Friday, October 30, 2009

Hutang 1

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku berhutang dua n3, pertama dengan Ayul & kedua dengan Wafi. Kedua2nya gambar2 iCon Kota Tinggi berhari raya. Aku dah usaha & Alhamdulillah kali ni boleh lak masuk gambar2 ni. Ini gambar2 hasil seni Ayul.Ratap lah..Ayul, sowi la sangat2 lambat masukkan gambar2 ko ni. Dah dekat nak raya haji dah kan, tapi Alhamdulillah masuk jugak akhirnya..hehehe..Thanks gak kat Ayul sebab jadi salah sorang fotografer iCon.

Model iCon diPentas Peraga

BismillahhirrohmannirrohimDengan bantuan Kos Sarani, tiga orang model iCon telah berpeluang membuat catwalk dalam 1 majlis yang tidak kurang besarnya. Gambar2 ni aku amek dari blog Kos. Ratap la ye..
Putera Halil
Afiq Muiz
InsyaAllah lepas ni iCon akan melangkah setapak lagi dengan kesudian Kos membuka kelas Modelling & Grooming. Tahun 2010 bakal mencatatkan beberapa perkembangan penting untuk iCon & siapa yang nak sama2 mencipta kejayaan ini, iCon sangat mengalu2kan.

Satu Kerugian

Bismillahhirrohmannirrohim pic: Cikgu Din
Cikgu Din ada ajak aku join JB Night Shooting dengan Saiful Nang semalam. Kalau bukan dengan Saiful Nang pun aku akan sungguh2 untuk pergi sebab aku nak sangat jumpa fotografer Johor.Aku dah prepare awal2 pagi lagi & call atau sms smua yang aku sempat untuk terlibat sekali. Ditakdirkan Allah, ada saja halangan yang membantutkan niat murni aku tu.

Maaf sangat2 cikgu din sebab tak dapat join event semalam.

Wednesday, October 28, 2009

Seminar & Perjumpaan Jurufoto Johor 2009

Bismillahhirrohmannirrohim

Hanya dengan sedikit kesempatan yang ada, aku nak ajak korang bukak blog Cikgu Din & aku nak ajak semua fotografer iCon Photo utk join event ni. Maklumat ringkas event adalah seperti berikut:

Tajuk: Perjumpaan Jurufoto Johor 2009
Tarikh: 18 November 2009
Masa: 8.00 - 11.00 malam
Lokasi: Dewan Alumni UTM Skudai
Tiket: RM50 individu, RM45/seorang bagi 5 orang sekumpulan
Penceramah: Saiful Nang

Kalau korang nak pergi dengan group iCon Photo, sila hubungi Cikgu Jamal 017-7960400. Untuk maklumat lanjut, korang klik sini.

Thursday, October 22, 2009

Jamuan Raya Sahabat Belia Melaka

Bismillahhirrohmannirrohim

Malam 18 Oktober tu, kami menghadiri majlis Jamuan Raya Sahabat Belia Negeri Melaka yang sepatutnya melibatkan Tuan Yang Terutama dan Ketua Menteri Melaka. Terima kasih kepada penyanyi jemputan, Kay yang memberi peluang kepada Daniel untuk turut menyanyi malam tu.Daniel Kay Ain
Gandingan Dniel, Ain & Kay pada malam tersebut.

Inilah iConian Melaka yang turut serta malam tu. Terima kasih Fatiah, Fathini & Aiman.

