohmannirrohim

Mesyuarat Induk Nadi iCon dicadangkan seperti berikut:

Tarikh: 22 November 2009 (Ahad)
Masa: 9.30 pagi - 11.00 malam (ye ye je..)
Tempat: Balai Belia Johor Jaya (berkumpul di Tesco Tebrau sharp 9 pagi)
Agenda:
1. Perancangan setiap iCon sepanjang 2010, pemilihan projek2 berkualiti & mendekatkan iCon kepada masyarakat. Beri keutamaan kepada projek pemantapan jati diri iConians.
2. Perancangan melebarkan sayap iCon ke segenap daerah dengan organisasi yang lebih kemas & tersusun.
3. Mengatur strategi menambah bilangan iConians dari masa ke semasa & kenal pasti kecenderungan minat & bakat yang boleh ditonjolkan.
4. Merangka strategi menjalin hubungan dengan badan2 korporat, badan2 kerajaan, IPT2 dan semua pihak berkepentingan.
5. Mencari sumber dana selain dari kutipan yuran & langkah2 memperkasakan tabung Dana iCon untuk menggerakkan iCon.
6. Analisa iCon menggunakan kaedah SMART.

Sebagai tambahan,Nadi juga dicadangkan bermesyuarat untuk membincangkan perkara berkaitan pendaftaran & perlembagaan bagi memastikan iCon boleh bergerak lebih selesa pada masa akan datang.

Setakat n3 ni ditulis, 7 daripada 14 orang Nadi & Pengarah telah bersetuju untuk hadir. Aku harap kehadiran 100% memandangkan ini mesyuarat yang sangat penting ntuk menentukan hala tuju iCon. Sila respon segera kalau ada yang tidak dapat hadir. iConians yang nak menyumbangkan idea sila kemukaan kepada mana2 Nadi sebelum 20 November 2009.

7 comments:

Herry Qusyairy said...

Salam... Aku stuju dengan tarikh tue.. Harap Nadi2 dan MT yang terlibat akan dapat bagi pendapat dan cadangan bernas masa meeting tue nanti..

Hafifi Latif said...

abang saya bilang awal2..
saya tak pergi ok..pg spore.bye..hav run!!

Anonymous said...

kat balai belia jj?
ermm??
OK2!!
saya nak pergi...
rumah saya dah dekat sangat dah dengan situ(dkat jgak ngn tesco tebrau tu..tpy cam out of the way skewt)!!so sy pergi trus boleh ta??

Djebat said...

Jap..jap..korang jgn slh fhm lak..
ini miting Madi iCon & Pengarah2 iCon..
iConians x terlibat secara langsung..
yang terlibat ialah mereka yang telah dilantik menganggotai Nadi & Pengarah2..
Tapi aku hargai semangat korang.Kalau sudi, sila kemukakan cadangan korang yang boleh kita pertimbangkan k..

Anonymous said...

ouhh...
lorhh..bengang nyee...
bwu smgat na pegi..ngee~
tape2..
sy na cdgkn icon wat cm 1 kerja amal(setahun sekali pn tape)..ble kte wat cmni,para iconians boleh muhasabah diri bahawa dlm hidup senang ni,ade owg len yg susah..
crila badan organisasi yg memerlukan..dlm mse yg sme,kte bley la sumbangkn tenage utk ape yg dprlukan..jgn la org kata icon ni cme tntg hiburan je..yela,fotografi la,modelling la..skali-skala trun padang wat keje2 cmni..mybe juga icon akn lebih dikenali..
ini cadangan jep..klau setuju atau tak sy ta kesah..
btw,klau dah buat sebelum ni,truskan je...

Anonymous said...

bley tak klau wat cam pertandingan..
cnthnye cam, pertandingan menyanyi ke,pertandingan bowling ke,or pertandingan lain2..tp kne ade yuran la klau na menyertai..ty dapat jgak dapat duit sket2...

Djebat said...

To anonymous & aishah, thanks sangat2 atas cadangan tu. Walau macam mana pun, saya suka mengingatkan bahawa yang kita cari adalah leader, bukan follower. Kita nak membentuk iConians menjadi leader, kita galakkan mereka sendiri yang menggerakkan xtvt tu dibwh iCon.

Maksud sy, cthnya aishah cadangkan buat pertandingan,so kita harap, aishah yang akan lead 1 team untuk buat pertandingan tu. iCon akan bagi segala sokongan, bantuan & panduan. Jadi pengarah projek lagi bgs dr jd peserta kn..?

Keje2 kebajikan iCon berterusan dibwh iCon Prihatin. Walau bagaimana pun, cadangan tu akan diperkemaskan & dimantapkan lagi dlm mesyuarat akan dtg ek..

Thanks sgt2..