Bismillahhirrohmannirrohim
Kecewa..? Hahaha.. Mengarut la..Baik la aku fikir positif dari melayan perasaan marah, kecewa & bengang tu. Tak ke mana pun. Ceritanya, semalam aku panggil semua, SEMUA.. NADI & Pengarah untuk bermesyuarat. Mesyuarat kali ni pun penting juga sebab nak bincangkan banyak perkara yang aku dah tuliskan dalam n3 sebelum ni.
Selain n3 dalam blog, aku hantar juga sms kepada semua NADI & Pengarah. Tak cukup sekali, aku hantar last call supaya takde yang lupa atau pun kalau ada halangan sekali pun mungkin masih sempat lagi untuk dielakkan. Sebelum aku hantar last call tu, haram sorang pun tak respon sms aku tu. Haraaaaam...
Lepas aku hantar sms last call, Lyn sms. Dia tak dapat datang sebab terpaksa ke Muar. Apen, Murni & Sha kata akan datang. Selain tu aku jemput calon2 perlantikan baru dalam bidang masing2. Jef & Roy sms bagi komitmen akan datang. Fahmi call, pun kata akan datang. Alhamdulillah.. Cuma Suhaimi je bagitau tak dapat datang sebab pakcik dia masuk ICU. Jadi aku anggap yang lain yang tak respon tu akan datang la kot. Sangka baik..
Kul 5 petang aku dah keluar dengan Jef. Pukul 6.30 Murni dah on the way. Roy pun sama. Lepas solat maghrib kat Petronas Desa Tebrau, aku & Jef gerak ke Laris. Tak lama Fahmi sampai. Aleph menyusul & Murni sampai dengan 3 orang kawan dia. Roy sampai. Jam dah 8.30 malam, Apen lak sampai. Kul 8.55 malam Sha sms aku, dia sesat. Tapi akhirnya sampai jugak dengan sorang kawan. Tunggu lagi.. 9.30 malam.. Hafiz sms tak dapat datang sebab motor buat hal.
Rasa macam ramai & dah cukup korum tapi aku nak korang kira sama2 dengan aku. Aku, Murni, Aleph, Sha, Apen.. Lagi? Lagi? Sapa lagi? 5 orang je? Hahahahahaha.. Aku nak menangis ke tengok komitmen yang macam hampas ni? Tak respon 1 hal, tak datang lak tuh.. So memang aku kena rasa kecewa ke? Come on.. Tak bijak untuk aku kecewa.
Macam kenduri kawen. Pengantih berhabis ribu2 jugak la nak buat kad jemputan. Bila edar, tak ramai yang respon nak datang. Bila sampai masa, ada gak yang tak boleh datang. So, pengantin kena batalkan majlis ke?
"Sorry. Ko tak datang, ko punya pasal, aku tetap nak kawen..Hahaha"
Jadi, kalau korang NADI & Pengarah yang memang tak maklumkan pada aku dia datang atau tak & kemudian tak datang dengan harapan aku akan kecewa, mintak maaf..aku nak terus kedepan, berjaya dengan orang yang nak berjaya. Korang nak tinggal, silakan tinggal jauh2..hahaha
Jef, Fahmi, Roy, Suhaimi..Welcome to the club..
p/s: Airin tak dapat join meeting sebab dalam tugas, tapi dia still gak datang Laris at least tunjuk muka. Thanks Airin.
p/s: Orang kata n3 aku ni tak jaga hati orang. Aku peduli hape. Hati aku ada orang jaga ke? Wei, jaga hati masing2 la wei..hahaha
p/s: Korang jangan la kecik hati, tapi kalau nak jugak lantak la, hati korang, bukan hati aku. Kan..kan..kan..
1 comment:
kenapa tak guna facebook?
Post a Comment