Event Minggu Ini

Bismillahhirrohmannirrohim

Setakat hari ni ada beberapa maklumat yang aku dapat tentang beberapa event yang akan berlangsung. Banyak juga yang dah terlepas, tapi kita buat apa yang kita mampu je la ye tak..So, iConians yang nak join, sila ambik perhatian, ambik tahu & ambik berat. Aku takkan tunggu2, terhegeh2 mesej setiap sorang, no more..hehehee

23 Oktober 2009 (Jumaat)
Teater Yayasan Warisan Johor
Masa: 8 malam
Tempat: RTM
iConcept: Kemas @ Batik

24 Oktober 2009 (Sabtu)
Fotografi Suka2
Masa: 10 Pagi
Tempat Berkumpul: Tesco Tebrau
iConcept: Suka hati korang la..hehehe

24 Oktober 2009 (Sabtu)

Pertandingan Zapin Antara Politeknik
Masa: 8 malam
Tempat: Plaza Angsana
iConcept: Sopan tapi menawan..Ala, nak tengok Syafizan berzapin je, takkan la nak pakai vouge2 kot..hahaha

So iConians, see u there.

iCon Melaka Yang Tertangguh

Bismillahhirrohmannirrohim

Seingat aku, sebelum puasa aku dah war2kan penubuhan iCon Melaka & iCon Negeri 9. Seingat aku, masa tu aku dah maklumkan kepada mereka2 yang berkenaan, dah masukkan dalam blog & myspace, dah sms setiap orang yang bakal terlibat. Seingat aku juga, 2 minggu sebelum tarikh 18 Oktober aku dah bagi tumpuan dan komitmen sepenuhnya bagi memastikan penubuhan iCon Melaka berjalan lancar. Setiap Nadi, setiap iConians Johor & setiap iConians Melaka aku dah sms. Lebih menunjukkan kegilaan aku tentang penubuhan iCon Melaka, hampir setiap hari aku sms iConians Melaka walaupun hanya seorang dua saja yang memberi respon.

Sampai pada hari yang dinantikan, aku jadi kusut, kalut & serabut bila kereta takde. Pagi2 aku dah mesej Ali supaya kendalikan pertemuan dengan iConians Melaka di Dataran Pahlawan kerana hampir pasti aku tak akan dapat menyertai perjumpaan tersebut. Aku dah cuba & usaha. Ali akan datang dari Masjid Tanah, Fila akan datang dari Shah Alam, yang lain2 confirm tak dapat datang kerana urusan masing2. Jadi tidak ada sebuah pun kereta untuk kami ke Melaka.

Tiba2 Afiq memberi sedikit harapan. Dia nak temankan aku ke Melaka naik bas! Jadi aku sms Airil untuk terus gerak ke Larkin. Bas ke Melaka jam 9 pagi. 8.20 pagi kami keluar dari rumah. Sampai di Plaza Larkin, kami tinggalkan kancil buruk aku dan terus bergegas ke Larkin Sental. 10 minit lagi bas akan bertolak. Tanpa sempat bersarapan, kami cuma beli & bungkus untuk dimakan dalam bas. Alhamdulillah, akhirnya aku ke Melaka juga.

Rupa2nya cabaran & ujian tak berhenti di situ. Dua tiga kali juga aku sms pada iConians Melaka memberikan perkembangan tentang perjalanan aku pagi tu. Sedih juga bila takde sorang pun yang membalas tapi aku sms juga supaya mereka tak susah nanti. Kecewa juga bila bas tu bergerak macam siput. Lambat gile. Pukul 12 baru la kami sampai ke Melaka Sentral & aku maklumkan pada iConians Melaka yang aku baru sampai. Ketika itu la aku dapat maklumat beberapa orang yang dah tunggu dari awal terpaksa balik.

Lebih kurang setengah jam di Melaka Sentral, lepas Kay & Ali datang dengan 2 buah kereta, kami bergegas ke Dataran Pahlawan. Malang lagi rupanya, jalan jem teruk. Jam dah pukul 12.45. Kalau aku teruskan perjalanan ke Dataran Pahlawan, belum tentu pukul 1 aku sampai. Kalau aku sampai kata la pukul 1.30, tapi tak seorang pun ada, sempat ke aku nak berkejar ke MITC dan berada kat situ pukul 2 nanti?

Mengambil kira tu semua, aku putuskan kami terus ke MITC. Sekali lagi aku sms iConians Melaka maklumkan supaya mereka terus ke MITC. Cuma Asyraf yang balas sedangkan yang lain2 masih membisu. Pukul 1.30 sampai ke MITC & kami singgah ke Restoran Subaidah untuk mengalas perut. Rehan, pengerusi penaja iCon Melaka datang sekejap sebab kebetulan dia ada talk kat MITC tu.

Sehingga jam 3 petang, itu la sorang yang datang pada perjumpaan penubuhan iCon Melaka. Put yourself in my shoes. Bermula dengan kesungguhan & semangat yang bernyala2, aku usahakan sejak 2 bulan dulu, sms hari2 kepada berpuluh2 orang, akhirnya semangat aku runtuh & luntur, dengan harapan yang hancur berkecai. Tapi aku tak boleh macam tu. Aku cuba sedaya upaya untuk positifkan fikiran aku tu. Sebelum setan datang mengganggu, baik aku fikirkan segalanya yang baik2.

Aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada Ali, Afiq, Airil, Daniel & Fila dari iCon JB, Kay & Ain dari Kay Community & akhir sekali Rehan yang sudi juga singgah sekejap. Aku dah pesan pada Rehan, lepas ni call iConians Melaka, aturkan 1 perjumpaan & buat perlantikan untuk MT iCon Melaka. Aku akan terus berdoa iCon akan berdiri di Melaka sebagai salah satu persatuan yang megah sebaris dengan iCon negeri lain.

Aku mencatatkan semua ni untuk menjadi rujukan kepada korang pada masa akan datang, aku serius dengan iCon. Untuk menjadikan iCon Community sebuah ikon bukanlah kerja senang. Menubuh dan menggerakkan iCon bukan hanya ada cerita yang enak2 je. Jadi aku harap, korang hargailah iCon & jiwailah ia. Misi seterusnya, iCon Negeri Sembilan.

Sunday, October 18, 2009

Tertewas

Bismillahhirrohmannirrohim

6.50 petang, Durian Tunggal, Melaka.
Kadang2 aku perlu menerima kegagalan untuk mematangkan & menyedarkan aku. Betul aku takut kecewa. Tapi kecewa datang tiba2, bukan dalam peancangan kita. Aku datang ke Melaka untuk kecewa. Penubuhan iCon Melaka, belum lagi masanya.

Wednesday, October 14, 2009

Penubuhan iCon Melaka: Updated

Bismillahhirrohmannirrohim

Sekarang ni aku yakin, mereka yang prihatin tentang iCon sedang menunggu2 apakah perkembangan usaha menubuhkan iCon Melaka. Selain ramai yang telah mendaftar, iConians di Melaka juga dilihat mampu menggerakkan aktiviti dan perancangan iCon. Berikut maklumat terkini kepada iConians Melaka dan iConians Johor yang nak join. iConians sekitar seperti dari Negeri Sembilan, Muar dan lain2 dijemput memeriahkan acara ini.

Ahad, 18 Oktober 2009
11 pagi: iCon@Melaka, Mc Donald Dataran Pahlawan
2 petang: Perjumpaan iCon Melaka, Masjid MITC
8 malam: Majlis Raya bersama Tuan Yang Terutama & Ketua Menteri Melaka, Stadium Tun Fatimah

iConians Melaka digalakkan membawa rakan2 yang belum diiConkan supaya kemeriahan lebih terasa.

Perhatian
Kepada iConians Johor yang nak ikut ke Melaka, berikut adalah maklumat yang perlu korang amek perhatian:

Tarikh: 18 Oktober 2009
Masa: 8.30 pagi - SHARP, supaya dapat sampai tepat jam 11 pagi.
Tempat Berkumpul: Tesco Tebrau (checkpoint 1) Angsana (checkpoint 2)
Bertolak balik sebaik habis program Majlis Raya.
Kalau korang nak join, tolong la confirmkan kat aku selewat2nya Khamis 15 Oktober 2009 sebab aku nak arrangekan kereta.

Ok iCon, kita jumpa kat sana & korang, tunggu perkembangan selanjutnya.

Tuesday, October 13, 2009

Perjumpaan iCon Melaka

Bismillahhirrohmannirrohim

Seperti yang dijanjikan, aku merancang untuk berkunjung ke Melaka seperti maklumat berikut:

Tarikh: 18 Oktober 2009 (Ahad)
Bertolak: 9 Pagi
Tempat: Dataran Pahlawan (tertakluk kepada perubahan)
Agenda:
1. Lawatan Kerja ke sekitar Melaka
2. Bertemu & Ramah Mesra dengan iConians Melaka
3. Pembentukan organisasi MT iCon Melaka
4. Majlis Raya bersama Tuan Yang Terutama & Ketua Menteri Melaka (Daniel & Aleph akan nyanyi di pentas utama)

Aku harap ramai iConians Johor yang dapat turut sama meramaikan perjumpaan ini nanti. Jadi siapa yang nak ikot, sila confirmkan pada aku selewat2nya pada Jumaat 16 Oktober 2009.

Jadi kepada iConians Melaka, harap dapat berkumpul beramai2 di Dataran Pahlawan untuk menyambut kunjungan sahabat2 iConians Johor k. Bawak sekali kawan2 korang yang masih belum diiConkan.

p/s: tolong la jangan tanya soalan2 berikut:
1. Berapa ramai yang pegi bang? (mana aku tau, belum ada yang respon lagi)
2. Siapa lagi yang pegi? (aku tak tau la, lom ada yang respon, faham?)
3. Pegi sana kena bayar apa2 tak bang? (harap maklum la, kita bukan ada penaja pun kan..)
4. Kita nak tido mana bang? (kita balik malam tu jugak. Hello, esoknya isnin, ramai yang keje ok)
5. Kita pegi jalan2 kat Melaka ke bang? (sedangkan aku dah bagi agenda kat atas tu kan)
dan soalan2 yang sewaktu dengannya..

Friday, October 9, 2009

iCon Beraya - 10 & 11 Oktober 09

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku cadangkan iCon akan beraya di Kota Tinggi pada hari sabtu ni, tapi takde siapa yang menawarkan diri dan mengajak beraya ke rumahnya.

Ahad 11 Oktober 2009
11am : Berkumpul di TESCO Tebrau (checkpoint1), Angsana (checkpoint 2)
12noon : Beraya ke rumah Eiyla di No 15 Jln Perubatan 25, Tmn U
2pm: Beraya ke Pontian

Ini yang dimaklumkan kepada aku. Sapa2 yang nak ajak iConians beraya ke rumahnya, harap maklumkan kepada aku awal2 ye.

* tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa

Thursday, October 8, 2009

Banner

BismillahhirrohmannirrohimSetelah lama menunggu, Furin menampilkan satu design banner untuk iCon. dengan idea asal banner iCon ni boleh dibawa & diletakkan dalam semua acara dan apa keadaan, aku mintak korang komen sikit & kalau semua setuju, aku bercadang untuk banner ni digunakan disemua negeri. Apa pandangan korang?

Tawaran

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku petik iklan ni dari sebuah akhbar untuk korang. Aku sokong korang semua mencuba nasib kalau2 boleh jadi pelakon. Jangan lupa iCon ye..hehehe

ANDA WANITA BERPEWATAKAN MENARIK?
INGIN MEMBINTANGI FILEM RATU?
RATU THE MOVIE
ARAHAN PROF MADYA A RAZAK MOHAIDEEN

Ujibakat akan dijalankan di lokasi GSC terpilih diseluruh Malaysia
Masa: 9.00 pagi - 5.00 ptg
Hubungi: 016 6620802

Penang - GSC Queenbay Mall - 10 & 11 Oktober 2009
Kuala Lumpur - GSC Pavillion - 30 & 31 Oktober 2009
Johor Bahru - GSC Pelangi Leisure Mall - 1 November 2009

www.ratuthemovie.com.my

iCon mengucapkan selamat mencuba kepada korang yang ingin mencuba.

Tuesday, October 6, 2009

Sakit Hati

Bismillahhirrohmannirrohim

Memang sakit hati. Hari ni dah selasa. Semalam aku sibuk, harini aku cuba dari pagi nak masukkan gambar iCon Berhari Raya tapi sampai la sekarang, dah pukul 4 lebih, masih tak berjaya. Korang tau tak apa masalahnye ek? Server ok, tu yang pelik tu..

Monday, October 5, 2009

Jual Air Liur

Bismillahhirrohmanirrohim

Ahad, 4 Oktober 2009 jam 8.41 malam aku terima 1 sms dari mentor jutawan.

"Salam, jikalau anda dan kawan2 anda boleh bercakap, anda dan kawan2 anda dijemput hadir ke program mencari penceramah. Potensi pendapatan penceramah sepenuh masa RM1 juta, separuh masa setengah juta. Sebanyak 1,500 koperasi yang menunggu kehadiran penceramah2 dan akan bertambah dari masa ke semasa" (telah diambil mana yang penting saja)

Aku teruja, pada aku ni peluang yang sangat baik. Hari ni orang tak bercakap ratus2 atau ribu2. Irfan Khairi selalu bagitau, kalau nak jadi jutawan, cakap kena juta2..hahahaha..

Aku amek kesempatan ni untuk kumpulkan orang2 yang berminat untuk mengambil peluang ni, bukan untuk merebut RM1 juta tu, tapi untuk menjadi penceramah. Ini akan aku letakkan dibawah projek baru, Jiwa iCon, InsyaAllah..

Kalau korang minat, bagitau aku. 0127597151.

Ada-Ada Je

Bismillahhirrohanirrohim

Hari ni hajat hati nak share dengan korang iCon Berhari Raya tapi masalahnya dari pagi sebuk menyambut kedatangan Chief Justice Malaya, mesyuarat dengan beliau sampai petang & malam ni ada dinner la pulak..Jadi aku mintak maaf kat korang semua & yang ada appointment dengan aku, maaf semua terpaksa aku batalkan.

Apa pun, malam tadi satu simpulan telah dirungkaikan & iCon mengucapkan selamat kembali kepada mereka yang pernah cuba menjauhkan diri..hehehe

Sekian

Friday, October 2, 2009

Beraya di Kota Tinggi: Ann

BismillahhirrohmanirrohimBila aku tengok balik dalam CD yang Airin bagi kat aku, baru la aku dapat gambar2 fotoshoot iCon Kota Tinggi. Aku cuba masuk gambar2 ni mengikut hasil kerja fotografernya sebagai penghargaan kepada mereka menyertai iCon. Ratap lah gambar2 iCon Kota Berhari Raya.
Perkembangan terbaru yang aku tau tentang Ann ialah dira tengah sibuk dengan job yang datang mencurah2 di sekitar Kota Tinggi. Dalam masa terdekat juga sebuah studio foto akan dibuka. Kalau korang nak dapatkan khidmat Ann, bagitau aku k.

Thursday, October 1, 2009

Satu Lagi Iklan Aliff Dah Keluar

BismillahhirrohmannirrohimIngat Aliff JB kan? Yang berlakon iklan Plus tu? Semalam satu lagi iklan yang melibatkan Aliff, Pizza Hut telah ditayangkan.
Korang klik sini untuk menontonnya k.
Apa kabar agaknya Aliff kat UK sekarang ni ek? hehehee..
Aku tak sabar nak tengok lebih ramai iConians terlibat dalam iklan2 komersil. Siapa lagi selepas ni?